11 February 2009

OKT diarah hadir ke IPD Kuala kangsar pagi ini.

Semua OKT dalam Tragedi Kuala Kangsar pada 6 Februari lepas diarah hadir di IPD KK di bahagian Jenayah hari ini pada jam 8.30 pagi. Saya menerima maklumat ini dari Puan Nashita Md Noor, isteri kepada Bad Latif Mansor salah seorang OKT yang ditangkap di Masjid Ubudiah itu.

Kemungkinan besar mereka akan didakwa seperti yang di lapor oleh peguam.Katanya.

Puan Nashitsa juga dalam emailnya kepada saya itu memberi maklumat lain yang diterima dari Haji Amiruddin peguam dari PAS, kemungkinan wang jaminan yang bakal dikenakan kepada OKT ialah RM2000 hingga RM5000. Namun jumlah jaminan itu akan ditentukan di mahkamah atas rayuan dari peguam untuk dikurangkan.

Semasa ceramah di Kediaman YAB MB pada malam 8 Februari lepas satu kutipan sumbangan berjaya mengumpul sebanyak RM13000 yang akan digunakan untuk wang jaminan mereka yang terlibat.

Jumlah tersebut adalah jauh dari mencukupi, maka saya merayu supaya pada dermawan untuk terus menyalurkan sumbangan sebagaimana makluman akaun di bawah.

Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:
1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bank
no ac: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar
Azmi Kamal, Bank Islam no ac:
08040020018015

MB DS. Nizar tonton bola di Stadium Ipoh malam ini.

IPOH, 10 Feb :- Malam ini YAB Menteri Besar Perak yang juga Presiden PAFA, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin berada di Stadium Ipoh untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dengan kelantan.

Sebelum itu beliau sempat melayan tamu yang datang dari kemaman Terengganu dan berangkat ke Stadium pada jam 8.15 malam tadi.


Sempat melayani sepupu dan tamu dari Kemaman sebelum ke Stadium.

Kehadiran beliau dijangka menarik ramai pihak termasuk kalangan wartawan dalam suasana kudeta yang masih belum selesai di Perak.


Drs.Khalil : Ketua Kampung masih sah.

TITI SERONG , 9 Feb :- Jawatan Menteri Besar hanya boleh dilucutkan dengan tiga cara iaitu kalau di meletakkan jawatan , atau ada undi tidak percaya dalam dewan, atau berlaku pembubaran DUN supaya diadakan piliharaya yang baru. Kerana itulah Menteri Besar dari pakatan Rakyat masih sah. Demikian antara penjelasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam majlis taklimat kepada Ketua kampung dan AJK JKKK untuk Parlimen Parit Buntar di Pusat Tarbiyah PAS di sini malam tadi.

Turut menyampaikan ucapan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahari. Turut Hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim.

Taklimat tersebut dihadiri oleh semua Ketua Kampung dan AJK JKKK bagi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau. Jumlah kehadiran dianggarkan melebihi 300 orang.

Drs. Khalil menegaskan keputusan yang diambil di mana Ketua Kampung hendaklah berfungsi seperti biasa termasuklah menandatangani surat dan sebagainya.

Selain itu beliau menekankan kepentingan Ketua Kampung memahami isu yang ada untuk dijelaskan kepada rakyat. Sebab itu sebaran maklumat dalam bentuk risalah, CD dan sebagainya perlu ditingkatkan.

Kes rasuah Jamaluddin dan Osman ditangguh 15 Jun

IPOH: Perbicaraan kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta membabitkan dua bekas Exco Perak dan tiga orang lagi hari ini ditangguhkan ke 15 Jun depan.

Perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari bermula hari ini terpaksa ditangguhkan kerana Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Looi Heng menghadiri seminar di sini sehingga esok dan kes itu kemudian didengar di hadapan Majistret Sharmila Abdul Samad.

Bagaimanapun, dua bekas Exco terbabit, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi tidak muncul di mahkamah bagi perbicaraan kes itu kerana sakit.

Ekoran itu, Majistret Sharmila mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Mohd Osman kerana gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari hospital dan menetapkan 13 April depan sebagai sebutan semula kes waran tangkap itu.

Terdahulu, adik Mohd Osman, Noriza Jailu sebagai penjamin beliau, memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh tidak dapat hadir kerana telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam semalam kerana masalah jantung.

“Belum dapat MC sebab doktor masih membuat observation,” kata Noriza.

“Tertuduh sepatutnya tahu bicara hari ini, kalau dia dimasukkan ke hospital dan memberitahu doktor tentang bicara hari ini, hospital tentu boleh mengeluarkan sijil cuti sakit. Mohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Timbalan Pendakwaraya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Jamaluddin setelah peguamnya, Abdul Roni Rahman, memaklumkan tertuduh sakit dan mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada mahkamah.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, ahli perniagaan Usaili Alias, juga dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Bagaimanapun perintah itu dibatalkan setelah tertuduh hadir kira-kira sejam kemudian.

Beliau menjelaskan tersalah faham mengenai waktu prosiding dijalankan dan menyangka kes itu akan disebut pada sebelah petang kerana beranggapan dua bekas Exco itu, Mohd Osman dan Jamaluddin, akan hadir ke Istana Iskandariah untuk majlis angkat sumpah barisan Exco baru kerajaan negeri itu pagi ini.

Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili dan dua orang lagi iaitu, juruteknik Perbadanan Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini, dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lalu.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lalu di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Dalam prosiding hari ini, peguambela Mohd Asri Othman memaklumkan mahkamah beliau ingin menarik diri daripada mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin atas alasan tidak mendapat apa-apa arahan daripada kedua-dua tertuduh.

Mohd Osman dan Jamaluddin kini diwakili peguambela Abdul Roni, sementara Usaili, Ruslan dan Zul masih diwakili oleh Mohd Asri. Bernama.

Tok Guru setuju tindakan Nizar.

IPOH, 10 Feb :- Setelah balik dari pergi ke Pejabat nya pagi tadi sekitar jam 11.45 pagi YAM Menteri Besar menerima panggilan talipon dari Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat.

Ir. Nizar memaklumkan kepada saya bahawa Tok Guru sangat setuju dengan tindakan yang dilakukan tadi dan bertanya apakah yang akan dilakukan lagi esok.

Demikianlah sokongan yang diperolehi oleh Nizar dari rakyat biasa sehinggalah kepada pemimpin tertinggi PAS sendiri.

Sokongan dari pegawai-pegawai kerajaan saya yakini masih kuat tetapi mereka terpaksa berada dalam tidak dapat menunjukkan secara langsung

Kekosongan kerusi Bukit Gantang, SPR dimaklumkan

KUALA LUMPUR: Parlimen sudah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak susulan kematian penyandangnya, Roslan Shaharom daripada PAS.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, notis bagi memaklumkan kekosongan kerusi itu dihantar selepas Dewan Rakyat menerima dokumen rasmi berhubung kematian Roslan.

“Parlimen telahpun menghantar notis kepada SPR setelah menerima dokumen rasmi berhubung kematian itu petang ini dan SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Roslan, 50, meninggal dunia secara mengejut semalam akibat serangan jantung ketika sedang mengayuh basikal ke sebuah farmasi di Batu Gajah

Perlantikan Hamidah di bantah BBC, Drs. Khalil.

IPOH, 10 Feb :- Saya dan ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) membantah pelantikan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman sebagai Exco pagi ini. Beliaulah ADUN yang telah menghina kaum India dengan kata-katanya yang masih kita ingat. Demikian antara kenyataan Pengerusi BBC, Khalil Idham Lim dalam sidang akhbar di kediaman MB di sini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan setelah mengadakan perbincangan untuk membuat laporan polis sekali lagi terhadap Hamidah.

Khalil menegaskan kebiadapan Hamidah tidak boleh diterima oleh orang Cina, Melayu dan apa lagi orang India.







Tiada rancangan guna ISA terhadap Karpal, Nizar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Karpal Singh dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung bantahan terhadap penubuhan kerajaan Kudeta Perak yang baru.

Beliau berkata demikian di sini, hari ini berhubung desakan orang ramai, termasuk pertubuhan Melayu agar Pengerusi DAP dan YAB Menteri Besar Perak itu diambil tindakan kerana menghina titah Sultan Perak.

Sementara itu terdapat pihak tertentu yang mengguk di air keruh dengan mencetak dan mengedarkan risalah yang sengaja melaga-lagakan pihak yang terlibat.

Sangat tidak masuk akal dan penerbitnya sangat pengecut kerana menangguk di air keruh.

JAM 12.15 : Tidak sepatutnya kami dihalang, Nizar.

IPOH, 10 Feb :- Saya bersyukur kerana datang ke bangunan SUK kerana hari Selasa adalah hari bertemu pelanggan dari dalam dan luar negeri untuk , tidak sepatutnya kami dihalang tetapi saya akur dengan keadaan itu. Demikian antara kenyatan YAB Menteri Besar perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di kediamannya setelah balik dari Bangunan SUK sebentar tadi.

" Saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang masih menyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat" kata Ir. nizar.

Beliau juga menjelaskan kepada wartawan sampai sekarang tidak ada surat mengenai jawatan beliau, dan bertegas jawatannya masih sah dan akan teruskan tugas seperti biasa.

Ir. Nizar juga melahirkan kekesalan tidak sepatutnya dihalang kerana kami masih lagi ADUN.

Ditanya mengenai calon Parlimen Bukit Gantang, beliau mengatakan masih terlalu awal dan serahkan kepada pihak negeri dan pusat untuk memutuskan.

Menjawab persoalan perlantikan cuma 6 exco, beliau mengatakan ini menunjukkan Exco tidak sah, bahkan kami adalah Exco penuh yang sah. Kerana Kerajaannya tempang maka kerajaannya tempang.

Persoalan mengenai Perayaan Jubli Perak dijelaskan oleh Ir. Nizar, "mengenai Jubli Perak kami dah janji lebih awal kalau ada pembubaran DUN ianya akan berjalan seperti biasa kerana ada "care taken goverment", dengan apa yang berlaku ini kita pun tidak tahu.."

Menteri Besar juga memberikan penegasan dan yakin PR akan menang dengan majoriti yang besar .

Gambar MB Perak dihalang masuk pejabat.














Jam 11.05 AM : MB Perak dihalang masuk ke Pejabatnya.

IPOH, 10 Feb :- Pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan saya datang untuk memenuhi temu janji dan telah dihalang. kami akan akur dengan arahan dan akan pulang. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

"Bersama saya pada pagi ini ialah para Exco dan ADUN, kami utamakan keamanan dan ketemraman dan kami akan balik " Kata Ir. Nizar.


Kehadiran YAB Menteri Besar Perak disambut hangat oleh ratusan penyokong di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat menteri Besar.

Disamping itu kelihatan kebanyakan cermin pejabat di bangunan tersebut dan para pegawai menyaksi dan melambaikan tangan kepada YAB Menteri Besar. Ir. Nizar juga melambai-lambaikan tangan kepada mereka.

Kawalan ketat oleh pasukan keselamatan termasuk FRU tidak melemah semangat YAB Menteri Besar dan rombongan. Walaupun ada beberapa kali cuba dileraikan tetapi kumpulan manusia yang berkumpul tidak berganjak dari kawasan pintu masuk.

Gambar lain akan menyusul...

Perang Besar, Hanya 6 exco angkat sumpah ?

IPOH , 10 Feb :-Berita sedang bertiup Kencang di Istana Bukit Candan bahawa hanya 6 orang sahaja yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) pada pagi.

Pada jangkaan saya yang akan mengangkat sumpah pada pagi ini termasuk berita yang sedang diperkatakan di Kuala Kangsar 6 borang yang akan angkat sumpah ialah :-

1. Manong- Ramly Zahari
2. Sungai Rapat - Hamidah Osman
3. Cenderiang - Mah Hon San
4. Kota Tampan - Shaarani bin Mohamad
5. Sungai Manik - Zainol Fadzi Paharudin
6. Kamunting - Mohamed Zahir Khalid

Setakat ini hampir pasti dan akan menjadi kenyataan 3 orang yang melompat tidak temasuk dalam senarai yang akan dilantik menjadi Exco.

Kuala Kangsar, 9 telah dibebaskan

Kesemua 9 peserta demonstrasi di Kuala Kangsar pada 6 Febuari lepas telah dilepaskan. Sejumlah 3 orang dilepaskan pada 8 Febuari dan bakinya telah dilepaskan semalam.