06 February 2009

Surat Nizar kepada Sultan Perak

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

MUTAKHIR Nizar bukan yang pertama enggan letak jawatan

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri pertama yang enggan meletak jawatan setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu.

Dalam sejarah politik Malaysia, sebelum ini seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang enggan meletak jawatan.

Yang pertama Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri pertama Sarawak antara Julai 1963 dan September 1966.


Ningkan mungkin paling dikenali sebagai mencetuskan krisis perlembagaan pertama di negara ini apabila beliau enggan mengosongkan jawatan beliau setelah disingkirkan Yang Dipertua Negeri atau Gabenor Sarawak pada ketika itu.

Sebagai ketua DUN, Ningkan dikatakan tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada dewan itu dan gabenor tersebut terus melantik seorang ketua menteri baru.

Keengganan Ningkan mengosongkan jawatannya, menyebabkan satu krisis perlembagaan kerana beliau dilihat mengancam perpaduan Malaysia yang rapuh, hanya tidak sampai tiga tahun selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada 14 September 1966, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan negeri itu dalam keadaan darurat di Sarawak berdasarkan keselamatannya yang diancam krisis perlembagaan.

Ningkan merayu penyingkirannya sehingga ke Majlis Privi di London, akhirnya ke Mahkamah Rayuan Malaysia, tetapi rayuannya ditolak bagi pengisytiharan itu bahawa beliau masih lagi Ketua Menteri Sarawak.

Satu lagi yang membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir pada 1977, yang tidak memperdulikan usaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan nya kerana melanggari arahan parti.

Beliau disingkirkan daripada jawatan itu setelah demonstrasi tercetus menjadi ganas dan kes kecurian harta menyebabkan kerajaan persekutuan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, mengisytiharkan perintah darurat di negeri itu.

Hari ini, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerintahkan Mohammad Nizar dan anggota Exco negeri beliau meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta, kegagalan berbuat demikian, jawatan itu dianggap kosong.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan setelah baginda menerima menghadap semua 28 Ahli DUN Barisan Nasional (BN) dan tiga anggota Bebas bahawa Sultan yakin Mohammad Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletakkan jawatan dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan bahawa mereka menyokong beliau.

8.30 PM : MB bertemu dengan semua ADUN PR Perak.

Pada masa ini satu mesyuarat dan taklimat MB kepada semua ADUN mengenai perkembangan terkini Kerajaan Negeri Perak.

jam 8.10 pm : Hampir 10,000 kumpul di kediaman MB.

IPOH, 5 Jan :-Krisis perlembagaan semakin meruncing apabila hampir 10,000 ribu sedang berkumpul di kediaman MB di sini dan jumlah kehadiran masih bertali arus walaupun mendapat halangan dan kawalan yang ketat dari pasukan keselamatan.

Sokongan dari pelbagai pihak dari seluruh negara dari ahli dan pemimpin parti Pakatan Rakyat dibuktikan dengan himpunan pada malam ini.

Kecintaan mereka yang tidak mahu melihat Kerajaan yang ada tumbang dibuktikan oleh pelbagai sepanduk dan kain rentang yang dibawa oleh mereka.

Selain itu mereka melaungkan slogan hancur BN dan sebagainya.

Perkara 16 (6) Sultan tidak boleh pecat MB.

Perkara 16 (6) hanya memperuntukkan kepada DYMM Tuanku yang boleh melucutkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (Exco) bukannya jawatan Menteri Besar.

Najib didapati memutar belit dan membaca separuh sahaja dari perkara 16(6).

Menteri Besar menurut fasal itu hanya terlucut jawatan bila dibubarkan DUN dan diadakan piliharaya dan sesudah itu kalau dia menang atau tidak dia dilantik semula menjadi Menteri Besar atau tidak.

Juga terlucut jawatannya bila ada undi tidak percaya dalam Sidang DUN baru terlucut jawatannya.

6.30 pm : Himpunan mungkin batal.

Setakat ini pihak polis melarang diadakan pehimpunan di Stadium Perak dan perhimpunan di Kediaman Menteri Besar masih belum disahkan dengan keadaan yang tidak menentu setakat ini.

6.10 pm : Hujan lebat iringi kudeta di Ipoh

Sekarang ini hujan lebat berserta dengan angin kencang sedang melanda Ipoh dalam keadaan semua penyokong Pakatan Rakyat yang bersedih seolah-olah makhluk Allah itu tidak mengizinkan bumi Perak bertukar kerajaan.

Sikap BN yang langsung tidak menghormati Perlembagaan Negeri memerlukan hukuman yang lebih berat dari Rakyat dalan PR akan datang.

Terkini : 5.40 pm : Saya dipanggil ke majlis angkat sumpah MB Perak esok

Saya dipanggil untuk hadir dalam Majlis yang dikatakan Angkat Sumpah Menteri Besar Perak pada jam 5.40 petang tadi dari pejabat Bahagian majlis SUK dari seorang pegawai yang saya kenali. Pegawai itu menjelaskan hasratnya untuk menyampaikan surat jemputan rasmi mengenai majlis tersebut.

Apabila saya bertanya siapakah MB baru yang beliau maksudkan dia mengatakan dia tidak tahu dan dia cuma ditugaskan untuk memanggil ADUN hadir.

Demikianlah episod rampasan kuasa yang membuktikan bahawa BN tidak menghormati langsung perlembagaan Negeri Perak 16(6) dalam menentukan kedudukan MB dalam keadaan seperti sekarang.

Sesungguhnya kebenaran hakiki adalah sandaran kepada Allah SWT.

Sidang akhbar terkini jam 4.30 petang

DS Anwar menyatakan tujuan mesyuarat dan sidang untuk memberi kenyataan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim.

Ir.Nizar memulakan kenyataan dengan membaca Al quran mengalukan semua yang datang, "sebentar tadi saya diperintah mengadap Tuanku. Tuanku menyatakan BN mempunyai 31 kerusi dan Pakatan Rakyat 28, saya mencerita dan berhujah dengan tuanku untuk memohon sebagai ketua kerajaan diadakan pilihanraya dan mendapat mandat baru supaya rakyat diberi hak yang baru" katanya.

"seandainya rakyat menerima BN kita terima dan sebaliknya".jelas Nizar.

"hujah saya majoriti tidak kuat, 3 dari mereka ini buka ADUN seperti kita buat failing di mahkamah dan sewajarnya kita tunggu keputusan mahkamah." kata Nizar.

"Tuanku memohon saya meletakkan jawatan, saya mohon sembah derhaka dan memohon sebagai MB dan leader of house dan menyatakan tidak akan meletakkan jawatan" kata Nizar.,

DS Anwar dalam kenyataannya smenyatakan kami mempercayai sultan akan mengambil keputusan yang sewajarnya, kita bincang cara Najib merampas kuasa, menggunakan ugutan orang yang rasuah. Kalau ini diizinkan satu malapetaka kepada politik negara.

"Yang harus memutuskan adalah mahkamah rakyat, inilah pendirian kita." kata DSAI

Sementara itu Presiden PAS TG. DS.Hj . Abdul Hadi Awang monyokong pandangan secara kolektif yang dilakukan hari ini , tidak mahu ada rampasan kuasa, maka perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukannya.

"Sebab itu PAS dan rakan-rakan berpendapat Nizar adalah MB sehingga proses diadakan samada secara pilihanraya dan tidak secara hentam kromo." jelasnya.

Beliau juga berharap bakal PM tidak melakukan perkara tidak wajar, berharap semua penyokong Pakatan Rakyat bersikap dingan dan wajar. Beliau juga harap pihak polis tidak digunakan untuk mencelarukan amalan demokrasi.

Kenyataan petang ini juga memohon untuk mengadakan pertemuan dengan DYMM Sultan Perak selain ucapan terima kasih bagi membawa hasrat rakyat, supaya tidak disalah taksir.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengatakan "dalam tempoh sebulan lagi Najib nak jadi PM, ia janji nak bawa perubahan besar tapi dia hari ini main peranan yang penting dalam satu kudeta di Perak." katanya.

Lim berpandangan kirisis yang berlaku perlu diselesaikan dengan pilihanraya. Walaupun Sultan tidak Perkenan tetapi selagi MB tidak diberikan usul tidak percaya di DUN ,Nizar masih MB Perak,

Nizar juga meminta di adakan sidang dengan undi dalam dewan menetukan kedudukannya sebagai MB. Sambil memetik fasa dalam perlembagaan negeri, bermakna sokongan kepada MB ditentukan oleh Sidang DUN.

Nizar menegaskan jumlah ADUN PR dan BN sama 28, adalah tidak benar ianya majoriti, saya memohon Sultan bubarkan DUN atas sebab-sebab itu.

Beliau juga menafikan ada unsur derhaka kepada tuanku, dia menjelaskan cuma merayu supaya Sultan mempertimbangkan mesyuarat pada petang ini dan mendapat nasihat dan taklimat dari Sultan.

DS Anwar menegaskan Nizar tidak menerima apa-apa keputusan betulis, dia masih MB Perak.

Dalam isu yang sama sekali lagi Nizar mengatakan "saya masih tak letak jawatan...saya merayu diatas peruntukan yang dibenarkan dalan undang-undang Perak supaya DUN buat keputusan itulah yang terbaik.sekarang umno telah rampas kerajaan, saya minta semua faham kerana seolah saya engkar, saya telah 10 bulan hubungan dengan tuanku baik.

Tamat jam 4.57 petang.

Terkini di kediaman MB.

Jam 4.20 pm : Lebih 100 orang wartawan sedang berkumpul di perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar menunggu sidang akhbar yang akan diadakan bila-bila masa.

Manakala didalam kediaman sedang berlaku satu mesyuarat penting oleh kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat demi menyelamatkan keadaan genting dan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.

SOLAT HAJAT DI STADIUM IPOH MALAM INI


SOLAT HAJAT


MENYOKONG
KEPIMPINAN MB PERAK
DATO SERI MOHAMMAD NIZAR


TEMPAT:
STADIUM IPOH

TARIKH:
5 FEBRUARI 2009 (KHAMIS)

WAKTU:
7 MLM HINGGA 11 MALAM

MULA SOLAT MAGHRIB,
BACA YASIN, SOLAT ISYAK,
SOLAT HAJAT & CERAMAH

*Untuk makluman, Solat hajat yang dijadualkan di kediaman MB Perak malam ini telah ditukarkan ke Stadium Perak.


CINA ISLAM (林川興): Surat Nizar kepada Sultan Perak

CINA ISLAM (林川興): Surat Nizar kepada Sultan Perak



Perutusan Mursyidul Am PAS Isu Perak.

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

Nizar sembah kepada Sultan tidak meletakkan jawatan.

IPOH, 5 Jan :- DYMM Sultan Perak dilaporkan telah menitahkan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya meletakkan jawatan sebagai MB Perak semasa mengadap DYMM Sultan sekitar jam 1.00 tadi.

Namun Nizar menyembahkan keputusan tidak mahu melepaskan jawatannya dan masih meminta laluan dari DYMM Tuanku supaya diadakan satu pilihanraya baru dengan mengembalikan kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang menjadi kerajaan.


Nizar sedang mengadap setelah Najib dua kali mengadap

IPOH ,5 Feb-:Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin telah diarah mengadap Paduka Seri Tuankua Sultan sebentar tadi (kira-kira jam 12 tengah hari) selepas menerima mengadap dua kali Timbalan Perdana Menteri DS Najib Razak.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, Najib telah mengadap mempersembahkan untuk membentuk kerajaan baru negeri Perak. Beliau kemudian n mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah sekali lagi bersama tiga adun PKR yang kelur parti dan menjadi calon bebas.

Pada sesi pertamanya, beliau mengadap memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah memiliki majoriti berasaskan 3 adun PKR yang keluar parti dengan menjadi adun bebas dan menyokong BN. BN mempunyai 28 kerusi manakala Pakatan Rakyat juga 28 kerusi.


Pada sessi kedua pula Najib masuk bersama-sama tiga adun bebas berkenan mengadap sebagai mengesahkan bahawa mereka kini telah menyokong BN. Bagaimanapun pada sidang akhbarnya, Najib tidak mengumumkan apa-apapun kecuali memaklumkan pada wartawan telah mengadap Paduka Seri Sultan.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin yang sedang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat Model Ladang Sime Darby di Bagan Serai pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi telah diarah mengadap Paduka Seri Tuanku.

Besar kemungkinan dijangka Paduka Seri Tuanku bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri. anuarhashim.

Terkini jam 11.25 pagi : MB Perak bergegas tinggal majlis bersama PM ,dipanggil mengadap Sultan

BAGAN SERAI , 5 Feb :- YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin yang hadir dalam majlis Perasmian Ladang Padi Sime Darby di sini bergegas meninggalkan majlis kerana dipanggil oleh pihak Istana untuk mengadap Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah.

Menemani beliau dalam majlis tersebut ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Selingsing, Hj. Hussin Din. Kedua-duanya juga dilihat meninggalkan majlis bersama MB Perak ke Ipoh.

Najib dua kali mengadap, Sultan belum perkenan.

Maklumat yang saya baru terima dari pihak yang boleh dipercayai , Najib telah dua kali mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak pada pagi ini namun dia masih belum mengumumkan apa-apa keputusan yang dibincang dengan pihak Istana.

Ada kemungkinan besar DUN Perak dibubarkan atau sekurang-kurangnya 4 DUN yang bermasalah di serahkan hak kepada pengundi untuk memilih kembali wakil rakyat nya ?

Mohon semua doakan keselamatan dan kekuatan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin tabah menghadapi ujian ini

Kerajaan Perak Failkan di Mahkamah Tinggi Ipoh 3 DUN Kosong Hari Ini

Ipoh, 5 Feb- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar menelefon saya sebentar tadi bahawa persiapan terakhir sedang dilakukan untuk menfailkan bahawa 3 DUN iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong dan BN tidak boleh menubuhkan kerajaan sebagaimana didakwa oleh Najib.

Sementara itu, YAB Menteri Besar meneruskan jadual hariannya sebagai Menteri Besar dengan menghadiri Program Perasmian MOdel Ladang Padi Sime Darby Plantation yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hampir meletup HP saya !

Semalam bila sampai di rumah setelah dua hari berada di Ipoh, saya memeriksa berapakah SMS yang masuk ke HP saya sehari suntuk dalam keadaan gawat di Perak. Terkejut saya dapat SMS yang masuk sekitar 1200.

Bila buka komputer pada pagi ini sebelum melakukan kerja-kerja update Blog Cina Islam , terkejut pula dengan kliks yang tertinggi yang saya capai terbukti kelmarin juga.Saya mendapat 18,501 pages views dan 6092 pelawat, manakala pelawat baru pula sebanyak 2173 orang.

Selain itu ada yang emailkan kepada saya memohon maaf kerana kerap menalipon kelmarin. Mereka memberi alasan yang sama iaitu mahukan maklumat segera.

Hampir sehari suntuk HP saya kena disambungkan dengan arus letrik, apakah tidak berbunyi tidak mahu berhenti.

Apapun saya ucapkan terima kasih kepada sahabat taulan dalam dan luar negeri yang menghubungi saya, ukhuwah kita terjalin dan sahabat-sahabat ingatkan saya lagi walaupun keadaannya tidak mengizinkan saya jawab semuanya.

Sudah tenang dan masalah sedikit reda, taliponlah lagi, saya akan jawab dan bukan macam kelmarin lagi.

Saya tidak dapat mengagak macammana pula hari ini, adakah HP saya hampir meletup lagi ?