12 January 2009

Tanggungjawab memilih diajar dalam masa 24 jam

KUALA TERENGGANU, 10 Jan :- Seorang manusia sentiasa berada dalam keadaan memilih antara melakukan perkara yang baik dan jahat dalam masa 24 jam sehari semalam, bukan hanya 5 tahun sekali kena memilih. Namun memilih berdasarkan Al Quran dan Sunnah adalah wajib dan ianya pasti menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Penjelasan tersebut adalah antara isi penyampaian kuliah Maghrib yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di sebuah Masjid dalam UPU Kuala Ibai di sini.

Menurut Khalil perjuangan berdasarkan bangsa tidak akan kemana dan pasti menemui kegagalan. Tegasnya perjuangan berlandaskan Islam pasti akan memenangkan ideologi Islam itu sendiri serta merupakan perjuangan yang suci kerana merupakan penerusan dari perjuangan para Rasul dan Nabi.

"Manakah lagi perjuangan yang terbaik kalau tidak perjuangan untuk menegakkan Al Quran As Sunnah" tanya Khalil.

Timbalan Exco Agama Perak itu juga menyatakan keyakinannya bahawa penyatuan umat Islam yang dibina berdasarkan Al Quran dan Sunnah akan menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi umat Islam semasa. Termasuklah siapakah pemimpin yang layak diangkat dan dipilih.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana termasuk dalam senarai salah seorang ADUN yang menang dalam PR yang lepas walaupun dia berbangsa Cina. Menurutnya inilah bukti bahawa Islam dan perjuangan menegakkan Islam bukannya milik sesuatu puak atau bangsa.

"Perjuangan atas nama bangsa hanya setakat dunia saja, tetapi perjuangan atas nama Islam akan berlanjutan hingga membawa keselamatan di akhirat" Katanya.

Drs. Khalil : Kembalikan peranan Mesjid dan surau

AYER TAWAR, 7 Jan :- Umat Islam mestilah mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengembalikan peranan masjid dan surau sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi semasa beliau di Madinah. Demikian antara isi ceramah Timbalan Exco Agama Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ceramah sempena Maal Hijrah yang diadakan di Masjid Al Falah di sini.

Tegas beliau, masjid adalah bangunan yang pertama dibina setelah Nabi berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah. Dengan peranan besar yang dimainkan oleh Masjid menyebabkan munculnya penyatuan umat islam antara Muhajirin dan Ansar dan kemajuan dakwah Islamiah yang juga bermula dari Rumah Allah itu.

Menurut beliau segala permasalahan yang berlaku didalam masyarakat sepatutnya sudah lama dapat diselesaikan kalau masjid dapat dikembalikan peranan nya sebagaimana peranan yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah.

Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan pengecilan kuasa masjid oleh jawatankuasa yang diamanahkan untuk mengurus masjid. Menurutnya soal siapa yang mengurus masjid telah jelas siapakah yang layak sebagai Firman Allah iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari pembalasan, mendirikan solat dan membayar zakat, dan orang yang hanya takut kepada Allah, memetik potongan Hal Quran yang dibacanya.

Antara peranan masjid di zaman itu ialah tempat mengatur strategi peperangan, pusat pentadbiran, pusat merawat orang cedera dalam peperangan dan banyak lagi disamping peranan sebagai pusat ibadah.

"Bayangkan antara orang Ansar yang terdiri dari dua suku iaitu Aus dan Khadraj dapat disatukan dengan peristiwa Hijrah dan penyatuan umat melalui masjid" Jelas Drs. Khalil.

ADUN Titi Serong lawat petugas PAS Perak di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU , 10 Jan :- Petugas PAS Perak dalam Pilihan Raya Kuala Terengganu dihargai dengan kunjungan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim . Kunjungan ke Pos Petugas di UPU Kampung Gong Tok Nasik itu dilakukan oleh ADUN Perak itu selepas memberikan ceramah penerangan di tempat yang sama dalam siri kempen Pilihan raya kecil tersebut.

Kedatangan Drs. Khalil bersama dengan Setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri, Ust. Hj. Dahlan disambut baik oleh 25 orang petugas yang ditempatkan di pos tersebut.

Penempatan petugas Perak di Kampung Gong Tok Nasik adalah salah satu dari 5 pos utama yang menempatkan petugas dari Perak.

Dalam kunjungan singkat itu beliau sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan petugas yang datang dari beberapa kawasan antaranya dari PAS Kawasan Bukit Gantang dan Kuala Kangsar.

Drs. Khalil beramah mesra dengan petugas


Sedikit sumbangan peribadi juga disampaikan bagi menampung perbelanjaan harian pos berkenaan.

Calon PAS cukup wibawa, BN terdesak dengan taktik kotor


KUALA TERENGGANU , 10 Jan :-Sikap Wan Ahmad Farid yang didakwa elitis dan kurang mesra menjadi perbualan di kalangan pengundi Kuala Terengganu termasuk di kalangan penyokong Umno sendiri.


Sikap ini dibimbangi akan mengurangkan peluangnya untuk menyambut cabaran calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

Persaingan dua calon parti besar yang turut diwarnai calon bebas Azharudin Mamat @ Azam akan diketahui keputusannya pada 17 Januari ini.

Lucunya calon bebas tersebut menggunakan lambang buku yang bertanda tolak dalam poster yang mula diletakkan di banyak tempat.

Mengulas isu berkenaan, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam ceramah penerangan di UPU Gong Tok Nasik malam tadi menjelaskan bahawa gambar Calon BN yang ditampal di banyak tempat dalam keadaan tersenyum adalah lakonan semata-mata.

Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapan di hadapan hampir 1000 orang yang hadir.

Beliau juga mengajak seluruh pengundi di Kuala Terengganu menggunakan peluang yang ada untuk menebus kesilapan dalam PR yang lepas. "Gunakan peluang kali ini untuk menang kan calon PAS Hj. Wahid Endut", rayu Khalil.

Selain itu jelas beliau calon dari PAS jelas telah membuktikan kewibawaannya dengan menang dalam 5 kali PR. Malah pada PR ke 11 calon PAS itu pernah mengalahkan Wan Ahmad Farid di DUN Wakaf Mempelam.

Ceramah tersebut pada membariskan penceramah dari PAS dan PKR.

Antara pendedahan yang dijelaskan pada ceramah itu ialah terdapat usaha untuk mensabotaj pemuda PKR apabila didapati ribuan vest jaket dicetak di bahagian hadapan dengan lambang PKR dan di bahagian belakang dengan lambang BN/dacing. Contoh baju tersebut telah ditunjukkan oleh Timbalan Ketua Angkatan Pemuda Keadilan yang mendedahkan hal tersebut dalam ceramahnya.