31 December 2009

Kenyataan Media : Penafian Himpunan Desak Zambry Letak Jawatan Bohong

13 Muharram 1431H

Berhubung dengan sebaran sms dan khabar angin yang mengatakan Pakatan Rakyat akan mengajurkan satu himpunan mendesak MB Kudeta, DR. Zambry Abd Kadir supaya meletakkan jawatan pada 31hb Disember(esok),dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan. Suka ditegaskan disini bahawa prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak.

2. Saya juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan sms dan berita yang tidak berasas langsung itu.

3. Saya juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan yang terperinci mengenai siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan berita yang saya anggap satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat Perak.

4. Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu. Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan Rakyat sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan.

5. Seterusnya saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan Rakyat.

Kenyataan
13 Muharram 1431H/30hb Disember, 2009
DRS. Khalil Idham Lim
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat, Perak.

12 comments:

Ex-UMNO said...

Sampai begitu sekali UMNO terdesak sehingga sanggup melaku kan perkara yang terkutuk - fitnah.

Semua penyokong PR harus waspada dan patuhi arahan pemimpin2 PR.

Anonymous said...

ZAMBRY DATANG KE PARIT BUNTAR HARI INI

ismel said...

datang nak ambil hati org laa tu.Suruh dia balik pulau pangkor lah.mandi air laut puas2 biar bertambah kilau kulitnya.munkee nie mmng cara tu laa nak tujk yg dia mb perak.datg tu bawa mcm2 bantuan lah konon.tapi sebenarnya ada unsur2 rasuah tu.sapa yg dofer tima ajelah..jgn tersengeh2.lagipun bukan bapak dia yg punya harta.

kudin 62 said...

tapi kebiasaan pada PR .... dah buat demo akan dituduh UMNO sebagai dalangnya .....

MC_Shaharul said...

aik biasanya umno yg buat mcmtue,dah buat demo mengaku plak ahli pas,ckup2 la nk tipu rakyat..kuikuikui..wat malu jer..

hakim said...

Alah supe jugak mase nizar jadi mb dulu. Tabur Segala yang ada. Tak Payah nak kata orangla....

Anonymous said...

Nizar tak sama dengan Mamak Zombie. Dua insan yang berlainan fikrah, ibarat langit dgn bumi. Perkara yang betul kita terima, yang tak betul kita tolak.

Anonymous said...

hakim???
indah sungguh namamu..
alangkah bertuahnya jika mindamu selari dgn namamu..

Anonymous said...

kudin 62 dgn hakim yg dok berkata2kat blogni pi merapu kat blog2 umno. syoh syoh!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

sape kata tabur segala mcm yg ada? cube check baik2.. masa PR pegang Perak tak smp setahun pun, bantuan utk skolah2 agama dikembalikan.. sebelum ni siapa yg tarik balik bantuan tu? pastu dah jd tanggungjawab pemerintah utk bantu rakyat.. kena tgk la ke arah mana bantuan disalurkan.. kalau dha program tu anjuran parti, takkan nak guna jentera kerajaan jugak utk sampaikan bantuan... kena pandai letak sempadan.. mana program parti, mana program kerajaan... itu la beza UBN dgn PR.. - Neo

Anonymous said...

Laa tak habeh-habeh UBN ni takutkan bayang-bayang sendiri!

Anonymous said...

pulak dah...nak jadi apa lah perak ni. GF aku org perak lak tu....nasib baik dia org PR. Kira le sekepala lah