06 July 2009

Strategy UMNO/BN untuk melemahkan Pakatan Rakyat

PAS LENGGONG LENGGONG PERAK

Menoleh kepada sejarah Kelantan dalam isu perlantikan YDP MPKB dengan kesah mengunci pintu pejabat kepada persidangan DUN bawah pokok di Perak. Kesah SUK Terengganu Cik Mat Jusuh kepada SUK Perak. Kesah ada pegawai persekutuan dalam urusan dengan pegawai kerajaan negeri diselangor hinggalah yang terbaru kini ialah di kedah perobohan pusat sembelihan babi dan perumahan di kampong buah pala.

Peristiwa-peristiwa tersebut merupakan sebahagian kecil dari karenah yang dilakukan oleh umno dalam mengganggu urusan kerajaan negeri yang dikuasai oleh PR. Banyak lagi peristiwa dan tindakan yang mereka lakukan. Kelakuan yang sedemikian rupa kerana kebanyakan pegawai kerajaan yang terbibat itu tidak professional malah mereka juga merupakan ahli umno. Kerana itu mereka akan berusaha menjadi dalang dalam sebarang urusan pekerjaan yang bersifat talam dua muka. Mereka akan menjadi duri dalam daging serta gunting dalam lipatan.

Bn/umno melalui kader-kader mereka dalam kerajaan akam menjalankan strategi halus mereka untuk mengujudkan suasana tak harmoni dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Perobohan pusat sembelihan babi itu sebagai contoh terbaik. Persoalannya bila rumah itu didirikan. Semasa kerajaan PR atau dalam masa BN. Kalau dalam masa kerajaan PR pasti sesuatu yang tak kena disitu. Kenapa pengusaha rumah tersebut mendirikan rumah tersebut di tanah kerajaan? Itu memang salah dan silap pengusaha rumah tersebut. Tapi kalau dibina zaman bn memerintah maknanya PR yang terpaksa menanggung karenah itu. Kerana itu jarum bn akan digunakan atas nama perbandaran mereka merobohkan konon atas arahan kerajaan negari dan MB kedah akan terpaksa menjawb begian-begian sehingga wujud cakap-cakap yang boleh mengeruhkan keadaan. Suasana ini yang amat diingini dan dinanti.

Awas BN tidak tidur untuk mencari jalan menidurkan PR

Berinteraksi secara terus dan telus adalah kunci kesepakatan dalam PR

Rakyat sekarang bijak dan PR perlu bijak menggunakan kebijaksanaan rakyat untuk menolak rancangan jahat umno/bn melalui aksi pegawai kerajaan yang menjadi ahli umno.

Contoh terbaik ahli umno yang menjadi pegawai kerajaan ialah Jamil Khair . Bagaimana boleh lantik dia jadi menteri kalau dia tidak umno? Ramai lagi dan majority rakyat tahu keadaan ini.

4 comments:

Anonymous said...

kalau tak tahu menari jangan salahkan lantai tinggi rendah. akui lah kelemahan sendiri. itu sebab jari yang menunjuk kepada orang satu tapi empat kepada kita. jangan salahkan orang lain kerana kelemahan sendiri. bak kata pepatah paku dulang paku serpih, kata orang awak yang lebih. wallahualam...............

al amin ahmad said...

BN menari tak kira lantai tinggi ka rendah..depa pakai redah jaa..janji tercapai cita2 depa...BN mana pernah mengaku kelemahan sendiri...kira dok tembak orang yang tak dak kaitan dengan kejadian...paku zaman sekarang ni pon bengkok dok katoq dulang...rakyat dah tau lama dah BN dari dulu melebih sampai lincin duit rakyat...

Asal said...

dah menari dengan elok dah, lantai pun rata dah, tapi pemuzik-pemuzik sengaja memainkan muzik dengan sumbang, rupa-rupanya pemuzik-pemuzik tersebut adalah ahli kumpulan yang lama yang ingin menjatuhkan penari-penari dari kumpulan yang baru diberi peranan ...

perkauman itu YAHUDI! said...

bukan menuding jari, bukan xtau menari..masalahnya memang sikap lawan yang tak tau hati budi,busuk perut dan buta hati. BN memang tak tau nak hargai kepercayaan yang rakyat beri, bila hilang kuasa dan pengaruh mulalah melopong,melalak tak sedar diri.Berbagai cara dicari demi mengganggu pentadbiran di 5 negeri(satu dah tumpas).Sedarlah wahai UMNO dan BN,rakyat dah tak hendak, apa lagi yang kamu nak bukti? Tunggulah PRU13 nanti, kalau kamu terus buat kacau macam ni, pasti UMNO-BN dah tak bernafas lagi.Insya'ALLAH..