08 July 2009

Orang Melayu benci orang masuk Islam?

mohroslan

"Artikel ini berbeza dengan artikel biasa saya yang berkaitan politik. Artikel kali ini berhubung pengalaman saya mengislamkan ramai sahabat dari kaum bukan Melayu dan sikap kaum Melayu yang seakan-akan benci melihat orang masuk Islam, secara tidak sedar. Ini lebih ketara dalam kes Shahrukhkhan dan Micheal Jackson. Mari lihat analisa lengkap dalam isu ini.

1.Tiada hajat pun
Kebanyakan orang melayu suka mencerca kaum Cina dan kaum bukan Islam lain tetapi tidak pernah berhasrat mengislamkan sesiapa. Sekiranya berhasrat, anda boleh memperkemaskan ilmu anda berhubung akidah lalu menyertai NGO seperti ABIM khususnya di bahagian Outreach.

2. Suka pertikai keikhlasan saudara baru

Inilah yang saya paling menyampah sekali! Suka benar tanya ikhlas atau tak ikhlas nak masuk Islam. Yang dah Islam 30 tahun pun belum tentu ikhlas betul jadi tak payah kecoh la dengan saudara baru. Dia baru nak belajar Islam. Ada kes seorang saudara baru ingin masuk Islam (dari German) yang datang ke Malaysia dan berhasrat nak masuk Islam. Selepas di'soal siasat' berhubung keikhlasan beliau hendak masuk Islam, samada ikhlas atau hendak berkahwin dan sebagainya, alih-alih dia balik aje, tak jadi masuk Islam! Bodo sungguh institusi terbabit. Nabi pun mengembangkan Islam dengan perkahwinan sebagai satu cara dakwah, jadi apa yang nak kecoh sangat?!

3. Isu Micheal Jackson

Ramai yang kecoih samada Micheal Jackson betul-betul Islam atau tidak. Kalau dah ada saudara baru buat sidang media kata dia masuk islam, nak tanya apa lagi?. Kenapa ramai yang teringin sangat nak bertanya samada dia Islam atau tidak? macam tak selesa sangat bila orang masuk islam.

4. isu Shahrukhkhan

Ramai benar yang iya-iya nak bunuh Shah Rukh Khan kerna tak mengikut ajaran Islam. Sepatutnya kita dakwah dia dulu. Dampingi dan jelaskan Islam padanya dulu. HAri tu dia dah datang Melaka, sepatutnya kita bagi senaskah buku ringkas yang ada penjelasan tentang kesyumulan Islam. Kalau setakat nak maki cerca aje, yes, itulah stail lazim orang Melayu..

Marilah kita berubah. Wassalam

Mederator Cina Islam :

Pagi ini YB menerima email yang memanggilnya dengan panggilan "PAS muaalaf" dan kami menjawab email tersebut seperti berikut....

"awas, kalau panggilan muaalaf ditujukan kepada saya , saya membantahnya, saya sudah 22 tahun masuk Islam mana lagi boleh dipanggil muaalaf. Inilah perangai rakyat melayu malaysia , suka sangat memanggil bangsa lain dengan muaalaf, macamlah Islam hanya milik orang melayu sahaja. sudah lama bangsa saya di malaysia dihina dengan panggilan ini, sedangkan nenek moyang kami lebih dulu dari orang melayu masuk Islam di negara china."

33 comments:

Anonymous said...

saya setuju dgn apa yang ditulis 100% setuju. Memag itu realiti, oleh itu wahai bangsaku orang Melayu jangan nak nafikan apa yang telah diperkatakan ini.Itu orang Melayu yang jahil agama. terutama orang Umno

Anonymous said...

Salam,

Saya secara peribadi menyokong apa yang di utarakan. Semamangnya perkara ini berlaku didalam masyarakat orang Melayu. Agama islam bukanlah agama orang Melayu tapi untuk semua. Kalau seseorang itu lahir dari keturunan orang Melayu Muslim tidak semestinya dia akan menjadi Muslim sejati,realiti lihat sahaja anak melayu zaman sekarang?apa yang tidak di lakukan oleh remaja Melayu islam?kalau orang yang memperlekehkan saudara baru bermakna dia adalah Jahil agama. Melayu yang jahil agama adalah melayu Umno.

david ahmad muniandy said...

saya ada sorang kawan baru memeluk islam dia cerita tentang diri dia waktu pergi ke pejabat agama nak memeluk islam ramai ustaz-ustaz yang berkhidmat dengan jabatan agama ni mengsoalkan dia "engkau memeluk islam adakah hendak kahwin" saya dah boring dengar perkataan tentang kahwin ingat perempuan melayu islam cantik sungguhkah bolehkah nak banding dengan perempuan kaum tionghua berkulit putih? kalau nak banding dengan perempuan tionghua, perempuan tionghua lebih cantik dan manis dari perempuan melayu lagi.

saya berani nak cabarkan kalian yang lahir sudah islam...kalau kalian ada seorang kawan hendak memeluk islam ajak dia pergi pejabat agama masuk dalam pejabat dan dengar teliti dengan soalan pertama keluar dari mulut ustaz dulu.

miezanz said...

YB, ana rasa sedih dan kecewa dengan senario yang berlaku ini. Memang apa yang tercatat di atas benar2 berlaku. Ana sebagai orang islam yang berbangsa melayu amat malu dan kesal dengan apa yang berlaku.

Anonymous said...

Saya berstuju dengan pendapat kalian, dimana orang-orang melayu ini sentiasa berpendapat bahawa diri mereka orang Islam yang terbaik, dan kita dapati mereka yang sentiasa berulang alik kesurau atau masjid pun jahil dari segalanya tentang Islam, jangan setakat beribadat sahaja boleh meletakkan diri kita yang terbaik disisi Islam, bagaimana dengan Ilmu, keikhlasan, kebersihan rohani, cara hidup, adap susila, kuat bekerja, adakah Melayu yang terbaik.

aku beragama ISLAM said...

mereka2 ini lebih berbangga menjadi melayu dari menjadi ISLAM .. satu lagi produk kebanggaan umno ..

muraisenja said...

memang benar sekali kisah dari artikel dia atas serta ulasan semua komentar di ruangan ini, ianya memang benar2 terjadi. rakan saya semasa sama2 bekerja dulu orang sabah dari kaum iban ingin mendekati islam. soalan pertama ditanykan adakah nak masuk islam sbb nak kahwin? Apa salahnya kalau masuk islam sbb nak kahwin. terima sajalah. lepas kahwin boleh dakwah saudara baru ini.

Bagaimana pula dgn org melayu yg keluar islam (murtad) sbb nak kahwin dgn bangsa asing. ada tak di tanya sbb nak keluar islam utk tujuan nak kahwin atau sebaliknya. Apa yang perlu kita risau adalah anak bangsa melayu yang beragama islam keluar dari islam, bukannya bangsa asing yang nak masuk islam. Sepatutnya kita semua umat islam merasa gembira dan melapang dada kalau ada org atau bangsa asing (sebenarnya tak asingpun) nak masuk islam. Bukannya merasa musykil atau meragui keikhlasannya.

Sebagai bangsa melayu saya amat malu apabila membaca artikel di atas. Janganlah kita bangsa melayu ni jadi bangsa yang mundur dari segenap penjuru. Cubalah celik sikit.

Sepatutnya kerajaan yg memerintah tak kiralah dari parti mana pun, mengalu-alukan mereka ini untuk masuk islam. Siapa yang masuk islam diberi sedikit ganjaran sebagai penghargaan di atas kesediaan meraka memilih jalan yang benar.

seperti seorang rakan saya yang bekerja di Riyadh, Saudi Arabia. Beliau telah memeluk islam di sana dan telah di beri ganjaran sebanyak 20,000 SAR sebagai motivasi untuk terus bersama islam yg suci dan murni.

Ayuh lah semua saudara ku jangan di cemari agama islam yang indah ini dgn pemikiran kolot dan jumut. Zaman sudah berubah hanya kita org melayu sahaja yg belum nak berubah, kalau beginilah sikap kita semua masakan boleh bangsa kita nak maju setanding dgn bangsa lain.

Cukup setakat ini dulu .... byk lagi ni sebenarnya.... Wassalam.

Abdullah Ngah said...

saya sangat sedih apabila ada orang Melayu benci orang kafir masuk Islam.

Mengapa boleh jadi begitu. Mungkin ada benda yang tidak kena.

Dr Redhuan Tee Abdullah pernah menangis kerana kes orang kafir yang masuk Islam.

Mengapa beliau menangis? kerana teramat sedih dengan komitmen orang kafir masuk islam.

Mungkin atas sebab inilah ada orang melayu disangka benci dengan orang kafir masuk Islam.

Orang kafir tidak kira china ke, india ke, orang putih ke, kristian ke, Yahudi ke, adalah sama sahaja, kecuali kafir zimmie (zimmah).

Kebanyakan yang masuk islam bukan atas nama kesedaran. sedikit yang masuk islam atas nama kesedaran macam DRS Idham yang ada ijazah pengejian Islam. Macam Ustaz Ravi dan Macam juga Dr Redhuan Tee dan beberapa orang lagi.

Saya mempunyai ramai kawan china yang masuk Islam. Dan sudah ada yang murtad yang menyebabkan Dr Redhuan tee menangis.

Tidak hairan dengan apa yang berlaku, kerana orang melayu juga ada murtad tukar agama dan ada yang balik semula.

Kita juga kena ingat banyak ayat ayat Allah menceritakan perihal orang kafir dn perihal orang jadi kafir.

Dalam quran juga sudah jelas dan nyata bahawa penghuni dunia ini berbangsa bangsa dan berpuak puak. Pilih yang mana kamu mahu.

mempertikaikan orang kafir masuk islam juga menjadi kewajipan, kerana perkara ini sudah ada bukti sejarah bahawa orang kafir punya muslihat untuk merosakan akidah orang islam sepertimana yang dilakukan oleh Abdul Ghafur (kafir Belanda)di Indonesia.

Jangan pakai percaya, kerana percaya kepada orang kafir merupakan satu kesalahan yang sangat besar.

Umar pernah berkata, jangan kamu bersangka baik kepada orang yang belum kamu benar benar kenalpasti baik buruk perangainya. dan jangan kamu buruk sangka kepada orang yang kamu benar benar kenali kebaikan.

Boleh sangka buruk kepada orang jahat. Kalau tidak kejahatan itu akan mengena kepada orang lain pula.Malah berdosa kalau kita tidak hebuh kepada rakan rakan kita akan kejahatan mereka.

Tidak boleh buruk sangka hanya kepada Allah dan Rasul SAW dan sahabat nabi sahaja Manakala yang lain boleh kerana mereka adalah manusia yang tidak terlepas melakukan kesilapan berbuat dosa.

Tidak salah apabila kita ragu dengan keislaman mereka. cuma kita dilarang menuduh mereka secara totok dan adalah salah jika tidak ragu dengan kekafiran mereka. Malah kita jadi kafir apabila kita ragu dengan kekafiran mereka.

Nick Chan Abdullah said...

assalamualaikum saudara idham

saya bukanlah orang yang baik atau alim.

tapi dulu bila saya mau amik kad islam dari perkim KL, ada seorang cina islam menyoal saya, seolah-olah untuk menguji keikhlasan saya. menyuruh saya lafaz al-fatihah dan lain2, bila mana saya baru 2 minggu masuk.

macam mana orang nak masuk Islam ketika muslim mempertikaikan keikhlasan depa.

Abu Naz said...

Salam YB,

inilah hasil dari pendidikan yang bukan berasal dari Islam...berteraskan kebangsaan yang membuta tuli..

Alias Mohd Yusof said...

Saya tak setuju pejabat agama diberikan autoriti untuk mengesahkan seseorang itu boleh diterima sah sebagai Islam atau tidak.

Sah atau tidak seseorang Islam itu bukan kerana didaftarkan tetapi cukup sekadar beliau mengucapkan dua kalimah syahadah. Inilah yang telah diajarkan oleh Islam kepada kita, kenapa pula kita perlu menokok tambah.

Dan tugas pendaftaran agama ini perlu dikembalikan semula kepada Pejabat Pendaftaran Negara, tidak ada keperluan untuk dilakukan di pejabat agama Islam, ini hanya menambah kos kerajaan kerana menubuhkan jabatan yang tidak perlu sebenarnya.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

inilah hasilnya bila kerajaan Umno BN mengIslamkan Melayu, dan meMelayukan Islam. Sesat lagi menyesatkan.

Melayu tidak sesekali akan sama tarafnya dengan Islam. Melayu bangsa merempat, tetapi Islam tidak. Memperjuangkan Melayu adalah satu kebodohan yang paling nyata, tetapi bila kita memperjuangkan Islam, ganjaran dari Allah amatlah banyak.

Malaikat tidak soal apa bangsa kita kelak. Melayukah kamu? Tidak... soalan itu sedikit pun tidak akan disoal. Tetapi di dalam kubur, malaikat akan soal, apa agama kamu? Takkan nak jawab agamaku adalah Melayu.

Anonymous said...

Pelik tapi benar itulah yang selalu berlaku; Kesian;;;;;

khairulorama said...

terima kasih atas ulasan anda..sgt bermanfaat dan membuka minda saya ..

Anonymous said...

Salam..
Nanti kita orang2 Islam akan disoal apakah kita sudah berdakwah terhadap rakan2 sekerja kita yang bukan Islam dan juga jiran2 kita yang bukan Islam.Lalu apakah kita dapat menjawabnya..

Rashid said...

Syabbas YB saya orang melayu Islam sokong 100% artikel tersebut. Perkara begini telah lama saya pendamkan tetapi tak pandai dan tak tahu dimana saya luahkan

siti abdul said...

Salam untuk semua,

Menurut ustaz saya, perkataan muaalaf daripada perkataan "alif" bererti lembut.Apabila kita menyebut alif, kita menyebutnya dengan lembut. Muaalaf bermakna orang yang dimembutkan hatinya oleh ALLAH.

Jadi, kalau orang yang dilembutkan hatinya untuk berbuat baik seperti membantu orang yang susah, perlukan bantuan dan seumpamanya, maka orang itu juga adalah muaalaf. B

Bermakna muaalaf bukan untuk orang yang baru masuk islam!. Ulang suara MUAALAH BUKAN HANYA UNTUK ORANG YANG BARU MASUK ISLAM

Anonymous said...

salam. saya pn ade cerita. satu hari saya bwa kwn saya g pjbt agama. kwn saya ni adalah kira2 nk msk muslim. tp saya mau bg dia pendidikan dulu. so, saya tanya kakitangan terbabit mengenai prog pendidikan utk mrk2 yg mau msk islam. katanya prog pendidikan ada tp hanya utk mereka yg baru msk islam . saya ckp mcmna org nk masuk kalo dia masih belum paham. salah kah org bukan islam dgr kursus pendidikan ttg islam? dia ckp mesti masuk dulu baru boleh ikut kursus 2.

terus saya ckp.. kalo org x mau msk lg, kita x blh paksa. yg blh kita buat bg peluang dan ruang untuk kefahaman. Dari suka2 dgr insyallah akan turun jd minat. Nabi dulu masa bg ceramah dan pendidikan ttg islam, bukan dia bg pd org islam ja. bukan dia suruh org msuk islam dulu br blh dgr penerangan dia.

kesimpulannya, aku nampak cara kita org melayu berdakwah byk perlu d perbaiki. kpd pakatan rakyat teruama PAS, esok2 kalo uda jd pemerintah, tolong ambil perhatian ttg perkara ni . terima ksih pd YB yg open cerita psl hal ni.

ada 1 lg cerita pasal masjid yg boleh pulak d tutup2 oleh petugas sampai org nk solat pn xdpt. yg 2 cerita kemudian. salam

-jack

Anonymous said...

Salam semua pengunjung,

Saya juga mengalami perkara yang hampir sama dengan sdr Nick Chan, tetapi di pejabat JAWI. Apabila meminta kad pengesahan masuk Islam, saya dimaklumkan perlu tunggu 6 bulan dan kena uji dulu tentang kefahaman asas Islam.

Agak-agaknya kalau ujian asas Islam (baca Fatihah, rukun solat, rukun wudu' etc) kepada sdr-sdr yang memang dilahirkan dalam keluarga Islam, berapa peratus yang lulus ye?

Anonymous said...

Salam, pernah dengar seorang kapten kapal yang tak beragama suka membaca akhirnya membaca dan mengkaji al-Quran lalu memeluk Islam dengan hidayahNya.. kemudian secara terbuka beliau bersyukur kerana menemui Islam terlebih dahulu daripada menemui orang2 Islam..itulah natijah orang2 yang beragama tetapi tak faham agama..

gunungsenyum said...

Assalammualaikum saudara Islamisku semua,

Bismillahirrahmanirrahim.
ISLAM itu utk SEMUA bangsa di dunia, berbaik sangkalah kpd mereka yg berpayung di bawah Islam samada yg baru atau yg lama. Keikhlasan mereka yg memilih Islam biar ALLAH saja yg tentukan.

Sebagai hamba ALLAH kita wajib mengukuhkan silaturrahim sesama Islam khususnya dan juga seluruh manusia amnya.

Islam itu cantik, yg merosakkannya adalah mereka yg kotor hatinya kerana tidak mengenal Islam sedalamnya. Wallahualam.

"Ya ALLAH, satukanlan semua hati seluruh Islamis di dunia ini. Jgnlah ENGKAU pesongkan kami setelah ENGKAU berikan kami petunjuk dan hidayahMU." Amin.

musafirlalu said...

Semua masalah ini berpunca dari umno dengan slogan "melayu itu Islam... Islam itu melayu.

Anonymous said...

Assalammualaikum saudara Islamisku semua,

Bismillahirrahmanirrahim.
ISLAM itu utk SEMUA bangsa di dunia, berbaik sangkalah kpd mereka yg berpayung di bawah Islam samada yg baru atau yg lama. Keikhlasan mereka yg memilih Islam biar ALLAH saja yg tentukan.

Sebagai hamba ALLAH kita wajib mengukuhkan silaturrahim sesama Islam khususnya dan juga seluruh manusia amnya.

Islam itu cantik, yg merosakkannya adalah mereka yg kotor hatinya kerana tidak mengenal Islam sedalamnya. Wallahualam.

"Ya ALLAH, satukanlan semua hati seluruh Islamis di dunia ini. Jgnlah ENGKAU pesongkan kami setelah ENGKAU berikan kami petunjuk dan hidayahMU." Amin.

-gunungsenyum-

zackeye said...

Bukan orang Melayu saja yang tidak memberi reaksi positif kepada saudara baru. Bangsa lain juga yang ramai memeluk Islam pun berbuat begitu juga. Mereka suka ugama Islam itu dimiliki oleh bangsa mereka saja. Mereka macam takut kalau nanti dalam syurga terdapat berbilang bangsa.
DiMalaysia kadang kita rasa pelik ada pihak yang ditugaskan mendakwah orang bukan Islam masuk Islam menasihatkan orang yang telah sedia nak bersyahadah menyuruh mereka pergi belajar dulu sebelum menyaksikan yang tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Mereka juga gemar menakut-nakutkan orang bukan Islam yang paling susah dan sakit untuk masuk Islam ialah kena berkhatan. Ini sudah menjadi satu jenaka bila orang bertanya sudah potong belum pada orang baru masuk Islam.
Fenomena ini memang susah nak hapuskan. Itu sebab dah 500 tahun lebih orang Melayu jadi Islam cuma beberapa kerat saja bangsa lain teringin nak belajar tentang Islam. Selain itu contoh kebaikan dan kemuliaan Islam juga kita tak tunjukkan sebagai model yang baik.

Anonymous said...

Ustaz, sya faham dan kecewa kerana ada sebangsa sy bfikiran spt itu.... walhal ISLAM itu untuk semua

david ahmad muniandy said...

bagi saya ic atau tiada ic islam itu tidak penting secara praktikal yang penting dalam hati kita adalah islam.

secara teori kalau tiada ic islam tunjuklah kad pengakuan memeluk islam mengikut setiap negeri. kad pengakuan memeluk islam adalah bahan buktinya.

hamba allah said...

saya secara jujur pada mulanya tidak menyedari akan hal ini. terima kasih kepada penulis kerana menceritakan senario ini. sekarang baru saya sedar akan kelemahan saya selama ini terhadap kaum lain yang masuk Islam

Anonymous said...

saya dihina di pejabat zakat terengganu sebab hendak minta bantuan duit belajar. 3 bulan saya kembali menjadi kristian.

tapi sekarang saya masih islam.

Razif Ismail said...

Ya Allah,

Mana ada orang Melayu benci bila orang kafir masuk Islam, perkara ni tak boleh diambil secara umum, sepatutnya admin kena buat kajian ilmiah secara menyeluruh, buat soal selidik, pilih org yang btul2 responden yang benar2 tidak 'bias'.

Menurut jumhur ulama' mualaf maksudnya Yang telah memeluk Islam (Ustaz Azhar Idrus - http://www.youtube.com/watch?v=cDH0EmUadWs&feature=player_embedded),,pd pandangan sy,xde masalah pun dgn pggilan tersebut,,mengapa pggilan tersebut dirasakan satu penghinaan?Masya-Allah,,bagi saya,bila kita tahu asalnya beliau adalah bukan Islam,kita boleh mendengar kisah beliau bagaimana memeluk Islam,,kalau kita xtahu dia mualaf atau tidak,mgkin kita xtahu kisah yang ingin diceritakan??kan adakah itu lebih baik?

saya tahu ada segelintir org Islam Melayu atau kakitangan kerajaan (di Pejabat Agama) yang berfikiran cetek apabila orang bukan Islam mula untuk memeluk Islam - dikatakan tidak ikhlas - nak kahwin dan sebagainya...tp, dalam hal ini saya ada beberapa pndapat,

1. Bagi saya, x boleh salahkan kerajaan semata-mata apabila keadaan sebegini,,bila kita berurusan dengan manusia,,mereka sntiasa ada sifat tersendiri - suka bersangka buruk - sikap acuh x acuh dan sebagainya,,jika di jabatan lain pun,perkara sama akan berlaku juga kerana sikap sedemikian sukar dibendung apatah lagi bagi kaum Melayu.
2. Semua ini adalah ujian dari Allah, ---Terjemahan Surah Al-Ankabut 29-2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? ---,,ayat ini sahaja Allah dah tunjukkan sememangnya banyak ujian-ujian bagi orang2 yang beriman kepada Allah. Jika seorang mualaf benar-benar ikhlas dan ingin mengikut Islam dengan sebenar-benarnya,,akan banyak ujian yang akan ditempuhi.
3. Semua yang berlaku adalah ujian, dalam ISLAM kita dianjur untuk bersangka baik. Mungkin ini adaah ujian yang pertama yang diberikan Allah kepada para mualaf.

Saya bukanlah ustaz, tp hanya seorang guru yang mengharapkan Malaysia amanselama-lamanya smpi hari kiamat...Mudah-mudahan Allah memberikan ilham kepada admin untuk melihat sebenanya perkara yang terjadi,,Jika saya ketua di jabatan itu,,dan dtg seorg mualaf ingin memeluk Islam tp dihina oleh orang jabatan,pastinya saya xakan beri muka kpada kakitangan tersebut...

InsyaAllah, Wallahua'lam....
Razif Ismail

Anonymous said...

Saya dr fmly keturunan cina..ayah saya brbangsa cina...beliau masuk islam setelh mangahwini mak saya....tp yg pelik nya rakyat kita sering mempersoal tentg isu muaalaf....apa dah jadi?agama bukn utk d prsoal atau d perkotak katikkan...

mohdzaidibasir said...

Assalamualaikum.

Sebenarnya bukan hanya orang bukan Melayu yang memeluk Islam diperlakukan begitu (dihina, diperli dan dipertikaikan keikhlasan). Bahkan orang Melayu yang hendak kembali ke jalan yang benar setelah jauh tersasar sebelum ini turut mengalami nasib yang sama, Jadi bukan hanya orang Cina atau India yang kena, malahan orang Melayu sendiri pun kena, Kita doakan semoga mereka mendapat hidayah dan menjadi pendakwah yang produktif,

Saya ingin meminta nasihat bagaimana dapat saya berdakwah terhadap rakan sepejabat saya (bilik bertiga) agar kembali kepada fitrah asal mereka: pertama seorang Cina yang taat dengan ajaran Kristian manakala seorang lagi seorang India beragama Hindu yang juga taat terhadap agamanya.

Semoga Allah memberi ilmu dan hikmah untuk berdakwah dan semoga Allah membuka pintu hati mereka.

Anonymous said...

Salam Semua.

Untuk pengetahuan semua, hanya orang Melayu yang kurang berpendidikan sahaja yang tidak dapat membezakan Islam sebagai agama dan Melayu sebagai bangsa.

Ramai lagi Melayu yang faham maksud sebenar Islam. Cuma mereka hanya berdiam diri.

Saya lihat kebanyakkan komen-komen di dalam ini hanya pandai untuk mengiyakan post di atas sambil menghentam balik Melayu dan kononnya memberi contoh cerita-cerita yang mereka juga alami. To be honest, your 'pengalaman' is not needed here.

Semua komen-komen di sini sangat typical. Cuba belajar memberi komen tanpa prejudice. Tanpa memuji cerita-cerita orang mualaf dan juga tanpa mencerca Melayu itu sendiri. Perlu di ingat, ramai lagi Melayu yang tidak berburuk sangka terhadap saudara baru.

Islam itu hak untuk semua. Period! Tak perlu generalize akan sesuatu kaum itu. Atau kata lainnya pukul sama rata. Belajar menggunakan otak kita untuk proses maklumat dan keluarkan output yang membina. Ini tidak, dalam kita memuji sebelah sini, kita mencerca sebelah sana. Ada seorang Mualaf India yang mencerca perempuan Melayu ("ingat perempuan Melayu cantik ke bla bla bla")Bro, I do not think this is a wise statement from you. Whatever experience you may or might have faced, came from that person himself and not from the general population of Malays in Malaysia. So why on earth were you condemning the Malay girls in general?

Belajar menerima sesuatu keburukan seseorang itu datang dari dirinya sendiri (bukan kaumnya, tidak kira cina, india, melayu dsb) dan segala kebaikan datang dari Allah.

Assalamualaikum.

Anonymous said...

Saya masuk islam hampir 40 tahun. Apa drs lim adalah benar. Kesimpulan yang saya dapat adalah kalau masuk islam jangan lah berdaftar dengan mana- mana pihak.Rahsiakanlah islam kamu untuk menjaga iman dan ugama ,baru orang kafir dan islam munafik tidak boleh ganggu kamu.