06 July 2009

Nik Aziz mahu jumpa Najib sebelum berdebat

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.

"Surat rasmi menjemput Perdana Menteri mengadakan perdebatan itu sudahpun dihantar tetapi setakat ini masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan, katanya pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini, sekembalinya daripada mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakam) di Kuala Lumpur.

Nik Abdul Aziz mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Ditanya sama ada jemputan beliau mengadakan perdebatan itu sebagai helah politik untuk mengalih pandangan pemerhati daripada isu kerajaan perpaduan yang dimomokkan oleh pemimpin Umno dan Pas, Nik Aziz berkata: "Isu mengajak Umno berbincang atau berdebat dengan Pas bukannya baru, malah sudah lama sejak Pas ditubuhkan pada 1951 lagi."

Cuma, katanya, pelawaannya yang terbaru untuk adakan perdebatan itu setelah Pemuda Umno membuat laporan polis mengenai ucapannya dan menurutnya isu itu tidak akan selesai selagi tidak diadakan perdebatan.

"Cuma saya nak tanya dua perkara saja, kenapa (Umno) tolak Islam dan di manakah tidak kena dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas, terutama di Kelantan," katanya. - Bernama

7 comments:

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

haha..bagus tok guru.. 2 soalan tu confirm najib berpeluh2 nak jawab. silap2 jadi macam shabery cheek debat dgn anwar dulu. sampai berbuih-buih air liur. jijik. haha.. tapi itupun kalau najib nearani. pemuda umno jadi berdebat dengan pemuda pas.

sMan said...

Wahai rakyat Kelantan dan mereka yang mengaku bahawa hidup dan matinya adalah kerana Allah, berpesan-pesanlah agar mengekalkan kerajaan yang memerintah Kelantan sekarang kerana kerajaan ini berusaha bersungguh-sungguh memerintah berasaskan Qur'an dan Hadith. Semua rakyatnya mendapat kebaikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Hj Mat said...

DS Najib sure tak berani punya, dia takut tembelang dia pecah la tu

Anonymous said...

ye.. macam itu lah pemimpin yang kita sanjung.. TGNA telah dicabar dan beliau telah menggunakan platfom yang betul untuk menerangkan kepada rakyat kebenaran dan kebatilan..
bukan macam pemimpin yang pak turut dan bertempik tak tahu fakta dan auta lebih.
tengok media skrg pun sunyi dari itu ini.. takut kot.

kepada pemimpin umno yang lawat web ini sila jawab dengan ikhlas.. jangan pula menegak benang basah.. yang hitam cakap hitam... jangan kata putih... sekarag semua orang dah celik..

ubatkuat said...

ape dia??najib berani debat??ye ke..

anakjatiperak said...

YAB Dato seri Najib b Tun Abdul Razak, anta adalah pemimpin nombor wahid dalam pertubuhan melayu islam yang ada di malaysia ini. sebagai pemimpin, anta hendaklah menunjukkan keberanian anta untuk berhadapan dengan pemimpin PAS. TGNA adalah Mursyidul Am PAS, atau Tuan Penasihat. Kira dalam hirarki jemaah Islam, musyidul adalah pimpinan tertinggi.
So, anta dengan TGNA adalah satu level.
Ayuh, DSNTAR, terima pelawaan TGNA...kami nak lihat anda berhujah secara gentleman dengan Tok Guru. dan kami akan nilaikan...hujah anda samada setaraf dengan shabery cheek atau DSAI.

Anonymous said...

askum.,..
saya nak ajak ubatkuat berdebat boleh?