06 July 2009

KEISTMEWAAN BULAN REJAB

Hari ini kita tinggalkan bab politik, kita bicara bab agama. Sesungguhnya, Islam itu mudah dan Islam tidak pernah menyusahkan umatNya kecuali umat Islam sendiri yang alpa dengan karenah dan jerat di dunia ini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah Taala menyeru kepadanya " telah wajib hakmu atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu daripada semua makhlukKu. Engkau kekasihKu daripada semua makhlukKu. Engkau mulia di sisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau".

Sesungguhnya mengerjakan puasa di bulan Rejab ini tidak kira sehari, dua hari atau hingga ke sebulan terlalu banyak keistimewaannya. Berikut saya senaraikan beberapa keistimewaan mengikut hari yang kita puasa:

1) 27 Rejab : diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah,diberi pahala berpuasa seribu tahun.

2) 1 hari Rejab : diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga serta diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.

3) 2 hari Rejab : akan digandakan pahala ibadatnya.

4) 3 hari Rejab : akan dibina benteng yang akan menghalang ke neraka pada hari Kiamat.

5) 4 hari Rejab : akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari Kiamat.

6) 5 hari Rejab : akan diamankan daripada azab kubur.

7) 6 hari Rejab : akan dikeluarkan dari kubur pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.

Begitulah serba sedikit keistimewaan bulan Rejab seandainya kita berpuasa, semoga dengan paparan tersebut membuatkan hati kita lebih dekat kepada Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang bermaksud: Kamu adalah sebaik2 ummah diturunkan kepada manusia, kamu menyeru melakukan kebaikan, kamu melarang melakukan kejahatan, kamu beriman kepada Allah...

SAYA SEORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM
ANAK KOMANDO REJIMEN 1

8 comments:

ckshahalexandria said...

insyallah mai lah kita ramai-ramai mengimarahkan bulan rejab.supaya kita mendapat inayah dariNYA...insyallah

GAZZAMOHD said...

assalamualaikum,
saya bukanlah alim sangat dalam ilmu agama ni,
tetapi ape yg saya tahu,semua hadith yang berkaitan dengan kelebihan bulan rejab adalah palsu ataupun tersangat dhaif,yang sahih nye rejab
adalah salah satu daripada 4 bulan yang haram,dan ibadat padanya amatlah besar pahalanya,tetapi tak ada satupun hadith yang sahih tentang kelebihan khusus puasa pada hari tertentu pada bulan rejab.
WAALLAHUA'LAM
PENCINTA SUNNAH

lovespiraldownwards said...

suka ingin saya membuat ulasan sikit YB. menurut beberapa pendapat, dipercayai hadith di atas itu adalah hadith palsu. diharap boleh pastikan untuk pengesahan..

S.M.K. Belawai said...

salam, saya kurang setuju dengan ayat "Hari ini kita tinggalkan bab politik, kita bicara bab agama."

seolah politik asing dari agama. Di mana ungkapan yang mengatakan politik adalah sebahagian dari agama?

jika salah sila perbetulkan.

ANAK KOMANDO REJ 1 said...

MAKSUD SAYA, HARI INI SAYA TIDAK MAHU BAWA CERITA TENTANG POLITIK YG BIASA SAYA TULIS. MEMANG POLITIK TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DGN AGAMA. SAYA AKUI. TENTANG HADIS TERSEBUT, SAYA TERIMA PANDANGAN DAN PENDAPAT DIATAS KERANA SAYANIPUN TIDAKLAH BERAPA PANDAI TENTANG HAL TERSEBUT. HADIS TERSEBUT SAYA AMBIL DARI BUKU YG SAYA BACA. JIKA IA SOHEH ATAU TIDAK WALLAHUAKLAM. SELAMAT BERPUASA DI BULAN REJAB...

Anonymous said...

Jihad Perang tabuk berlaku dalam bulan Rejab Tahun ke9 Hijrah. Bulan Rejab tahun yang sama juga perangai orang munafik dipertuntunkan Alah kepada Rasulullah SAW dan pengikutnya yang taat. Pada tahun tersebut masjid yang didirikan oleh kaum munafik dibakar.

Anonymous said...

sila lawati blog www.al-muqry.blogspot utk melihat kedudukan hadis bulan rejab

Anonymous said...

askum...Yb...sama amat tertarik tajuk nii..
tp ingin saya nasihatkan untuk semua...
tidak ada dalil dan nas dari al quran mahunpun hadis yang mengatakan kelebihan2 dan fadhilat mengenai kelebihan bulan rejab...
yg jelas allah telah sebt dalam al quran...
allah jadikan 12 bulan dan 4 bulan daripadanya adalah bulan2 haram...bulan2 ini bulan2 yg dihormati...bulan tersebut bulan zulhijah, zulkaedah,syaaban dan rejab..
semua bulan bulan haram yang dihormati..allah x sebut pun kelebihan2 bulan ini maka fadhilatnya adalah sama sahaja..
semua hadis yg dikemukakan diatas adalah hadis dhaif dan maudhuk...maka semua ini adalah perkara2 mungkar yg membawa kpd kesesatan..
maka kita kna berhati2 ...ustaz azlam....