17 July 2009

HADITH HARIAN: Ciri-ciri Orang Munafik

Email oleh : Amier Selamat

Tajuk :
Ciri-ciri Orang Munafik

BAB:
Akhlak


Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) . [Riwayat Ahmad]

Huraian:
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

3 comments:

Anonymous said...

Hadith ini patut di hafal dan dihayati olih semua pemimpin yang berugama Islam, Tak kira Raja kah, ahli politik kah atau pentadbir. Selagi ia mengaku dia berugama Islam dia patut menyedari tentang ciri ciri orang munafik.

abukhuzaifah said...

dah tahu pun bukannya depa peduli.

Anonymous said...

Kita sebagai umat islam ni kena berhati-hati dengan orang munafik ni, dia ibarat musuh dalam selimut,lebih bahaya daripada orang kafir yang terang-terangan. Saya xnak sentuh dari sudut ape-ape tp kita leh lihat dengan jelas dalam aspek pergaulan sesama kawan. ada kawan yang talam dua muka. so, awas....