06 July 2009

DADAH MENGUGAT KEDAULATAN BANGSA

Fakhrol Ekram Abdul Razak

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan akhirat.

Kedaulatan negara dan bangsa di negara ini terletak dalam tangan orang Islam kerana orang Islam adalah kumpulan majoriti yang menjadi teras kekuatan bangsa dan pemerintahan di negara ini. Persoalan besar timbul ialah sampai bila kita boleh mendakwa bangsa kita sebagai mempunyai hak ketuanan di negara ini?.

Berdasarkan pemerhatian ternyata kekuatan ketuanan umat Islam semakin merosot dan semakin tercorot. Dalam keadaan politik orang Melayu atau orang Islam yang semakin terlucut kekuasaan itu kerana berpecah belah, maka pada masa yang sama juga orang Islam paling ramai terjebak dalam gejala sosial terutamanya nya menagih dadah. Sekali imbas terdapat orang Islam kelihatan hidup tidak boleh dipisahkan dengan menyedut dan menagih dadah.

Menurut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008, jumlah penagih dalam negara kita adalah seramai 12,352 orang yang merangkumi penagih lama dan baru. Secara umumnya 75% penagih dadah adalah umat Melayu. Pada setiap hari kira-kira 17 orang penagih baru dikesan. Selain daripada itu pada masa ini terdapat 29 buah Pusat Serenti di seluruh negara yang menampung kira-kira 10,000 orang penagih dadah sebagai tempat rawatan dan pemulihan. Menurut sumber agensi itu lagi, hanya kira-kira antara 20-25% penagih dadah yang menghuni di Pusat Serenti berjaya dipulihkan. Manakala yang lainnya gagal untuk dipulihkan, di mana hidup terumbang ambing, lemah serta terjebak menghidap HIV dan AIDS.

Apa yang membimbangkan, sebahagian besar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah daripada golongan belia. Sedangkan golongan inilah pewaris meneruskan kesinambungan kepimpinan keluarga, masyarakat dan negara. amat bimbang, sebilangan orang Islam yang hidup bergelumang dengan dadah, HIV dan AIDS ini dari segi jangka panjangnya akan melemahkan kedaulatan bangsa dan menghapuskan hak ketuanan Islam di negara ini.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
(Ar-Rum:41)

Penglibatan besar orang Islam dalam menagih dadah, terjerumus dalam HIV/AIDS dan gejala sosial lain memberi amaran awal bahawa dalam masa jangka panjang ketuanan Islam akan menjadi bangsa yang hina, dan merempat di negara sendiri. Bagi mengelak ancaman kelemahan orang Islam, maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian insaflah dan renunglah peringatan Rasulullah SAW yang sabdanya:

Mafhumnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada mampu juga, maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Sejajar dengan peringatan Rasulullah SAW ini, umat Islam sekalian untuk sama-sama bertindak iaitu:

Pertama: Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid/Surau, Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung, PERSATUAN PEMUDA-PEMUDA, PERSATUAN BELIA,PEKIDA, DAN PELBAGAI NGO DAN KERAJAAN dan pemimpin masyarakat akar umbi di seluruh negara perlu memperhebatkan peranan dan sanggup turun padang membantu, membimbing, mendekati dan memberi keyakinan hidup kepada keluarga yang menghadapi krisis akhlak ini. Sedarlah bahawa perbuatan mencerca dan menghina mereka yang menghadapi ujian Allah SWT adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan menambahkan lagi penderitaan mereka.

Kedua: Ibu bapa sebagai tunjang keluarga mesti bertanggungjawab memastikan agar diri dan ahli keluarga sentiasa melaksanakan perintah Allah SWT dengan sempurna dan istiqamah. Ketahuilah bahawa beristiqamah dalam ibadah mampu menghindarkan anak-anak dari ancaman dadah dan gejala sosial lain.

Ketiga: Semua anggota masyarakat bertanggungjawab untuk sama-sama memburu pengedar-pengedar dadah dan mereka yang bersyubhat. merasa sangat sedih terhadap segelintir mereka yang mengaku beriman, namun menjadi pengikut syaitan menghancurkan kaumnya sendiri.

Menyeru umat Islam di negara ini, marilah kita sama-sama menginsafi tentang kedudukan dan penglibatan umat Islam dalam gejala sosial yang mengaibkan maruah ummah masa kini. Salah satu wabak yang pada masa ini sangat mencemaskan seluruh penduduk dunia ialah mengenai peningkatan penghidap Selsema Babi atau Wabak Selsema H1N1.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, marilah kita berganding bahu memastikan kebersihan diri dan alam sekitar seperti membasuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, makan makanan halal dan berkhasiat disamping senaman untuk kekuatan sistem pertahanan badan, segera mendapatkan rawatan perubatan jika demam, selesema atau batuk, mendapatkan bantuan keluarga, jiran, dan rakan sekerja untuk tugas-tugas tertentu, dan menunaikan solat Hajat yang berterusan sebagai doa dan ikhtiar menolak bala bencana serta ujian Allah SWT yang menimpa umat Islam dan manusia yang lain.

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan- Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(At-Tahrim:6)

WALLAHUALAM…

2 comments:

zackeye said...

Dalam menangani masaalah dadah kita umat Islam diMalaysia mesti menyamakannya seperti arak. Arak dah jelas diharamkan oleh Allah. Kedua-duanya haram kerana mengkhayalkan dan merosak diri dan masyarakat.
Tetapi kita membezakan dari segi hukuman. Dadah dihukum dengan berat tetapi arak kita tidak menghukum dengan berat malah dibiarkan dan dianggap ringan. Kita sepatutnya menghukum sama berat keatas pesalah dadah dan arak sepertimana hukuman yang dikehendaki Allah keatas kesalahan minum arak.
Kita mesti letak prioriti yang betul. Kalau minum arak kena 80 rotan maka penghisap dadah juga mesti kena 80 rotan. Kita tak boleh ambil sikap yang arak mendatangkan cukai dan dadah tidak menghasilkan cukai maka arak dikecualikan dari hukuman. Orang bukan Islam nak minum arak itu dia punya pasal. Tapi terhadap orang Islam mesti dikenakan hukuman berat tanda kita patuh kepada perintah Allah.

Anonymous said...

bukan dadah sj jd musuh,dedah pn sama.pakai tudung jarang ,kecil hingga menampakkan bentuk dada,wanita berseluar jeans yg sendat...baju berwarna terang,kenapa tak disebut sama...?padahal itu semua penyumbang gejala negatif....ada suami nmpk hebat sbg pejuang agama,tp ahli keluarga dibiar berpakaian yg tak selari dgn syarak...walhal ittifaq ulama dh jelas dlm hal ni...