06 July 2009

CINA, INDIA DAN SIAM, MERIAHKAN KARNIVAL DURIAN DAERAH KUBANG PASU BERSAMA PEMIMPIN PAS

Oleh : Siti Balqis Abd Samad

BANDAR DARULAMAN - Karnival Durian Daerah Kubang Pasu 2009, Bersama Pemimpin PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan serta Lajnah Buruh, Petani dan Nelayan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu yang berlangsung semalam berjalan dalam suasana meriah.

Menurut Zulkifli Zainuddin, Ketua Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu, juga sebagai Pengarah program sambutan dari masyarakat daerah Kubang Pasu terhadap program yang dianjurkan amat memberangsangkan sejak pagi lagi, walaupun jadual ditetapkan bermula jam 5.00 hingga 6.30 petang”.

“Kami menjangka kehadiran program Karnival Durian ini mencecah sehingga 1,500 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Siam., katanya.

Program Karnival Durian ini adalah julung kali dianjurkan oleh Pas Kubang Pasu yang turut dihadiri oleh tatamu jemputan khas iaitu Datuk Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS seta AJK Pas Kubang Pasu dan tokoh masyarakat setempat.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Kubang Pasu, Hj Taib Abd Rahman berkata, berdasarkan kepada sokongan dan sambutan program yang diadakan pada kali ini di luar jangkaan, pihak Lajnah optimis untuk menganjurkan program yang lebih besar pada tahun 2010 nanti.





“Insya allah, pihak kami akan memperluaskan skop penganjuran program ini pada tahun depan atas nama Festival Durian Daerah Kubang Pasu. Di mana ia bukan semata-mata sebagai pesta makan beramai-ramai, malah ingin membuka peluang kepada kaum tani dalam daerah ini memperdagangkan produk berasaskan durian seperti mana yang dihasratkan oleh YAB Menteri Besar Kedah, katanya.

Taib berkata, pihaknya akan merangka pelan tindakan yang lebih komprehensif bagi memastikan penganjuran Festival Durian tahun depan menepati objektif dan sasaran yang ditetapkan.

Di samping itum pihak penganjur juga merakam penghargaan di atas sokongan semua pihak termasuk JKR Daerah Kubang Pasu, MDKP serta individu yang telah membantu dan menyokong menjayakan program ini.

2 comments:

Hj Mat said...

Beringat sedikit makan buah durian tu kalau yang kencing manis, gaut berwaspadalah faham-fahamla makan cukup sedap sakit pun sedap juga.

Anonymous said...

Teman setuju dengan haji mat, sebab teman dah kena. Seminggu teman terhincut-hincut, sakit, gout. Lepas tu datanglah durian yang macam mana, teman telan air lior jerla..Berpada-padalah makan durian tu..