06 July 2009

Bakar al-Quran di masjid

Zailina Mahmud
petikan harian metro

KOTA SARANG SEMUT: Belum sampai 24 jam dibebaskan dari penjara, seorang lelaki yang juga penagih dadah dipercayai membakar 30 naskhah al-Quran yang disimpan dalam sebuah masjid di Kampung Tualang, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, bekas banduan berusia 30-an yang baru dibebaskan dari penjara pada pagi sebelumnya itu memasuki masjid berkenaan sebelum mengambil 30 al-Quran itu yang diletakkan di atas rak dan membakarnya di ruang solat.

Kejadian itu hanya disedari jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh beberapa jam selepas itu.

Siak masjid berkenaan, Abdul Hamid Shafie, 70, berkata dia terkejut apabila penduduk kampung memaklumkan mengenai kejadian itu sebaik dia tiba untuk menunaikan solat Subuh.

“Sebaik tiba, saya nampak ramai penduduk berkumpul di pekarangan masjid sementara asap memenuhi ruang solat. Saya sangkakan masjid terbakar, bagaimanapun dimaklumkan ada individu menceroboh masjid dan membakar al-Quran,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, semalam.

Katanya, sepanjang usianya dia tidak pernah mendengar ada pihak sanggup membakar al-Quran dalam masjid.

“Mujur api tidak marak kerana al-Quran itu dibakar di atas simen, jika tidak pasti masjid ini rentung. Perbuatan ini bukan saja mencemarkan rumah Allah, tetapi menunjukkan sikap keji lelaki terbabit,” katanya.

Abdul Hamid berkata, masjid itu tidak berkunci kerana ia bertujuan memudahkan penduduk atau orang luar menunaikan solat pada bila-bila masa.

Menurutnya, lelaki itu yang juga penduduk kampung itu pernah melakukan tindakan hampir sama tiga bulan lalu apabila dia mencampakkan beberapa naskhah al-Quran dalam kolah masjid.

Tindakannya itu menyebabkan penduduk mengutip al-Quran itu sebelum menjemurnya sehingga kering.

“Dia kerap keluar dan masuk penjara. Apabila melihat al-Quran itu terbakar, kami tahu ia perbuatannya kerana dia baru saja dibebaskan dari penjara atas kesalahan mencuri.

“Saya tidak faham mengapa lelaki itu sanggup bertindak demikian. Mungkin dia hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal diri,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan masjid berkenaan kini hanya memiliki senaskhah al-Quran yang tidak sempat dibakar lelaki itu.

Abdul Hamid berharap ada pihak tertentu untuk menyumbangkan al-Quran untuk kemudahan jemaah di masjid itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, ketika dihubungi, berkata polis sudah menahan lelaki terbabit Selasa lalu dan direman sehingga hari ini.

http://zailina88. blogspot. com

7 comments:

zackeye said...

Jemaah semua masjid patut ambil iktibar dari kejadian ini. Apakah al Quran dimasjid-masjid dibaca atau hanya dijadikan perhiasan. Kadang kala kabinet alQuran dikunci dan dibuka mungkin pada bulan Ramadzan saja bila ada majlis tadarus.

Kucing Parsi said...

orang black metal kot banduan tu

Anonymous said...

CUBA BERKAWAN DENGAN DIA.DIA HANYA INSAN YANG PERLU BIMBINGAN.CUBA SIASAT DAN KENALPASTI KENAPA DIA BERTINDAK BEGITU

abukhuzaifah said...

ada mesej yg tersirat

abukhuzaifah said...

ada mesej tersirat

david ahmad muniandy said...

1. Penduduk Kota Sarang Semut hampir tak ingatkan Allah, hanya mementingkan dunia...hanya amaran bagi penduduk disitu ambil sebagai iktibar

2. Bekas banduan tak ingin memukulkan orang lebih elok bakar al-Quran sesiapa pun tidak cedera...

umnokurap said...

kena cek, bila pilihanraya dia menolong parti mana? aku rasa takan dia tolong pas kot.. tp tak tau ler..