20 May 2009

PAS lancar dana bina kompleks RM 27 juta di Putrajaya

PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3



Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Siasahdaily..

42 comments:

wargamalaya said...

alhamdulilah............takbir

Anonymous said...

Tahniah .PAS terus melangkah kehadapan. tingkatkan imej PAS dimata masyarakat agar mereka tertarik dengan Islam agama yang syumul.Takbir.

Anonymous said...

tahniah.... mudah2an segala perancangan akan tercapai....

Anonymous said...

Kenapa bazir duit . Kan tahun 2013 dah boleh guna kompleks kerajaan di Putrajaya .

ary man said...

macam 2 la hebatnya pas.kalau umno harga komplek gak2 berapa 50,69 ,.100juta.paham2 ajela.

Anonymous said...

macam mana nak beri sumbangan?

Anonymous said...

TAHNIAH PAS GERAKAN ISLAM SEMEMANGNYA BOLEH TAKBIR

badok said...

Membangunkan sesebuah bangunan atas nama komplek sangat sangat tidak relevant. Walaupun besarnya boleh diisi 100 ribu manusia, ini 'membazir'. Kalau arah tuju PAS mentadbir Putrajaya, tidak kah Putrajaya itu sendiri mencukupi???... 27juta lebih baik bangunkan kepercayaan rakyat dari bagunkan komplek. Husam pi jelajah dulu semua PAS kawasan / PAS cawangan..tenguk tenguk kalau mereka mempunyai prasarana lengkap.. itu lebih afdal dari nak bermegah megah.. Husam jg jadi UMNO...

Pendokong Harakah Islamiyyah said...

Assalamualaikum Drs. Ustaz,
Moga cita2 murni ini akan terealisasi dengan dokongan pecinta2 Islam se-Malaysia dan disertai tongkat estafet kepimpinan ulamak dan profesional yang menjadi simbol kekuatan PAS sebagai harakah islamiyyah yang unggul di rantau Asia Tenggara ini bagi menggantikan MASYUMI dan HIZBULMUSLIMIN yang pernah terbilang satu ketika dahulu....

ramzi|putrajaya said...

lawa design...
bgs la PAS buat kompleks dekat ngan putrajaya ni. InsyaAllah PAS akan mentadbir Malaysia suatu hari nanti. golongan muda islam akan memberi undi pada PAS, insyaAllah

z. hussin said...

Alhamdulillah. Semoga usaha murni ini berjaya dan sentiasa mendapat Rahmat dan Lindungan Allah. Takbir!

anakjatiperak said...

Alhamdulillah...Pas telah mula mempersiapkan jamaah bagi mengambil alih putrajaya. Kalau boleh promosikan No Akaun Bank untuk ahli menyumbang terus ke dalam akaun bagi kutipan dana itu. TAKBIR...
Orang UMNO pun boleh sumbang sama kerana ada kekanwang aku yang ahli sahaja UMNO(nak dapat projek) tapi dapat untung sumbang pada PAS.

ilhamjabil said...

IKLAN KAT TOK ARAB SAMA...TENTU SAT SAJA DANA BOLEH KUMPOL

Nh said...

Kehebatan PAS ialah PAS mempunyai bangunannya sendiri hasil daripada sumbangan Ahli-Ahlinya..

Ianya berbeza dengan UMNO, semuanya guna bangunan kerajaan. Sebab tu bila UMNO jatuh, orang-orang UMNO akan melalak sebab tak ada tempat nak duduk lagi..

Saf Badar said...

Tanpa Nama berkata...5/19/2009 12:57 AM
"Kenapa bazir duit . Kan tahun 2013 dah boleh guna kompleks kerajaan di Putrajaya" Heh!Heh! Confident nampak, tapi inilah sifat sepatutnya setiap ahli PAS ada. Kita berusaha habis-habisan, jadi tak jadi itu urusan Yang Maha Esa. Takbir!

madkri said...

Pakat2 kita derma..nanti anak cucu akan ingat sumbangan kita untuk membina komplek ini...Panjang2kanlah hasrat ini kepada penyokong UMNO sama.Mungkin ada yang nak beri sumbangan tu..

Anonymous said...

Saya setuju dengan Badok... buat apa nak habiskan rm27 juta sedangkan penyokong akar umbi PAS di kampung-kampung.. cawangan PAS dibuat di rumah-rumah kosong takpon rumah ahli jer.. papan pon berlubang..atap zink karat .. pi dengar ceramah duduk atas rumput dan atas tanah ja...dok celah pokok pisang pon ada..

Awas dengan cita-cita besar kadangkalan boleh menjadi riak..jangan sampai penyokong di desa dan kampung marah dengan cita-cita murni ini..

Lebih baik bantu markas yang uzur dari buat kompleks yg mahal (tak lah mahal kalau dibanding dgn harga direct nego Kerajaan BN). Adakah terlalu yakin PRU selepas ini PAS dan PR boleh tadbir Kjaan Persekutuan??

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan projek ini sebab ia akan membuka mata para belia2 terhadap hala tuju PAS dan menambah keyakinan terhadap kepimpinan PAS... Takbir!!!

Anonymous said...

SAYA SETUJU DENGAN PEMPINAAN PEKABAT PASA INI... ahli pas tolong bezakan HARTA PARTI dan HARTA RAKYAT... jika dapat menakluk putrajaya pun, PAS SEBAGAI KERJAAN TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN HARTA RAKYAT UNTUK KEGUNAAN PARTI.. ingat 2!!!! harta RAKYAT UNTUK SEMUA RAKYAT, BUKAN MILIK PAS.... BAGUNAN INI ADALAH MILIK PAS UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM...

TAKBIR.....

Anonymous said...

alhamdulillah...ini merupakan 1 bukti bahawa PAS juga boleh bawa kemajuan...semoga usaha ini akan membuahkan hasil...TAKBIR

Anonymous said...

biarla PAS baru nak menunaikan hasrat utk mengembangkan syiar Islam.. jgn fikir negatif.. fikirkan dari aspek positif.. insyaAllah, PAS akan berjaya.. Takbir!! ALLAHUAKBAR!

Pemburu Syahid said...

Salam...

Tahniah kepada PAS Pusat dan tahniah kepada semua ahli PAS yang bekerja kuat tidak kira sama ada menerusi masa, tenaga atau wang ringgit.

Semoga kewujudan kompleks ini dapat mementapkan lagi PAS terutamanya daripada sudut tarbiyyah.

PAS Putrajaya jangan nak menyibuk. Kang hilang pula keberkatan bangunan nih. Masing masing dah cermin diri ker?

siti zulaikha yusoff said...

Salam..muslimah tumpang berbangga di atas kejayaan ini..Tahniah

Anonymous said...

Allahuakbar, Syabas kepimpinan PAS dapat merancang satu prasarana yang akan menjadi perhubungan ke peringkat antara bangsa.

Diharap juga perancangan itu meliputi pusat latihan jatidiri serta pusat tarbiah bukan sahaja dalam hal-hal keagamaan malahan melangkaui bidang kemahiran hidup bagi golongan miskin bagi melepas diri dari cengkaman kemiskinan turun temurun.

Komen-komen negetif itu pula lahir dari mereka yang berperasaan hasad dengki dan tidak mahu melihat PAS merangka program ke peringkat global. Sementelahan PAS kini semakin mendapat perhatian di peringkat antara bangsa. Mereka yang memberi reaksi negetif itu bersifat Abu Jahal dalam versi terkini.

Bagi yang menganjurkan agar memadai gunakan sahaja bangunan kerajaan yang sedia ada di putra jaya itu apabila mendapat kuasa kelak merupakan cetusan pemikiran orang yang tidak berintegriti sama semacam orang UMNO masa kini. Pemimpin PAS diharap jangan melayan cara pemikiran seperti itu dan jangan pula patah semangat dengan ejekan mereka. Sebenarnya mereka ingin menggagal program pemerdekaan jiwa dan raga misi dan visi PAS,

Anonymous said...

bagi nombor akaun. bank apa.

AkuSaudaramu.. said...

aku baca ada yg sokong ada yg x sokong. Pra kontra lebih pada kebaikan bukan je pada ahli kebaikan pada semua orang.. Islam 4 all.. aku sokong demi islam kemajuan duniawi menuju akhirawi.. jgn lah terlalu negatif,bukan tmpat maksiat pun malah tempat majlis2 ilmu. Nak bedebat dengan menteri sebarang isu pun senang. Umno xleh banyak alasan. Dewan besor, ramai rakyat boleh tengok... ni peluang korang buat pahala ni.. Derma2 jgn x derma. campai kiamat berkat tu dapat.. mungkin akan ada akaun dlm harakah daily nanti kot.. mcm derma pada Hamas gak la.. tapi acc.maybank kalu boleh pihak PAS pusat wakilkan la senang yg bank2u je..

jelir said...

walaupun putrajaya dalam jangkauan PR untuk PRU 13, entiti goverment dan parti memang mesti dipisahkan. jangan jadi macam BN. semua harta kerajaan jadi harta BN AMENO. Saya menyokong langkah PAS utk membina kompleks PAS sendiri.
TAKBIRRRRRRRRR

Anonymous said...

Ini semua untuk kempen PRU PAS bulan depan. Tak wajar PAS ada kompleks yang begitu besar di kala dana berkenaan blh digunakan untuk bantu SAR yang makin tersepit kerana kurangnya bantuan daripada kerajaan.

W/bagaimanapun kompleks berkenaan blh bantu untuk dpt dana melalui kemudahan sewa banguna dll. PAS blh anjurkan seminar/konferens peringkat antarabangsa dll.

hADIE said...

salam...

kalo benar2 kutipan dana ini akan berjaya
harap seni-bina bangunannya nanti bukan seperti gambar di atas...
rasanya dengan rm27 juta, bole dapat design yang lebih menarik... (insya allah)

pelajar seni-bina

Anonymous said...

saya rasa, PAS perlu minimumkan kos.. idea ini sgt baik.. tp perlu juga menjengok yg dibawah.. jgn smpi yg dikejar x dapat, yg dikendong berciciran...

ape pn.. membangun la bersama ISLAM..

TAKBIR 3X

Anonymous said...

assalmualaikum

saya rasa kompleks 27 juta ni tak perlu. apa yang lebih perlu ialah setiap markas PAS di setiap kawasan perlu lah lengkap. contohnya... setiap markas PAS (sekurang kurangnya di setiap parlimen) mestilah mempunyai dewan yang besar dan selesa. dewan ini boleh dijadikan dewan orang ramai. rakyat nak buat kenduri kendara ke, majlis hari jadi ke, korban ke, ceramah ke, mandi mayat ke...semuanya boleh.

di markas ini juga perlulah ada beberapa bilik yang bersesuaian yang boleh dijadikan bilik serbaguna seperti kelas tusyen, atau kelas mengaji, atau boleh ditukar kepada bilik pesakit ketika rawatan percuma dari doktor doktor PAS.

duit selebihnya boleh digunakan untuk buat gelanggang sepaktakraw atau badminton utk anak anak muda meluangkan masa.

banyak lagi yang boleh dibuat bagi setiap markas. jadikan markas PAS di setiap kawasan sebagi sesuatu yang HIDUP...bukan setakat meeting AJK saja. kenapa tidak dijadikan markas PAS sebagai tempat rakyat berkumpul? tak kiralah untuk kenduri ke, mesyuarat ka, sukaneka sekolah ka...hatta boleh bukak kedai runcit dan jual barang pada harga berpatutan

saya rasa jika markas PAS berfungsi, impian untuk merakyatkan PAS insyaallah akan tercapai. jadikanlah markas markas PAS di seluruh negara sebagai nukleus gerak kerja jemaah kita

insyaallah RM 500,000 dah mencukupi bagi setiap markas

wassalam

abi muadz & yaasir

M.H.A Hamzah said...

mungkin ada org tak phm tujuan pembinaan kompleks tu.harap YB boleh terangkan nnt secara terperinci.

Anonymous said...

aku sokong... lagipun apa yg PAS buat ini jelas dan tak ada apa yg nak diselindung... PAS minta sumbangan, maka siapa yg nak sumbang sila la beri sumbangan kepada yg tak bersetuju anda masih boleh membuat amal jariah melalui cabang-cabang lain.. melalui derma di masjid ker.. sedekah kat fakir miskin ker... apa-apa pun aku menyokong perjuangan PAS yg selari dengan agama...

otai-otai kampung said...

SALAM...
TERUSKAN PERJUANGAN PAS..
TAKBIR!!!

ubatkuat said...

SALAM UTK SEMUA

PAS FOR ALL.. ALL FOR PAS!!

SEMOGA IMPIAN UTK MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA,,DAN CITA2 UTK MEMBANGUNKAN KOMPLEKS BERKENAAN AKAN TERCAPAI JUA ..INSYAALAH!!!!!HIDUP ISLAM DAN TAKBIR ,TAKBIR TERUS TAKBIR

putraminang said...

InsyaALLAH kejayaan buat Islam dan penyokongnya
ISLAM/PAS FOR ALL
Islam untuk sepanjang masa sepanjang zaman.
ALLAHUAKBAR!!!

putraminang said...

Dulu kata PAS tak tahu/tak de pembangunan..
Ni bila PAS nak buat kenalah sokong! disamping tu markas cawangan2 dan kawasan sama2lah setiap ahli gembeling tenaga cari dana sendiri. Kat Putrajaya tu untuk kelas antarabangsa biarlah... bukan nak megah2 sekadar Simbol kejayaan ISLAM/PAS taklah sampai RM200juta pun!

Anonymous said...

assalamualaikum
saya kurang bersetuju duit RM 27 juta dibelanjakan untuk satu markas saja

bagi saya, program memasyarakatkan PAS mestilah bermula di setiap kawasan/parlimen

PAS sepatutnya memperkasakan setiap markas. markas hendaklah dijadikan kawasan tumpuan rakyat, bukan sekadar tempat mesyuarat AJK kawasan sahaja. markas PAS mestilah dilihat sebagai "centre stage" bagi masyarakat setempat

saya merasakan duit yang sebanyak RM 27 juta bolehlah diagih-agihkan kepada setiap kawasan untuk memajukan markas PAS masing-masing

RM 500,000 rasanya sudah cukup bagi setiap markas kawasan untuk aktiviti-aktiviti berikut:
1. dewan orang ramai yang agak canggih. dewan ini sangat penting kerana pelbagai aktiviti kemasyarakatan boleh berlaku di sini seperti kenduri-kendara, majlis jamuan kuliah agama, kuliah motivasi etc etc.
2. pinggan mangkuk, kerusi meja untuk majlis majlis kenduri (boleh disewakan pada kadar berpatutan)
3. satu bilik mandi dan mengurus jenazah
4. beberapa bilik untuk kelas tusyen akademik, kelas pengajian quran, kelas pengajian agama etc
5. satu bilik yang mempunyai kelengkapan kesihatan (first aid) yang basic di mana program khidmat kesihatan percuma dapat dijalankan oleh doktor-doktor PAS
6. satu gelanggang sepak takraw/badminton/futsal disediakan untuk anak-anak muda beriadah
7. kalau boleh, sediakan satu kedai runcit PAS di setiap markas di mana barang-barang keperluan dijual pada harga yang berpatutan

insyaallah, jika setiap markas PAS dapat dihidupkan dan didekatkan kepada rakyat, cita cita PRU13 akan tercapai

wassalam

abi muadz & yaasir

aina il said...

rasanya bagus PAS ade pusat tarbiyah a.k.a kompleks kita sendiri... mcm yg dok ade kat taman melewar kan sempit, dkt ngn rumah org plak tuh.. ini mungkin leh wat dewan konvokesyen utk kolej2.... kan dh dpt jana pendapatan melalui tu... mcm rasional la sket kot? kalu kita ade bangunan kita sendiri, org recognize kumpulan kita.. br org fikir... oh. PAS ni pertubuhan yg betul2 dedikasi.. bukan hanya cakap je lebih... ye tak?

kalu pasal markas yg kureng tuh.. itu depend kepada ahli2 yg berada dkt markas tuh.. ase2 nak tambah kewangan markas, buatla sesuatu.... jualan ker, khidmat ker... kate PAS for all.. jd yg all tu kita,so kene berjihad utk PAS... insyaAllah dikira pahala oleh Allah... janji dgn niat ikhlas Lillah hitaala..

Anonymous said...

rasanya bagus PAS ade pusat tarbiyah a.k.a kompleks kita sendiri... mcm yg dok ade kat taman melewar kan sempit, dkt ngn rumah org plak tuh.. ini mungkin leh wat dewan konvokesyen utk kolej2.... kan dh dpt jana pendapatan melalui tu... mcm rasional la sket kot? kalu kita ade bangunan kita sendiri, org recognize kumpulan kita.. br org fikir... oh. PAS ni pertubuhan yg betul2 dedikasi.. bukan hanya cakap je lebih... ye tak?

kalu pasal markas yg kureng tuh.. itu depend kepada ahli2 yg berada dkt markas tuh.. ase2 nak tambah kewangan markas, buatla sesuatu.... jualan ker, khidmat ker... kate PAS for all.. jd yg all tu kita,so kene berjihad utk PAS... insyaAllah dikira pahala oleh Allah... janji dgn niat ikhlas Lillah hitaala..

Salwani said...

Pembetulan. Kalau letaknya di Sg Merab, maknanya bangunan ini kan berada dalam Parlimen Sepang DUN Dengkil. Saya dari Cawangan Sg Merab.

Saya menyokong penuh usaha ini. PAS ada baaaanyak program, tapi kia tak dapat centralisekan program kita. Beberapa tahun kebelakangan ini kita buat mesyuarat agug pusat di beberapa dewan, stadium dsb bagi menampung peserta yang ramai. Kerap pula kita berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa seperti alat siaraya berdengung, suara tak jelas, suasana panas. Dulu kita sering gunakan Taman Melewar. Bila ada cermah yg besar kita akan gunakan Tmn Melewar, tapi bilangan pendngar yang ramai menyebabkan, lakuan yang sempit, menyebabkan jalan jem.

Kita perlukan satu bangunan sendiri yang membolehkan kita mendengar ceramah dengan selesa, parking selesa, bermesyuarat dalam keadan yang tenang.

Bila2 masa kita nak adakan mesyuarat, kita boleh adakan mesyuarat dengan mudah. Kita boleh ada pusat latihan dan perkaderan sendiri.

InsyaAllah Sg Merab akan dibangunkan. Sg Merab teretak di pinggiran Putrajaya, memang ada peruntukan untuk memajukan semua tempat yang berdekatan Putrajaya agar ianya maju setanding dgn Putrajaya dan menaikkan imej Putrajaya

Kami di Sg Merab mengalu-alukan kedatangan semua ahli PAS ke Sg Merab. Nampaknya naik lagilah value tanah kat Sg Merab. Harga sekarang ni antara 20 ke 25 skp.

Salwani said...

Bila siap markaz ni saya membayangkan kita ada satu hub Halal yang makmur, Pusat perniagaan Islami, Pusat pendidikan bersepadu dengan PASTInya, dengan kelas-kelas kuliah untuk dewasa, ILHAM, APSAH (Akademi Pengajian Saidatina Aishah). Ruang pejabat boleh disewakan. Manalah tau Dr Hassan Ali nak buka pejabat pusat latihannya di situ. Ir Iskandar nak buka landscaping company di situ. Ir Nizar nak buka cawangan Maintenance Engineeringnya kat situ. Dr Ruziah Ghazali nak buka consulatation firmnya di situ, Hanipa Maidin nak buka syarikat guamannya di situ.... Harakahpun boleh buka pejabat di situ

Masa tu saya nak gi jual nasi lemaklah kat situ. Jalan kaki je dari rumah -setengah jam baru sampai