11 April 2009

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah

Mohamed Hanipa Maidin

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.

2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.

3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.

Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?

Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:

1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.

2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.

3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).

4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.

5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.

6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:

Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.

Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.

7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.

8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.

Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.

Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar ? individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.- Harakahdaily.tajdid _

5 comments:

Anonymous said...

jika kuasa berpaksi kepada kebatilan, ketidakadilan, maka apa2 juga keputusan diambil akan terserlah kepincangan, ketidaksempurnaan,

ibuhakimi

Anonymous said...

sesungguhnya orang yang benar sentiasa
mendapat bantuan illahi.

Jon said...

assalamualaikum yb...
mak oii...pening kepala sy status 3 ekor katak tu....sy ingatkan dah takleh lawan dah...bkn calang2 org bleh handle hal2 camni...apa pon,syabas kpd Sivakumar n lawyernye yg msh waras n tenang menghadapi keserabutan n kesakitpalaan yang ditimbulkan oleh BN!!!!

Anonymous said...

Guys,
Frankly speaking, heck care of if these 3 jokers are legal in the eyes of EC or even the court. Yup, it sounds very dictatorial. This dewan kepunyaan tuan speaker punya. Selagi Sivakumar kata, ketiga2 you sudah resign, you sudah resign. If I were Sivakumar, I would just make sure you are barred from entering the dewan. Plus, I can gantung you punya allowance. Simple as that.
Speaker is the Head of Legislature. Tiada siapa boleh mempertikaikan. Not even Mahathir can pertikaikan

Saudara sekalian,
Bayangkanlah, kalau orang itu tidak dijemput untuk datang ke rumah anda, you boleh masuk tak.

By the way, I am pissed off and also happy with the court decision. Pissed off, people can suka suka sign document and can turn face say it's legal. Happy because if I sign a official document such as housing loan, I just make no date in it. Voila, I can default the loan. Wah, Aku mamyak shiok dengan ruling ini. Shiok! hiok! Shiok!

OOoi PAP Singapore,
Cut the crap about seperating the rhetoric and quite cooperation as said by MM Lee. With such ruling, they can even void the water agreement and cut the water supply

Singaporeans,
Time to have more military mobilisations......Hmm.......it's plenty now. Time to report for reservist duty & polish your guns.......

looes74

Anonymous said...

Salam... tukar jer la undang2 malaysia ni kepada undang2 rimba klau dah mahkamah pun terpaksa mengikut kata umno. Lepas ni sapa2 yg buat jenayah isi jer borang umno.. pastu kasi kat najib. confirm mahkamah lepaskan punya. tgk saja la kes pembunuhan altantuya. polis bodoh dua ekor tu x pasal2 dikenakan hukuman gantung. siapa yg suruh dia bunuh altantuya sikit pun mahkamah x tanya.

Apalah nak jadi malaysia ni. mahkamah pun boleh buat mcm main pondok2. Boleh jadi gila aku mcm ni...!!!!