11 April 2009

SETIAUSAHA SULIT KANAN MB HJ NIZAR DITUKAR SEMULA KE PUTRA JAYA

Kerajaan Haram Perak yang dipimpin oleh Zambry telah melakukan satu penganiyaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar dengan menukarnya ke Kuala Lumpur. Che Leh sebelum ini berkhidmat di Putra Jaya setelah berkali-kali ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain di Perak yang akhirnya bertukar ke Putra Jaya.

Ketika Hj Nizar dilantik sebagai MB, jawatan Setiausaha Sulit Kanan kosong, sedangkan jawatan dan tugas tersebut sangat penting bagi menghubungkan antara Pejabat Menteri Besar dengan jabatan-jabatan yang lain. Che Leh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang bertugas di Putra Jaya mengisi jawatan tersebut dan berkhidmat kepada Menteri Besar sehinggalah Zambry mengambil alih.

Che Leh pun tidak berhasrat untuk berkhidmat dengan MB baru ini, tidak serasi katanya. Dia ada mohon supaya ditukarkan ke mana-mana Jabatan di Perak yang ada kekosongan sesuai dengan jawatannya. Ada beberapa jawatan di jabatan-jabatan lain kosong yang beliau layak mengisinya. Tetapi dihantar juga ke Putra Jaya.

Beberapa hari setelah Zambry memasuki pejabat, seorang yang akan mengisi jawatannya telah memasuki biliknya dan memberi isyarat seolah-olah you keluar dari bilik ini, you tidak diperlukan di sini. Orang itu seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar. Jawatan yang sepatutnya diisi oleh Pegawai Kerajaan tetapi diisi oleh orang politik. Saya difahamkan sehingga sekarang pegawai-pegawai pejabat Menteri Besar tidak ada pegawai lantikan kerajaan, semuanya orang politik yang tentu berkhidmat untuk kepentingan politik MB. Setiausaha Sulit sehingga sekarang belum di isi.

Che Leh ditempatkan sementara tanpa sebarang tugas dan tanggungjawab di Perpustakaan SUK. Setiap hari lebih kurang hampir dua bulan, kerjanya membaca surat khabar dan buku. Pada hal di Jabatan lain seperti JAIP & PTG katanya ada kekokosngan yang beliau layak mengisi jawatan tersebut.

Berbeza ketika Hj Nizar masuk pejabat. Setelah lebih kurang tiga bulan, baru berlaku pertukaran pegawai. Pertukaran tersebut tidaklah dalam bentuk penganiyaan. Setiausaha Sulit ditukar ke Bahagian Kewangan, manakala Pegawai Khas MB ditukar ke Bahagian Kewangan, masih di bangunan yang sama. Lapan bulan kemudian, CC pejabat pentadbiran MB ditukar ke Jabatan lain, itupun bukan kerana penganiyaan, tetapi oleh kerana terlalu lamanya CC tersebut di pejabat MB, sejak zaman Tan seri Ramli Ngah Talib lagi, jadi eloklah ditukar ke tempat yang lain. Sebaik Zambry masuk pejabat, kerani tersebut dipanggil semula ke pejabat MB.

Saya juga difahamkan, suasana kemesraan tidak lagi wujud di pejabat MB, staf-staf pejabat berkerja dalam suasana agak tertekan dan takut. Berbeza dengan suasana semasa kami berkhidmat di pejabat MB. Setiap pagi, sarapan percuma disediakan di pantri pejabat, sarapan tersebut disumbangkan oleh MB setiap hari. Semua pegawai dan staf makan sama-sama. Saya jarang bersarapan pagi, tetapi ada peluang bersarapan, saya bersarapan sekali dengan staf pejabat. Suasananya cukup mesra.

Di surau SUK, saya difahamkan suasana tidak sebagaimana dahulu, setiap Zohor memanglah ada yang solat berjamaah, tetapi tidak seramai dahulu. Tazkirah Zohor sudah tidak kedengaran lagi. Dulu MB Nizarlah yang mengimami solat Zohor dan menyampaikan tazkirah, ramai yang menjadi makmumnya, termasuk EXCO dan pegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali dua orang EXCO yang setiap hari ada dipejabat tetapi tidak pernah sekalipun terjumpa berjamaah sekali di surau apatah lagi mendengar tazkirah. Dato' SUK pun jarang sangat terjumpa berjamaah di Surau, sekarang dengar cerita rajin pulak, Alhamdulillah ada perubahan.

Dulu MB Nizar selepas solat Zohor akan makan tengahari di Kantin Pejabat, dia akan mengajak semua pegawai-pegawainya makan sekali, kalau kebetulan ada orang awam nak berjumpa MB diajaknya makan sekali. MB setiap hari belanja kami makan tengahari. Orang lain tidak ada peluang untuk membayarnya.
http://misabah.blogspot.com/

13 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum YB...

diharap saudara yb berada dalam keadaan sihat walafiat. Untuk makluman saudara yb, bukan sahaja Ustadz Che Leh yang bertukar, kemungkinan besar Hj Wan Ahmad Junaidi juga mungkin bertukar ke putrajaya.

Pertukaran ini sebenarnya adalah perkara biasa. Bukan baru kerana kami sebagai staf kerajaan sering dikenakan tindakan sedemikian. Mereka menggunakan alasan atas kepentingan perkhidmatan. Untuk maklumat YB, sehingga kini beberapa staf KKM telah ditukarkan kerana didapati terlibat dengan kempen PAS. Mereka ini telah disiasat dan kemudiannya diambil tindakan dengan ditukarkan ke tempat dimana difikirkan perlu.

Namun demikian, sekiranya pegawai itu lebih cenderung kepada UMNO, tiada sebarang tindakan diambil keatasnya.

Saya amat berharap ada diantara YB - YB pembangkang mengusulkan perkara ini di Parlimen supaya ketua-ketua jabatan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk menukarkan pegawai.

Sekian.

ZAMRI kecik's said...

minta sahabat2 masuk portal ni.tolong jawab sikit kat depa yang tak reti2 tu...

http://www.muslimconsumer.org.my

Anonymous said...

Idea yang bernas oleh umno dari dulu kini dan selamanya... Saya amat2 mengalukan tindakan seperti ini dikekalkan... Umno tidak pernah melihat sejarah tamadun manusia.. Umno tidak peka dengan persekitaran... Mereka tidak sensitif dengan psaikologi manusia...Meraka sepatutnya belajar melihat kesan pertukaran kakitangan yang menyokong pembangkang...

Anonymous said...

alahai..benda baik selalu jadi camni..bila pengakhiran kepada drama kejam ini???

cathenclox said...

saya sokong tu ustaz..mane boleh maen tukar2 je..

Otam said...

“maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.”
QS Al Hajj [22.46]

Anonymous said...

Salam...

Dua exco yang selalu ada di pejabat tetapi amat jarang jumpa di surau yang mana? Yang jadi katak lompat itu ke?

Haji said...

salam.tukarlah nak tukar mana pun,tak menjadi masalah kat rakyat pun.mereka ni pun masa mb nizar dulupun tak mesra rakyat pun,lagak macam mb,rakyat datang sombong,saya pun kena,dia ingat dia siapa,sama dengan Dato SS.

Anonymous said...

Kalau aktif PAS ditukar ke Sabah/Sarawak. Lepas tu tubuh cawangan PAS kat sana. Molek sangat le tu. Boleh ada wakil dari sebelah sana.

Anonymous said...

Hal pertukaran Hj Leh sangat tak wajar sbb tiada kaitan dengan pertukaran peemerintah.Jika tak sesuai, tempatkan di di Pejabat Persekutuan lain diIpoh. Amat azab org yg bertukar ke Putra Jaya. Datok Suk tak guna common sense asyik balas dedam. sikap yg tiada asas islam, amalan syaitan Bertaubatlah Datok, kita tak boleh tongkat langit!Insaflah Datok jangan ulangi lagi dan seluruh warga anggota kerajaan akan memaafkan Datuk.Cuba kaluuDatok tukar ke Kementerian diPJaya??? Dengar cerita sanggup tak naik pangkat kerana takut ke KL??Nak pencen dgn JUSA A?

Anonymous said...

Drs,Sebagai penjawat awam terima lah arahan pertukaran sebagai asam garam dlm dunia perkhidmatan.Ramai staf dinegeri dah berada di "confort zone" enggan berpindah ke Wilayah Persekutuan K. Lumpur maupun Putrajaya.Di negeri ramai yg menjalankan tugas tugas "operational".Mengapa tidak ke Pusat utk mencuba yg lebih "substance".Kalau tujuan SUK menukar staf nak menganiaya.Berapa lama dia boleh hidup?.Suatu hari dia akan tahu langit itu tinggi atau rendah.Zaman kini ALlah bayar cash.Hanya masa akan menentukan. Nona Ratana Chulaborn

Kekacang said...

Moga Penzalim itu dibalas dengan kezaliman yang lebih hebat lagi. Setiap kali kezaliman dilakukan nescaya ada orang yang susah. Ubat kepada mereka ini apabila mereka sendiri merasakan kezaliman dan kesusahan.

Anonymous said...

BANYAK BERMOHON AMPUN PADA ALLAHJ,BIASALE DAPAT PELUANG TAK IKHLAS SEBAB TU TUHAN UJI,DAH HILANG PELUANG MULA GELABAH LUPA TENTUAN ALLAH.ABOR YOEP JANGAN DUK BUAT DOSA KERING AJE