SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'
Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.
Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.
Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.
Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.
Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.
Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.
Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?
Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.
Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.
Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.
Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.from mso melayu by mso.im

Previous Article

Responses
57 Respones to "Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri."
anak najib dengan wife pertama dia nama NIZAR.....
4/05/2009 7:39 PG
mungkinkah NIZAR akan menjadi PM Malaysia satu hari nanti.
NIZAR telah di sebut dan diberi kepercayaan oleh penasihat umum PKR
4/05/2009 9:49 PG
sebab tu dia x bagi nizar jadi mb perak
4/05/2009 10:09 PG
Sejarah tetap sejarah. jangan dilupakan. Sepatutnya kalau nak tulis buku, bab PM Najib bersama Isteri pertama dan anak-anak-anaknya hendaklah dimasukan sama sekurang-kurangnya 4 bab.
Kebahagian Najib bersama Isteri pertama lebih bahagian dan mampu mempunyai anak sendiri.
Semasa Dgn Datin Sri Rosmah entahlah saya tau tau berapa anak
4/05/2009 10:45 PG
Ingatkan nizar dan puteri tu anak rosmah... awat depa tak interviu anak rosmah...
4/05/2009 11:00 PG
Perangai buruk akbra pro kerajaan ialah ..mana mana ketua politik BN .gambar dlm paper kasi colour.... cun punyaaa...cerita mesti baikkkkk saja, bau semua manisssss, kentut pun harummmm, silap silap lepas ni najib akan jadi Imam sembahyang atau tukang baca talkin di kub ur UMNO.
Rosmah tu dulu janda sapa ? Laki dia ada lagi kan, p temuduaga dia lak, tanya camna Rosnah jatuh kepangkuan Najib..
4/05/2009 11:56 PG
yg dh sudah tu sudah la...jgn kita org islam memecahbelahkan rumahtangga dia.bedosa besar tu.kita kena ingat.tak kira la dia org umno ka apa ka kita org islam sesungguhnya kita islam semuanya bersaudara.
4/05/2009 1:23 PTG
saya pernah keje dgn Rusmah di sebuah bank, masa tu dia masih bini orang dan ada 1 anak. Dia kurang bergaul dgn staf tetapi pernah officeboy terserempak dia dgn pengerusi tua( malu nak cakap..)
4/05/2009 2:42 PTG
Biarkan lah Tengku, jangan malukan dia. mungkin dia pun sudah lupakan si derhaka Nojib. jangan ungkitkan hal yang dah berlalu, nanti si dotty C4 rumah dia pulak!
4/05/2009 3:30 PTG
Tak lengkap kalau tidak dinukilkan saat2 Rosmah memikat Najib, stail macam mana digunakan untuk mencuri hati Najib, pancaroba & rintangan (tambahan pula masa tu Rosmah masih isteri orang, Najib pula masih suami orang) yang dilalui sehingga mereka disatukan. Patut interviw Rosmah tu.
4/05/2009 3:56 PTG
Salam semua!
Hangpa berani no buat cerita pasai depa.
kalau aku takuttt . . . . .?
4/05/2009 6:52 PTG
Tak silap aku Rosmah tu janda Farid Ismeth pembaca berita TV1..
4/05/2009 7:39 PTG
Teringin juga nak tahu apa jadi kata dia..
4/05/2009 8:36 PTG
yang gua tau bekas suaminya eksekutif petronas. Handsome jugak laki dia tu dan selalu hantar rusmah gi kerja. Bekas pemandu Ku Li byk tau ttg Rusmah begitu jugak Rahim Tamby Chik.
4/05/2009 10:08 PTG
Nanti, takut ada yang hilang lak. Sedar - sedar berkecai dah.
4/06/2009 9:09 PG
Assalamualaikumm...
Terima kasih...saya masih tercari-cari juga kehidupan si Najib ini, ditv tak sentuh langsung mengenai 1st wife dia..kesian mc kami generasi baru yg kena tipu dgn arus perdana...
4/06/2009 9:27 PG
YB,
"Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya."
pembetulan,
Allah s.w.t bkn Allah s.a.w.
wassalam.
4/06/2009 10:05 PG
anak rosmah sekrg dah jadi isteri penyanyi Fazley,,,,masa kawin di pwtc rosmah tak nak datang pun.........tgk la muka isteri Fazley tu.,...sama saiz kan
4/06/2009 11:25 PG
salam suma...
cita hidup sorang pemimpin dan segala kelakunya perlu diketahui oleh org yg dipimpin supaya org yg dipimpin x trsalah memilih pemimpin...bkn saja2 nk bongkar...so,sapa2 yg tingin nk jd pemimpin msti sggup utk didedahkan sgl fi'lnya utk diketahui..ini pndapt sy..kalu slh minta sapa2 tlg betulkan...
damak....
4/18/2009 10:50 PG
ooo...rupanya Dr Fazley tu menantu Najib lah ye.. ish.. keluarga 69. bak kata pak pandir.. tak pe biar kan.... semoga depa sume mendapat hidayah
4/21/2009 8:32 PTG
orang beriman kawannya orang beriman, lelaki beriman mencari isteri beriman, orang..........
8/19/2009 11:51 PTG
Assalamualaikum,
Allah azzawajalla maha adil,percayalah kepada ketentuannya.....ada masa kita diatas dan INGAT satu hari kita akan kebawah jua!!!!!!!!!!!
11/04/2009 5:23 PTG
Cuba cerita sikit pula bagai mana Anuar dapat Azizah.Wa dengar dia bawa lari dan nikah dekat siam.Betul ke cerita saya ni ? boleh tak lu tolong siasat
11/07/2009 6:00 PTG
fazley bkn menantu najib, menantu rosmah je.. bini fazley tu anak rosmah dgn laki lain
1/29/2010 8:15 PTG
yang untung org yang dapat gaji kita dok macam ni jugak kena kerja jugak. syukur le Allah tak turun bala.
2/02/2010 1:11 PTG
erk.. mana satu yg betul nie..?
fazley menantu najib or rosmah..?
3/01/2010 10:58 PTG
jangan mencari kesalahan orang aje. buatlah amal ..........hidup cuma sementara...
3/14/2010 7:32 PTG
Kalau nak cerite sejarah jangan potong2. Tak feeling le membaca nya.
3/27/2010 10:58 PG
biarkan................
4/19/2010 1:06 PTG
biarkan..............
4/19/2010 1:06 PTG
sudah jodoh..
6/24/2010 3:31 PTG
aduiii jgn lah korang p'burukan keadaan mungkin 2 dh ketentuan Allah S.W.T yg penting skg kita b'doa ja smoga mereka hidup bahagia.....amin
10/07/2010 12:49 PG
sikap melayu sejati (umno) biarkan yang sudah, jangan jaga tepi kain orang, jangan burukan orang tapi fitnah orang tak pe, jangan cari kesalahan orang, dan macam-macam retorik lagi. tapi drama ini lah yang akan di ulang-ulang dalam masyarakat melayu. masa di atas diampu di gosok sebaik mungkin, tapi bila jatuh di pijak-pijak. apakah kita berkata dengan ke ikhlasan atau sekadar mengampu untuk kesenangan dunia.
10/24/2010 6:41 PG
Rasanya memang tak tulisnya sejarah isteri pertama ni... cuba pergi arkib negara... sejarah perdana menteri dan timbalan perdana menteri pun ada maklumat yang tak dimasukkan...
antaranya DSAI tak dinyatakan dalam senarai...
walhal arkib negara tu, milik kerajaan iaitu rakyat yang punya... information ini mesti patut ada sebagai warisan sejarah masa depan...
tapi apa nak buat gaji arkib negara tu UMNO yang bayar... bukan kita rakyat yang bayar melalui cukai... atau tidak pun UMNO bayar pakai melalui duit cukai judi... sebab tu boleh suka2 apa yang dia nak letak sebab hasil dari sumber haram... maklumat macam tu pun pada UMNO jadi haram juga kot...
10/24/2010 9:31 PG
JAP, KAT ATAS ADA TULIS 'FARIT ESMITH EMIR' TU BEKAS SUAMI ROSMAH. AZREEN YG KAHWIN DGN FAZLEY TU PULA ANAK KEPADA ROSMAH. TAPI NAMA PENUH ISTERI FAZLEY TU PULA 'AZREEN SORAYA ABDUL AZIZ'. SIAPA PULA ABDUL AZIZ NONG CHIK KEPADA ROSMAH? SIAPA SEBENARNYA BEKAS SUAMI ROSMAH?
1/25/2011 11:22 PG
Dunia sudah akhir zaman...ketahuilah oleh kamu bahawa pada akhir zaman nanti,semua perkara burok yang kamu lakukan dan sembunyikan akan didedahkan oleh Allah sebelum kamu menghembuskan nafas terakhir,semoga kita mati dalam keadaan taubat kita diterima oleh Allah...amin.....dan bagi yang teraniaya maka berdoalah kamu sebagaimana janji Allah akan menunaikannya doa kamu terus tanpa batasan dari langit...
3/04/2011 9:49 PTG
peduli la dia org yg penting pru13 bagi dia jd pembangkang pulak.
3/17/2011 11:30 PTG
tobatlah
5/04/2011 9:49 PTG
Abdul Aziz Bin Nong Chik adalah bekas suami Datin Seri Rosmah Mansur atau bapa kepada Azreen Suraya..saya pernah berjiran dengan keluarga ni.
7/12/2011 4:49 PTG
kat wikipedia ada tulis..ghopenya dia ni pernah kawin 2 laki before Najib...Abdul Aziz -1st hubby and Farit Ismeth 2nd hubby..
11/10/2011 12:38 PG
amboi korang... hal keluarga jgn bcampur ngn profesyen... x profesional la camtu... jgn ckp kat org mcm tu... last2 nanti korang nye mak,ayah,adik,kakak,abg,anak bercerai kawin 2 3 lak.. pastu org kampung canang satu kampung... mesti korang sakit hati kan.. ayat yg akan korang kuarkan mesti..'jgn jaga tepi kain family aku boleh tak!!'... anggaplah ketentuan Allah adalah paling adil dalam memilih khalifah dimuka bumi... mesti ada hikmah.. setiap orang tidak akan sempurna kecuali Rasulallah S.A.W...
12/03/2011 12:37 PG
aku rase lah kan ....mesti ade sebab diorang putus ...mungkin disebabkan politik ....tu yg PM kawin ngan datin rosmah ....entah ler ...hanya ALLAh yg MAHA MENGETAHUI
12/09/2011 12:55 PG
Keluarkan lah berita yang membawa kepada kebaikan, semoga kebaikan akan terus datang kepada kita. Tutuplah keiaban orang lain semoga Allah akan menutup keaiban kita pula.
1/07/2012 11:43 PTG
Yg saya tau...ini cerita dari orang2 lama yg seangkatan dgn mak & bapa saya. Mak saya pun ada cerita yg 1st wife najib adalah Tengku Puteri Zainah. Dia seorang kerabat diraja. Tengku Puteri lah sebenarnya pd asalnya yg banyak menyokong najib. Mak saya kata lagi, Tengku Puteri Zainah pernah jadi covergirl majalah tapi tak pasti majalah mana. Memang Toh Puan Rahah sayang sangat kat Tengku Puteri Zainah tapi Makcik Cincin => R.M. sudah potong jalan. Dan makcik cincin dulu memang pernah kawin dgn seseorang bernama Abdul Aziz iatu bapa kpd isteri artis si Fazley tu. Pastu makcik cincin kawin dgn Farith Ismeth.... kisah selanjutnya saya tak nak cerita. Orang lama2 lagi tau banyak kisah2 Tun Abdul Razak, Toh Puan Rahah dan Najib.
1/15/2012 3:30 PTG
sedikit pembetulan...bekas suami Rosmah Mansor bukannya Farith Ismeth tapi Abd Aziz...anaknya bernama Azrene Soraya binti Abd Aziz...sekian
3/09/2012 10:54 PTG
yg saya tahu,,najib tu anak tun abdul razak dan toh puan rahah...betol x??
3/12/2012 1:33 PTG
betul..
3/24/2012 11:08 PTG
Lagi 1, bila agaknya R.M nak pakai tudung ye..haji dah haji dah, tapi bnuila nak tobat..kesian Najib tanggung dosa si Ropsmah tue..that's why Rosmah tak heran nak dedah2 rambut besar dia tu..sebab bukan dia pun yang tanggung dosa..betul tak..
3/24/2012 11:09 PTG
rosmah tu kawin 3..najib suami ketiga rosmah..Abdul Aziz Nong Chik ni suami kedua ke pertama..
5/24/2012 11:54 PTG
budu betul korang semua sibuk mengata hal orang, tak de kerja lain, memang melayu bodoh
7/17/2012 10:37 PTG
Masa tahun 82 ada surat layang umno melaka tibai rahim tamby chik, dinyatakan rahim ada affair ngan rosmah dan kemudian dia pass bola kat MB pahang, bola itu akhirnya masuk gol kerabat Noah.. Siapa kenal pengasah genting higlands tu? Mmg keluaga 69 hidup umno
7/21/2012 7:12 PTG
http://www.youtube.com/watch?v=JxTL1W_5Tg0
7/23/2012 1:36 PTG
Takutlah pada hukum Allah kerana setiap kali org baca cerita keaiban org yang kita tulis maka setiap kali itulah kita bertambah dosanya. takut nanti kita muflis pahala di akhirat nanti.bayangkan jutaan orang mungkin membacanya..bayangkan dosa anda bertambah setiap hari tanpa anda sedari tiap saat... org baca cerita anda....takut kita dapat hukum karma, mungkin kita atau anak cucu kita pula akan diaibkan nanti sebagai balasan....Kita patut bersyukur dilahirkan di negara yang aman ini jgn kita burukkan saudara seagama kita kerana anasir jahat sentiasa menanti peluang...ASTAFIRULLAH AL AZIM....
7/28/2012 11:38 PG
Slaam thanks for nice info.love your blog
8/19/2012 10:35 PG
If you want to take a great deal from this article
then you have to apply these methods to your
won weblog.
Feel free to surf to my homepage ... aaa auto
4/20/2013 10:47 PTG
Apalah korang ni. Semuanya sudah ketentuan Allah swt. Kita sepatutnya teruja dengan Rosmah kerana kehebatan dia memilih suami dengan izin Allah jua dimana akhirnya doanya untuk berjaya dalam kehidupannya dimakbulkan Allah swt dimana akhirnya dia dapat menjadi isteri kepada Najib iaiu isteri Perdana Menteri. Siapa yang tak hendak!!. Dah tentu menjadi kaya raya dan terkenal di Malaysia dan dunia. Hanya kita berdoa agar Rosmah dan keluarga akan menjadi orang yang mensyukuri apa jua nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka kerana Allah yang memberi kepada sesiapa sahaja yang terpilih. Alhamdulilliah...dengan apa yang Allah kurniakan kpd sesiapa sahaja kita akan mensyukuri dan muhasabah diri..
5/07/2013 12:00 PTG
Sambungan......
http://kopitarikkaw2.blogspot.com/2012/07/ym-tengku-puteri-zainah-tengku-iskandar.html
5/10/2013 12:22 PTG
Catat Ulasan