23 February 2009

Umno penakut, kata Mohd Nizar

Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.

Keluar rumah rasmi
Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.

Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan
kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.malaysiakini.

11 comments:

BekasJKKK said...

sudah-sudahlah Dato Seri,jangan dikenang perkara lepas, nanti puak2 tu tuduh kita gila talak pulak, biarkan..

Fahrughazi said...
This comment has been removed by the author.
putra minang said...

.. sama seperti yahudi Israel yang mana mereka amat takut dgn kebangkitan Islam kekuatan mereka hanya bergantung dengan Amerika.

azhar said...

salam...
puak ni memang penakut..dulu bila kita tak mahu demokrasi..dia kata kita revolusiner..bila masuk pilihanraya..dah kalah..dia lawan undang 2..
mgkin dia orang UMNO mau negara miskin..pelabur lari sebab umno buat kacau...

Anonymous said...

apa yg PAS ialam telah laksana kan....Quran lain ke. Selama ni puak pas bodoh ni tak blh pi solat ke??tak blh pi ibadah ke? tk blh pi sek ke? yg takut ni puak2 pas ni. dulu masa Parti pembangkang memerintah..puak hangpa suruh reda..ni dh jd mcm ni reda la. yg NIZAR dok myalak mcm anjing gila knp??????

Anonymous said...

en azhar...dh berapa byk PELABUR yg puak PAS ni bawak masuk ke PERAK/msia.?????? pelabur2 tu semua org islam2 belaka ke???? tak ada yg yahudi lgsung...usah temberang la. NIZAR tu dh giler...suruh aje dia dok rumah diam2...terima qada n qadar yg dh tentu. RAKYAT PERAK YG CUKUPPPPPPPPPPPPPP DERHAKA!!!!!!! BERAMBUS DR PERAK...PI NEGARA CINA..

Anonymous said...

BGTAHU NIZAR GILA TALAK TU..TAK ADA SBB BN NAK TAKUT...DH TUANKU SULTAN PERAK UMUM PERALIHAN KUASA DR PARTI PEMBANGKANG KE BN. JD APA YG NK TAKUT. TUANKU SULTAN TAK UMUM BUBAR DUN. JK DITAKDIR UMUM BUBAR DUN..BN AKUR..AKAN BEKERJA LA..JK MENANG JG PARTI PEMBANGKANG NI...MEMERINTAH LA HANGPA...JD LA MB LEMBU DICUCUK HIDUNG LG...

Anonymous said...

MCM DI K.TGGANU. KEMPEN TTP SAMA2 KEMPEN. TP NAK MGUNDI MCM2 LA PUAK PEMIMIPIN PAS PARTI PEMBANGKANG NI KATA ADA PENGUNDI HANTU LA..JEMBALANG LA...BILA PUAK HANGPA MENANG...TUTUP MULUT RAPAT. MANA PENGUNDI JEMBANGLANG HANGPA TU. PAS SIMPAN DLM BOTOL...CKP MCM ORG GILA.!!!

Anonymous said...

tak ada sbb kami nak takut pada Parti Pembangkang ni. tak ada dlm istilah hidup org BN. Berjuang ttp berjuang..berusaha ttp berusaha..kalah menang Allah swt yg tentukan segalanya. Takut apa...semua pun hamba Allah..tk ada yg kata pakai kopiah..pakai tudung labuh tu tentu masuk syurga.!!! DGN NIZAR SIKIT TK TAKUT!!

Anonymous said...

DGN PUAK P/PEMBANGKANG YG LAIN PUN TK TAKUT. MCM KARPAL TU..KITA BT LAPORAN POLIS DIA NK UGUT ORG MELAYU..DIA TU MEREMPAT ..TAK SEDAR..
BILA DH TRM PELURU HIDUP..TAHU PULAK TAKUT REPORT POLIS..TK PULAK BERANI KATA...SY TAK TAKUT DGN SIAPA PUN!!!...CKP AJE LBH..PIRAAHHHHH.....

Anonymous said...

(Pak Andak)Asssalamualaikum kepada anak-anak Umno yang melenting marah kat Mb Nizar ni Pak Andak nak nasihat sikit.. sedarkah kamu dengan perubahan yang telah beliau bawak ke bumi Perak ini..apa yang kome marah sangat pada MB Dato Nizar..Jangan jadi seperti Abu Jahal dan Utaibah tokoh Jahiliyah yang dilaknat Allah apabila mereka ini terlalu sakit hati dengan perubahan yang dibawa oleh Nabi saw di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliyah..Apakah kome tak nampak apabila kerajaan pakatan memerintah tidak ada lagi konsert dan budaya hiburan melampau di bumi perak ini yang telah menggalakkan remaja macam korang berbuat maksiat..!!berkepit dengan awek korang ke hulu ke hilir..Apabila kerajaan pakatan memerintah MB yang kome katakan barua cina inilah yang menghidupkan kembali sekolah agama rakyat dengan memberikan kembali hak dan peruntukan untuk membela nasib guru guru agama di sekolah agama rakyat yang kome tak tahu sebab kome ni tak sekolah agama agaknya mengaji agama pun tak habih...Tahukah kome berapa ramai orang melayu yang menarik nafas lega apabila MB yang kome rasa sebagai boneka cina inilah yang menghidupkan masjid dengan tazkirah dan kuliah subuhnya..nak harapkan yb Umno entahlah macam kome le juga duduk peram telo di rumah.Pakcik bukan apa..di dalam hati ini kecewa kerana masih ada lagi bebudak muda ataupun orang tua yang dibutakan oleh dendam kesumat jahiliyah Umno yang merampas hak dan keamanan rakyat Negeri Perak ..sebagai panduan buat kome yang tak tahu malu ni..memetik kata-kata As-Syeikh Imam A'toillah Iskandari seorang ulamak yang terkenal dengan kitabnya yang bernama Al-hikam menyatakan tanda hati seseorang itu telah ditutup oleh Allah ialah ada dua: Pertama apabila mereka ini sering mempertikaikan takdir Allah dengan melakukan tentangan dan rancangan jahat macam Umno la yang tak dapat terima kekalahan mereka di dalam pilihanraya yang lalu lalu mereka buat macam-macam usaha untuk menolak takdir Allah..itu kome tak sedor..??Kedua apabila seseorang itu mempertikaikan syariat yang Allah turunkan seperti mempertikaikan hudud hukum yang wajib macam sembahyang juga dan puasa...atau mempertikaikan tentang riba kenapa tak boleh diamalkan atau zina kenapa mesti disebat tak boleh ke Allah bagi pelepasan sikit takat raba-raba cium-cium ok apa?Orang-orang beginilah yang Allah tutupkan pintu hati mereka dan masukkan mereka ke dalam API neraka jahanam
Ingatlah wahai bebudak dan kome-kome yang terencat akalnya diketika ini...MB yang kome katakan sebagai anjing itu adalah manusia yang hanya mengikut firman Allah:''Dan hendaklah kamu menyampaikan amanah itu kepada mereka yang berhak''(surah AnNisa:58)dan MB Nizar telahpun menunaikan hak orang-orang miskin..ibu-ibu tunggal...anak-anak yatim..dan paling mengharukan apabila beliau dituduh pembelot menjual tanah sedangkan kerajaan Umnolah yang menjual tanah orang Melayu tak caya pegi tanya tokeh cina yang dapat projek banglo jutaan ringgit di atas tanah orang melayu sapa yang bagi?Silap-silap tanah yang kome duduk sekarang ini pun akan dijual oleh kerajaan yang baru kih kih kih..pakcik ni bukan apa kesian nengok kome ni anak-anak muda tahu nak berhibur aje nampak macam samseng tapi balik umah makan nasi yang mak masak ada motor pun ayah tolong belikan bayar ansuran lak tu..rumah pun sewa...ntahlah pakcik yang sokong pakatan rakyat pun ada banglo rm dekat tiga ratus ribu...kome ingat manusia ke yang bagi makan?? bukan Yop.. Allah Taala yang bagi rezeki wehhhh..sedorlah wahai anak-anak jangan menuduh dan mencaci manusia yang baik nanti kamu akan terkena kembali cacian itu pakcik takut mamat yang cakap MB Nizar macam anjing tadi malam ni akan menyalak macam anjing pulak...he he he..ingat kata Nabi saw jika kata-kata nista cacian seseorang itu tidak benar maka kata-kata itu akan kembali pada dirinya(Hadis Shahih)akhirnya pakcik menyeru kepada anak-anak muda dan orang-orang tua Umno yang masih lena marilah kita mengaji mendalamkan ilmu agama Allah agar kita faham Islam yang sebenar..dan kepada anak-anak yang mencaci maki diatas tadi cukuplah kome membuang masa di cyber cafe tu dengan komputer orang yang kome sewa juga..dengan bayaran seringgit sejam itupun duit mak bapak bagi udah le tu ajakla sama awek rewang yang selalu ngan kome tu kembali ke jalan yang benar.Ikhlas dari pakcik(bekas penyokong kuat Umno yang kena tipu)