23 February 2009

Speaker pohon sidang DUN Perak April

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini.

Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini.
Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Undi tak percaya

Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, mengantung Dr Zambry selama 18 bulan manakala enam exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.

Ekoran penggantungan mereka, kerusi BN di DUN Perak berkurangan dari 28 kepada 21 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi, dengan tiga kerusi Adun bebas.

Bagaimanapun, Dr Zambry berkata mereka akan tetap menghadiri sidang DUN.

Ditanya mengenai tindakan Speaker menggantung Zambry dan enam exconya tersebut, Bernama memetik Mohd Nizar berkata, keputusan speaker itu adalah mengikut peraturan dan kuasa beliau.

Menurutnya, wakil rakyat BN atau PR boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dalam sidang tersebut.

Keadaan berkenaan, tambahnya, menyebabkan BN kini takut untuk mengadakan sidang dewan.malaysiakini.

16 comments:

Anonymous said...

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang. Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students." "Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.
Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)

ahmad said...

kalau dah rampas secara haram, inilah akibatnya, tubuh saja undang2 anti lompat.. seseorang ingin lompat parti perlu adakan pilihanraya semula

matsabuperak said...

nak menang macemana mrereka lebih kerusi dari kita, pening-pening...

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum,

InsyaAllah the Sultan will dissolve and let Perakians decide which is the best solution.

Ameen.

atokkl said...

Adakan PRK.. selesai la masalah

Ahmad Syafiq said...

Allah tidak menjadikan sesuatu perkara/kejadian dengan sia-sia. Setiap perkara/kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun BN telah merampas Perak tanpa mengikut lunas undang-undang yang sebenar, kita mestilah mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya kita boleh menekankan 'good governance' di negeri PR yang lain. Dengan 'good governance' ini, ia boleh menambat hati rakyat supaya mereka tahu bahawa kerajaan PR boleh memerintah dengan adil.
(However, there is no perfect governance for humans like us make mistakes. Therefore, we have to cut down on our mistakes which can be exploited gleefully by the mainstream media.)
Insya-Allah.

AvanzaG said...

Salam YB

Nak cut n paste skit posting nie dalam blog saya. YB Kuala Kurau ada blog tak?

refah00 said...

Yang haq pasti akan menang

SJYA PEMAKAN RASUAH MSIA said...

BAPAK SELALU MAKAN DUIT HARAM TU YANG ANAK JADI MCMTU... MAT SAID NI AKU TENGOK MUKA PON MELUAT MCM ANJING ROTWILLER MMG PATUT PON JD ANJING KERAJAAN BE END !

greenismycolour said...

Saya setuju yang peristiwa ini ada hikmahnya. Sekarang ramai yang nampak kewibawaan MB DS Hj Nizar dan kewibawaan PAS itu sendiri. Saya bersyukur dan berbangga bila rakan-rakan Cina dan India menyatakan kekaguman dengan keadilan Islam terhadap non Muslim seperti yang dipraktikkan oleh MB-MB PAS, serta integriti Ketua Menteri Pulau Pinang (yang mencontohi pemerintahan khalifah Umar Abd. Aziz). Pada masa yang sama, mereka menyuarakan rasa kurang percaya kepada DS Anwar Ibrahim dan PKR.
Kekuatan PAS adalah dengan kekuatan kita berpegang kepada Islam itu sendiri, berpegang kepada Al Quran dan Hadith. Sayang, ramai pimpinan PAS yang tak yakin dengan Islam yang kita bawa, tak yakin dengan jemaah sendiri hingga menganggap perlu menyerahkan begitu banyak kawasan untuk ditandingi oleh PKR, untuk dapatkan sokongan non Muslim konon.
Dengan Islam, PAS akan sentiasa kuat. Tak perlulah 'strategi-strategi' muzakarah, kerjasama dengan UMNO dan sebagainya. Ini angkara fiqrah lain yang menular dalam PAS. Kalau PAS tunduk padanya, tercicirlah Islam yang dibawa dan PAS tidak akan kekal.

Juraimi Zainal said...

Zambry seeks London’s QC’s opinion over Perak.......

@@@@@@@@@@@@@@@@

Sampai pergi London si lawyer2 buruk Zambry ni......... Tu la undang2 yg hang pa cipta sendiri kene batang hidung... Sultan kan pakar undang2... buat aper nak gi London

Anonymous said...

Child porn pilot convicted

ANDREW DOWDELL, COURT REPORTER
February 08, 2008 04:01pm


A MALAYSIAN Airlines co-pilot has been convicted and fined for bringing child pornography into the country on his personal computer.

Ahmad Said appeared handcuffed in Adelaide Magistrates Court today on a charge of importing a prohibited item.

Customs officers arrested the 25-year old at Adelaide International Airport yesterday, after finding three video files containing child pornography.

The videos were titled ``Reped (sic) Virgin'', ``10-Year Old'' and ``High School Students.''

``This material is repugnant and abhorrent - any decent minded person would be so affected by it,'' Magistrate Simon Smart said.

Mr Smart said the rape scene featured a crying girl aged under 18 being forced to have sex with an older male.

``These are not victimless crimes - for every video that depicts such a scene there is a victim,'' he said.

Said's computer was searched after he flew into Adelaide as co-pilot on a Malaysian Airlines flight from Kuala Lumpur.

His lawyer Stephen Barratt said Said had been e-mailed the video files and had not shown anyone else.

``He was simply reckless, this was not material brought in to be disseminated,'' Mr Barratt said.

Mr Smart rejected the defence assertion that Said had ``no interest'' in the pornography, saying there would be no market for such images without people like him.

Mr Barratt said the conviction could ruin Said's career as a pilot at Malaysian Airlines after rising rapidly through the ranks in the past few years.

``The result of this conviction ... could alter the whole of his life and his family,'' Mr Barratt said.

Mr Barratt said Said's arrest and detention in custody for almost 24 hours was ``fairly harsh.''

``He has suffered from being kept overnight in custody and now sits before the court manacled, which he describes to me as one of the lowest points of his life,'' Mr Barratt said.

Magistrate Smart fined Said $5,000 and ordered that his laptop be forfeited to the Crown.

Anonymous said...

teruskan perjuangan YB.kami di perantauan akan sentiasa memberi sokongan kpd Kerajaan Persk dibawah pimpinan MB Perak Nizar

koken

Anonymous said...

YB,Dgn suasana ekonomi global yg suram,iklim politik yg membahang,YB Ir Nizar kekal mempamerkan peribadi yg tenang,Apa rahasia pimpinan PAS Perak amalkan?Tidak gentar ugutan demi ugutan dr penyokong pemerintahan kudeta.Ahli dan penyokong PAS perlu merisik kehebatan amalan pimpinan.Sebagai se orang marhaen saya tidak mahu melatah bila diacah.Tips saya perolehi dr sumber yg dipercayai.,Umum nya pimpinan PAS amat akrab dgn pencipta,Meninggalkan selimut disepertiga mlm,Istiqamah dn bacaan Al Quran dan berpuasa sunat.Bersama kita contohi amalan ini dlm mendepani apa jua situasi masakini. Meli Derani

adi5730 said...

lepas pru 13 nie, kita perintah pula biar bn and konco2 nyer rasa plak mcam kite rasa skrang. Lepas 2 kita tangkap pegawai kerajaan yang tak beramanah dan kaki ampu tu, hadap ke mahkamah, kalu salah dan melanggar etika/perkhidmatan awam kita tak bagi pencen dan rampas harta mereka. kita kena ajar manusia2 nie takut kat tuhan yang beri rezeki dan pangkat 2. senarai nama2 yang terlibat 2 dah ada laporan, BPR tiada ambil tindakan atas laporan. cuma perlu tunggu PRU 13 dan tukar kerajaan baru nak ambik tindakan. tunggu dan lihat.

din k.gajah said...

pada umno umumnya..kamu nantikan detik2 kejatuhan kamu..kepada pr umumnya,teruskan usaha membela rakyat yg teraniaya...