23 February 2009

Nizar : Rakyat tolak kerajaan haram.

IPOH, 22 Feb.:-Tindakan Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat disifatkan seperti Yahudi yang merampas hak orang Islam di Gaza, "Inilah dua kerajaan haram di bumi ini yang rakyat tolak mereka " Kata YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam majlis sempena meraikan para Petugas Unit Amal, Blogger dan wartawan di Kediaman Rasminya di sini.

Program yang diadakan itu adalah beberapa ketika beliau secara rasmi meninggalkan kediaman rasmi itu ke kediaman peribadi yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim, ADUN Bercam, Sum Cheok Leng, Setiausah Akhbar, Hj. Anuar Hashim, Setiausaha Politik, Hj. Misbahul Munir dan Ketua Pemuda PAS Perak, Hj. Norazli Musa.

Pada kesempatan itu Ir. Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Unit Amal yang mengadakan kawalan untuk nya, " Saya hargai pengorbanan tuan-tuan" Katanya.

"Terima kasih juga kepada para blogger yang berkampung di sini, melaporkan kepada dunia siber tentang kerakusan Barisan nasional merampas kuasa dari pakatan Rakyat" . Katanya.

Beliau juga menjelaskan UMNO yang mengapi-apikan semangat perkauman telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat telah melahirkan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain, katanya.

Ir. Nizar mengimbau selama ini beliau tidak jemu membaca ayat-ayat Al Quran yang mengajak kita untuk melaksanakan pelbagai prinsip keadilan dan sebagainya.

Disamping itu beliau melahirkan kekesalan dan rasa sedih kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin membela mereka di tumbang dan dirampas.

"Saya yakin kita akan kembali" tegas Nizar.

Ir. Nizar menegaskan selagi DUN tidak dibubarkan, pelabur tidak akan percaya untuk melabur di Perak.

"Kita akan berhadapan dengan mereka, kita akan jumpa dengan mereka di Bukit Gantang, kita jadikan ini sebagai isu supaya sokongan bertambah bergantang-gantang kepada Pakatan Rakyat".

Mengulas antara kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Perak iaitu kutipan cukai tertinggi yang tidak dicapai sebelum ini sebanyak RM 263 Juta pada akhir Disember lepas. "Oleh kerana mereka tahu apa bila mereka membayar cukai dan dikembalikan kepada rakyat ". Katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Warkah buat Rakyat Perak :
Oleh : Perakian@Sabah

BN DAN UMNO PERAMPAS HAK RAKYAT

Dulu sewaktu BN merampas kemenangan PBS wujud istilah 'SABAH BARU' malangnya tiada apa-apa yang berubah. Rakyat yang miskin kekal miskin tanpa pembelaan dari wakil rakyat yang konon mewakili mereka. Kota Marudu tidak terkecuali....tiada apa-apa yang berubah yang berubah ialah jawatan YB saja. Rakyat tak terbela...kenapa begini? Maklumlah YB tu tak faham kehendak dan keperluan rakyat . Apa dia peduli....yang penting sudah menang. Betul-betul hanya cari peluang nak tambah kekayaan. Yang kaya hanya YB BN dan kroninya, rakyat tetap miskin, buktinya Kota Marudu adalah daerah termiskin di Sabah dan ia diwakili oleh ahli parlimen yang tidak sensitif dengan keperluan rakyat.

* Penulis ialah anak Perak yang berada di Sabah sejak 15 tahun lalu.

pastulen said...

kata apo pun mereka tetap kerajaan, kita bekas kerajaan, tapo lah piliharaya nanti kita ambil balik, lawan tetap lawan, pas for all

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum,

InsyaAllah the Sultan will dissolve and let Perakians decide which is the best solution.

Ameen.