23 February 2009

Nik Aziz: PAS cabar Ibrahim letak jawatan MP

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: "Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan)."

"PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Pagi ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri, Nik Aziz enggan memberikan sebarang ulasan mengenai desakan PAS Kelantan yang mahukan Ibrahim meletak jawatan.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.

Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan.

"Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan.

"Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan.

"Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat," katanya.

Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: "Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya..." mstar.

11 comments:

putra minang said...

Semoga pelopor / raja katak ini.. sedia melepaskan jawatan. Biarlah kita memberi manfaat kepada orang lain

cakap-lepas said...

dia kata org munafik....habistu yg hang tu kejap umno,kejap bebas,kejap semangat 46,sekejap lagi sokong pas(menumpang tuah pas),macam ni munafik ke tak?

Anonymous said...

brahim ali ni,,tgk muka dia pun dah tau dia ni jenis apa,saya kenal dia sjk 1974 lagi

Budak Parlimen BAGAN DAT0H said...

kal0 bt0i berahim ali ank jantan,letak jawatan,wat pilihanraya blik,die tanding ats tiket bebas,PAS ltak cal0n..
tg0k bpe die lh dpt undi..
silap gaye hilang def0sit..
die mnang p0wn krn tanding ats tiket PAS LPAS2 TIKAM PAS dr blakang..
spesies kat MALAYSIA cm ni p0wn ade ker..
x sedar diuntung..

Anonymous said...

Saya teringat membaca sejarah Khalifah Islam.
Bahawa mereka memang selalu menerima teguhan bangkangan dan kecaman dari semua pihak walaupun dari bangsa Baduin. Khalifah ini memang menerimanya dengan terbuka. Bahkan mereka itu semua menerima pujian dari amirul mukminin.

Tetapi hairan mengapa di Malaysia menyebabkan yang membangkang, mudah menjadi munafik dan dicerca oleh seorang yang yang berpangkat TGuru.

Adalah Nabi Muhammad SAW di hantar ke dunia untuk menunujukkan perangai dan budipekerti yang baik & sempurna.

Hanan

Anonymous said...

anonim 20:18
Baca sejarah tu biar habis...jgn duk baca intisari je...atau pun buku pendidikan agama islam...surface je...baca biar mendalam...ada terdapat kes-kes macam ni dah masa zaman rasul...

Baru baca sikit dah nak ulas byk...

Anonymous said...

mmng wajib ibrahim katak letak jawatan....dasar katak tua...

Anonymous said...

Di dalam kitab yang bertajuk Dirasah Ilmiyah lil Siratil Mustafa karangan Dr Said Muhammad Ramadhan Al Buty ada menyatakan bagaimana peranan orang munafik yang mengganggu perasaan Nabi saw yang dituduh tidak adil apabila memberikan bahagian yang besar daripada harta rampasan perang kepada golongan Muallaf dari Bani Hawazim dan Bani Tsaqif.Orang Munafik menghasut orang-orang Ansar dengan mengatakan bahawa Nabi saw telah melebihkan kaum keluarganya dari Mekah..Sedangkan memang hak orang yang baru masuk Islam menerima sumbangan dan bantuan dari harta ghanimah dan itu adalah perintah Allah..hampir sahaja orang Islam pada masa itu bergaduh..lalu Nabi saw telah berkhutbah dengan mengatakan mereka orang Mekah itu pulang membawa kambing dan unta tetapi kamu wahai Ansar pulang membawa Rasulullah ..mana yang lebih baik..?lalu orang-orang Ansar menangis hiba menyesal dengan perbuatan mereka..Sungguh bahaya perbuatan mengahasut orang Munafik ini dan di malaysia ni salah seorangnya ialah Ibrahim Ali yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan.

Rajiv said...

Masalahnya brahim ali ni aku tengok, dia aje yang betul orang lain semua salah. Dalam TV, semua dia hentam, UMNO, Pas, Anwar, PKR, semua salah. Dia sorang je betul. Kalau dah macam tu, memang layak dia dok Bebas. Tapi kadang-kadang gayanya macam bodek Umno untuk dapat balik keahlian yang dipecat dulu. Dah bertanding atas tiket Pas, kalau nak kritik ke, nak ape ke, guna la saluran Pas. Bloleh pi jumpa Tok Guru, DS Presiden, dan lain-lain cara selain dari menggunakan Media Arus Perdana yang memang suka putar belit. Tapi kalau mana-mana ahli Pakatan yang nak cepat glemer elok la masuk Media arus perdana, dan hentap pimpinan. hari-hari boleh masuk TV.

Apex said...

Aku dah agak dah perangai Brahim Frog ni mesti tak berubah punye.Kesilapan kita orang PAS ni adalah terlalu cepat sangat percaya pada sapa2 je baik orang yang baik betul@orang yang sederhana baik@pun pada orang yang MUNAFIK...Aku ingat lagi masa ceramah Brahim Frog ni kat kawasan aku,punyelah bagus dia titik UMNO,takde yang betul langsung UMNO ni padahal dia ni teringin sangat nak peluk semula UMNO tu,bak kata orang GILA TALAK.Oleh yang demikian,nak suruh dia letak jawatan!!!!!Tak payahlah..Tapi pesan aku ahli PAS yang picisan ni,berhati2 dalam menilai seorang calon wakil rakyat sebab bila dah jadi macam ni,mampus orang tak nak letak jawatan tak pasal-pasal.Fikir2kan!!!!

Anonymous said...

salam...buat ibrahim ali...dlm parlimen cakap benci munafik..ok nevermind..tapi baik ddia check balik diri dia,munafik ke tak..kejap lompat sini,kejap lompat sana..kuak lentang plak tu..hebat btul katak moden ni ek...suara katak kodok lagi merdu drpd suara dia kat parlimen..sebab???cakap kata-kata kesat dan kotor...