23 February 2009

Lompat Parti…Rakan Pakatan perlu contohi PAS

"Kemelut lompat parti agak reda sedikit. Mengikut apa yang diperkatan oleh Ketua BBC Perak YB Khalil Idham Lim (Harakah Bil 1416) bahawa ketiga-tiga Adun lompat sekarang berada dalam keadaan tertekan. Walaupun mereka mendapat wang yang berjuta-juta. Tapi maruah mereka telah hilang di mata rakyat. Bahkan bagi Adun yang beragama Islam, mereka menanggung kemurkaan Allah SWT atas sebab mengkhianati amanah rakyat.

Ini semua kehinaan yang ditanggung atas dunia. Mungkin dengan sebab ini, Adun dan ahli Parlimen PR lebih rela letak jawatan dari lompat parti. itupun kalaulah Yang Berhormat daripada PR mendapat ugutan dari BN.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang diasaskan semenjak tahun 1951 telah mempunyai pengalaman berdepan dengan Adun yang mengkhianati parti. Lompat parti inilah yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan pada tahun 1961.

Ekoran daripada itu, PAS sentiasa meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi calon. Antaranya seseorang calon itu hendaklah mempunyai akhlak Islam yang jitu, tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil. Selepas lulus tapisan yang pertama ini di peringkat Majlis Syura Ulamak. Barulah seseorang calon itu ditapis mengikut kesesuaian politik di kawasan masing-masing.

Ini bermakna akhlak seorang calon di jadikan asas utama. Bukannya kehebatannya berpolitik semata-mata. Kalau seorang ahli politik yang handal tetapi korup akhlaknya akan menyebabkan berlakunya gejala yang tidak sihat seperti lompat parti dan seangkatan dengannya.

Menjadi calon Pembangkang besar cabaran dan dugaannya. Calon pembangkang bukan sekadar letih ketika pilihanraya semata-mata. Bukan sekadar peribadi diteropong ketika pilihanraya. Bahkan apabila seseorang calon menyatakan persetujuan untuk bertanding, ketika itulah, musuh-musuh datang mengintip segala tindak tanduk dan tingkah laku. Apatah lagi jika kawasan yang ditandingi itu menang.

Semenjak dulu lagi, Adun Pembangkang bukan sahaja dinafikan peruntukan tahunan Adun. Bahkan diperlakukan oleh kerajaan BN seperti bukan seorang Adun. Contohnya apa yang dilaporkan oleh Adun PAS di Pahang yang telah dinafikan hak untuk menghadiri program rasmi kerajaan di kawasan beliau sendiri.

Kini, apabila BN menghadapi zaman gelapnya. Tekanan semakin bertambah. BN telah menggunakan politik Gengster (menurut Mursyidul Am PAS) dengan menggunakan teknik ugut, culik dan beli.

Alhamdulillah dalam segala isu yang berlaku. Tidak kedengaran pula terdapat Adun dan Ahli Parlimen PAS lompat parti atau diugut. PAS pernah menempa sejarah gemilang apabila kesemua Adun PAS di Kelantan berjaya dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Ketika itu (2004-2008), Kerajaan PAS hanya memerintah dengan majoriti 1 kerusi. Ketika itu, terdapat Adun-adun PAS cuba ditawarkan untuk khianat kepada PAS dengan harga RM 5 juta (5,000,000.00). alhamdulillah, hasil tarbiyyah dan keteguhan perjuangan. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah.

Inilah keberkesanan daripada prinsip perjuangan yang jelas dan kriteria calon yang ketat berdasarkan kepada pandangan Islam. Dalam isu ini, penulis tidak berniat untuk memperlekehkan rakan-rakan dalam PR. Cuma rakan Pakatan perlu mengambil contoh daripada keteguhan Yang berhormat dari galangan PAS. kemungkinan rakan Pakatan perlu mengambil contoh bagaimana cara PAS meluluskan seseorang calon untuk bertanding.

Apapun penulis turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Adun Bukit Lanjan yang telah diaibkan dengan begitu rupa. Penulis cukup memuji tindakan beliau untuk meletak jawatan supaya parti dan PR tidak terjejas daripada isu ini. Letak jawatan lebih bermaruah daripada lompat parti.

www.attakiri.blogpot.com

Ulasan: Lebih menjijikkan lompatan mereka adalah hasil dari tawaran wang jutaan ringgit yang telah saya laporakan kepada SPRM. Mengikut laporan ada antara mereka yang sudah mendapat habuan sehingga RM 5 Juta dan diambil di Singapura.

Kebetulan perangai mereka macam singa dan berpura-pura.

4 comments:

din k.gajah said...

makan la rasuah...makannnnn...makan sampai kenyang duit haram tu..yang kasi duit tu "HARAM",yang terima duit tu "HARAMJADAH"

Apex Al-Jerohi said...

Aku sebenornya bukan tak percaya pada ahli-ahli YB selain dari YB PAS ni tapi perasaan sangsi tu memang tetap ada.Ahli YB dari PKR ni kebanhyakannya bekas anggota parti UNMO.Tak dinafikan dari gerak kerja pilihanraya hingga ke pentadbiran,memang marvelous tapi dari segi perangai2 UMNO tu yang jahat,nakal,tak berdisplin dan seangkatan dengannya masih melekat pada perangai YB PKR ni..Fikir@kan...

Ahmad Baei Jaafar said...

Saya bersetuju dengan kenyataan itu, tetapi harus juga diingatkan pada masa hadapan berhati-hati mengambil orang yang seperti Ibrahim Ali. Ketika dia tidak diperlukan UMNO dia mengendeng dengan PAS, tetapi bila ada kuasa dua cuba mencari salah PAS dan PR kerana kepentingan diri sendiri.

Anonymous said...

Krisis demi krisis yang melanda bumi Malaysia sekian lama cuma menyerlahkan kewibawaan PAS. Itulah kelebihan yang ada kepada kumpulan manusia yang berpegang kepada Al Quran dan Hadith.
DAP pun boleh tahan. Mereka ada pimpinan yang bagus seperti Lim Guan Eng. Tapi....DS Anwar Ibrahim dan KeAdilan? Mereka bekas BN - perlukah kita memperkatakan lebih lanjut lagi??
Yang membimbangkan hanya golongan JIL (jaringan Islam Liberal) yang menyamar duduk dalam PAS, terus nak merosakkan PAS dari dalam. Apabila ahli dan pimpinan PAS semakin gila dan tamak dengan dunia, mereka akan jauh dari Allah Ta'ala. Bak kata Tuan Guru, PAS perlu jaga Islam bukan jaga parti.