17 February 2009

Khalil : Yang benar tetap benar.

LARUT , 15 Feb. :- Sesuatu yang benar tetap benar walaupun cupa diselindungi dengan berbagai cara, termasuklah dengan cara pengundian atau demokrasi. Walaupun dalam piliharaya kita kalah dengan undi namun kebenaran yang kita perjuangkan tetap sesuatu kebenaran. Ianya adalah berpandukan kepada Al Quran, bila Quran kata benar ianya tetap benar walau kita dapat 10 undi sahaja. Kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam ceramah penerangan Isu Semasa di sini malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa Islam mendidik kepada penganutnya dengan melihat kebenaran dan kebatilan berpandukan kepada Al Quran, sebab itulah segala usaha untuk menutup jalan-jalan untuk memahami al Quran adalah usaha untuk memenangkan kerja jahat musuh-musuh Islam disepanjang zaman.

Ceramah penerangan Isu Perak itu dihadiri oleh hampir 200 orang yang terdiri dari pimpinan Pas Kawasan, Pemuda dan Muslimat Kawasan larut, Ketua-ketua Kampung dan para penyokong pakatan Rakyat.

Drs. Khalil juga menyeru supaya segala maklumat yang diperolehi disebar luaskan kepada masyarakat setempat yang tidak hadir agar semua memahami Isu terkini Perak.

1 comment:

putra minang said...

AlhamdulILLAH, semoga ALLAH sentiasa melindungi tuan serta YB2 PR yang lain dari kejahatan iblis serta manusia yang bertopeng Islam Hadhari.
Ameen...