17 February 2009

Ceramah Isu Semasa

CERAMAH PENERANGAN
ISU KERAJAAN KERAJAAN NEGERI PERAK
PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 16 FEB 2009

Masa : 9.30 MALAM
Tempat :MARKAS PAS, PASIR PANJANG, SERI MANJONG
Semua dijemput Hadir.


5 comments:

puteramanjung said...

Salam perjuangan!!!

Dato' Seri Ir. Hj. Mohamad Nizar b Jamaluddin, petang tadi jam 3.00 petang mengadakan sesi dialog dengan pimpinan PAS Kawasan Lumut.
Kemudian, jam 6.00 petang beramah mesra dengan rakyat di DUN Pasir Panjang yakni mengunjungi tapak Pasar malam Kampung Dato' Seri Kamaruddin. Beliau kelihatan sangat ceria bertemu rakyat dengan menegur sapa penjual dan pengunjung pasar malam tersebut. Kedengaran teriakan kalimah suci "Allahhu Akbar" dan reformasi. Inilah dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, walaupun dihimpit mehnah dan tribulasi dalam perjuaangan, rakyat menjadi keutamaan.
Moga- oga Dato' Seri istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kesucian agama melalui wadah perjuangan Islam, Allahhu Akbar.
Malam ini, beliau akan berceramah di Markaz Pas Pasir Panjang jam 9.00 malam. Siru ala barakatillah.

putra minang said...

Semoga ALLAH sentiasa melindungi YAB DS Nizar & YB2 PR yang lain daripada kejahatan Iblis & manusia bertopeng Islam Hadhari. ameen..

puteramanjung said...

Salam perjuangan!!!

Salam ukhuwah!!! YB. Titi Serong...

Alhamdulillah, saya dan para sahabat pergi ke Markas PAS Pasir Panjang tadi, ribuan manusia berbangsa Melayu, Cina dan India yang hadir. Mereka yang cintakan keamanan dan kedamaian telah mendapat maklumat yang tepat( first hand information) daripada Dato Seri Ir yang penuh bermaklumat, berintegriti dan bersahaja. Jikalau diberi markah, saya beri 5 *.

Walaupun kadangkala Dato' Seri agak beremosi, namun gaya bahasa dan konotasi yang jelas dan tuntas memungkinkan emosi para audien dibawa sepanjang 10 bulan memerintah bumi Perak bertuah ini. Cuma sedikit komen daripada saya, agar Dato' Seri Ir dapat merenung kembali ucapan Dato' Seri Ir. agar dapat dibuat perbandingan ucapan Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz yang datang daripada lubuk hati. Mungkin jeritan dan laungan suara yang keras perlu dalam melontarkan idea untuk perhatian audien. Namun begitu, harap Dato' Seri dapat membedah siasat " ayat Al Quran dan Hadis SAW yang lebih dekat di hati sebagai hujah untuk ceramah di parlimen Bagan Datoh nanti.

Seperkara lagi, boleh tolong gunakan bahasa yang tepat seperti bukan UMNO dan BN yang korupsi, biadab dan tamakkan kuasa, tetapi "pemimpin UMNO dan BN" yang begitu. Rakyat bawahan UMNO dan BN, selama ini tertipu dengan pemimpin mereka. Perkataan "najis altantuya" misalnya menampakkan Dato' Seri Ir. amat beremosi. Dato' Seri Ir. pada pandangan saya perlu mengubah bahasa ini agar audien tahu Dato' Seri' Ir. mempunyai jiwa yang besar malah berakhlak mulia walaupun musibah ini melanda Dato' Seri.

Pertanyaan, mengapakah Dato' Seri memulakan ucapan dengan surah Ad-Dhuha sebagai mukadimmah ada keistemewaan atau apa? Tolong komen pertanyaan saya ini?

Harap pertanyaan dan komen ini YB. Titi Serong sampaikan kepada Dato' Seri Ir. Hj. Mohamad Nizar, terima kasih.

Siru ala barakatillah.

yob said...

assalamualaikum yb
harap yg dapat update tarikh ceramah penerangan ke daerah lain di perak dengan kadar segera.

ini memudahkan penduduk yg jauh membuat perancangan perjalanan utk datang.

sekian,terima kasih

cathenclox said...

puteramanjung...

kelebihan surah ad-dhuha..
sesiapa yg mengamalkan membaca surah ini sebyk 7x ketika terbit matahari,dan 7x terbenam matahari, insyaAllah terpelihara dari segala kebinasaan, kecurian dan wabak penyakit khususnya pykt taun. Allah taala akan jadikan di sekeliling rumahnya itu suatu kota besi yang tidak dapat ditembusi pada pandangan pencuri atau org jahat.

pokuskan ayat terakhir.. ALLAH TAALA AKAN JADIKAN SEKELILING RUMAHNYA ITU SUATU KOTA BESI YG TIDAK DAPAT DITEMBUSI PADA PANDANGAN PENCURI ATAU ORG JAHAT..

hehe..terima kasih,sama2..
salam intifadha-ami-