17 February 2009

Bukit Gantang, PAS yakin menang.

TEMERLOH, 16 Feb :- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin PAS/Pakatan rakyat akan mempertahankan kedua?dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil 7 April nanti dengan majoriti yang bertambah.

Bercakap kepada media Haji Hadi berkata, PAS akan menangani kemelut politik negara secara demokrasi daripada terus dipermainkan Umno-BN.

"Kita yakin sokongan rakyat kepada PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan berubah dan akan terus menyokong PAS di samping penambahan sokongan daripada masyarakat Cina dan India, rakyat akan menghukum Umno-BN.

"PAS akan mempertahankan undi Melayu undi yang sedia ada di kawasan yang PAS tandingi," ujarnya selepas menutup Expo Penerangan PAS Kawasan Temerloh.

Beliau membidas Umno dan menyifatkanya sebagai parti yang tidak mampu mengurus diri sendiri dengan pelbagai skandal politik wang dalam menentukan pemimpin parti di semua peringkat.

Menjawab pertanyaaan wartawan mengenai cadangan ahli akedemik supaya PAS-Umno mewujudkan persefahaman politik, Abdul Hadi menolak persefahaman politik dengan parti yang tidak menghormati undang-undang.

"Kita boleh membuat persefahaman dengan parti yang menghormati undang-undang tetapi Umno tidak menghormati undang-undang dan ia dapat dilihat daripada tindak-tanduk Umno sendiri," tegasnya.

Sebelum itu dalam ucapan beliau, Haji Hadi berkata, PAS selamat daripada wabak politik wang seperti yang melanda Umno dan PAS berjaya melahirkan wakil rakyat yang konsisten mempertahankan dasar perjuangan sejak 50 tahun lalu.

PAS juga katanya berjaya memecah tembok antara Islam dengan bukan Islam serta memecahkan fahaman politik yang memisahkan agama dan politik yang dibawa Umno?BN.

Dalam ucapan sama beliau memuji program exspo penerangan yang diadakan kerana bertepatan dengan isu yang sedang melanda dan rakyat memerlukan penjelasan daripada PAS.

Penerangan katanya, mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperjelaskan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa dan tanggung jawab peneranganlah memperjelaskan kepada orang ramai dalam bahasa yang difahami masyarakat. Harakahdaily.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Ustaz,
Setelah agak lama mengikuti blog ini dan membaca posting2 dari ustaz, ada beberapa perkara yang perlu diberitahu untuk pertimbangan dan perhatian YB Ustaz.

1. Pendapat rakyat di Perak mengenai isu terhangat sekarang sepatutnya tidak disimpulkan berdasarkan kajian dalam ruang lingkup sempit. Maksudnya, pendapat itu tidaklah harus berdasarkan tinjauan dikawasan-kawasan yang dikuasai PR sahaja. Tinjauan juga haruslah mengambil kira kawasan yang sekarang ini diwakili wakil Umno. Sebagai penduduk Perak beragama Islam, berbangsa Melayu, dan bukan penyokong totok mana-mana parti tertentu, saya merasakan pendapat umum dikawasan saya dan beberapa kawasan lain (yang diwakili Umno) adalah sama sekali bercanggah dengan "tinjauan pendapat" yang mendakwa 96% rakyat Perak mahukan pilihanraya semula.
2. Sebagai rakyat biasa Perak (di kawasan yang dikuasai Umno), kami selama ini bersyukur dengan perlantikan Datuk Seri Nizar sebagai MB, tapi kami terlalu risau dengan corak pemerintahan negeri yang kelihatan seperti kerajaan boneka DAP sebelum ini. Kami percya, MB Nizar telah cuba melakukan yang sebaik mungkin untuk membela rakyat pelbagai kaum, namun hasilnya tidak kelihatan pada kami, yang tinggal dikawasan dikuasai Umno.
3. Boleh di katakan hampir tiada wakil PAS yg datang menjenguk kami orang-orang kampung di Hulu negeri Perak. Mungkin MB ada mengatur orang-orangnya untuk datang, tapi kami yang tinggal di sini tak pernah tahu dan tak pernah diberitahu akan kewujudan wakil2 PAS untuk memberi bantuan ataupun penerangan di tempat kami
Sebenarnya, pihak kerajaan negeri sepatutnya peka dengan rintihan rakyat yang dibawah penguasaan Umno, dan kami inilah yang sepatutnya diberikan perhatian, agar dapat menarik sokongan dari kawasan-kawasan ini. Tolong jangan politikkan kami seperti yang dilakukan oleh Umno terhadap Kelantan.
Akhirnya, atas nama Islam, kami sedia menyokong PAS sekiranya PAS dapat mencapai bilangan ADUN majoriti dalam Dewan, lebih ramai dari PKR dan DAP. Kerana bagi kami, hanya dapat menerima pemerintahan Islam yang diwakili Majoriti Islam seperti di Kelantan dan Kedah sahaja...

Mohon YB Ustaz panjangkan rayuan penduduk di kawasan Umno ini, agar kami tidak dipinggirkan. Kami doakan andainya PAS diberikan peluang sekali-lagi untuk memerintah, semua kesilapan semasa pemerintahan sebelum ini dapat di perbetulkan. Dan konsep "Islam for All" dapat di realisasikan.

Assalamualaikum

puteramanjung said...

Salam perjuangan!!!

Pemilihan calon Pakatan Rakyat di Parlimen Bkt. Gantang perlu dilihat daripada pelbagai persepsi:

Pertama, kita perlu membuat kajian daripada penduduk tempatan daripada pelbagai fahaman politik tidak kira PAS, Keadilan Rakyat, UMNO, DAP dan Gerakan mengikut pengundi di kawasan P059 itu. Buat satu kajiselidik ringkas tentang calon PAS di sana. Jika keputusan diperolehi perlu diperhalusi dan dibincangkan di peringkat kawasan, negeri dan pusat.

Kedua, pihak PAS dan Rakatan Rakyat(PR)perlu mengenalpasti isu- isu tempatan terlebih dahulu daripada isu nasional. Pasukan gerak saraf PAS perlu diperkasakan kerana " Peperangan itu suatu tipu daya", siapa yang licik dia akan menag dan membuat "check make".

Ketiga, faktor anak tempatan sangat mustahak. Saya kira al fadhil Ustaz Idris Ahmad, sangat sesuai kerana faktor tersebut. Termasuklah, keluarga besar beliau yang ternama dan tersohor dalam bidang keagamaan dan keilmuan Islam.

Akhirnya, jangan seret Dato' Seri Mohamad Nizar ke dalam percaturan peringkat parlimen kerana "isu MB Perak" belum selesai. Biarlah mahkamah yang menentukan. Kita jadikan beliau "figure" untuk menarik sokongan bukan kuda tunggangan untuk kemenangan.

Siru ala barakatillah.

putra minang said...

InsyaALLAH kemenangan buat Pakatan Rakyat!
Kita sebagai ahli & penyokong akan berdiri dibelakang saf kepimpinan selagi selari dengan sunnatullah. Pasti ada yang x terfikir oleh kita akan dapat dilakukan oleh pemimpin dengan musyawwarah dan amalan terhadap ALLAH sepanjang masa. ALLAHuAKBAR!!!