25 December 2008

Kerajaan akan membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

PARIT BUNTAR, 22 Dis, :- Kerajaan Negeri Perak paktan Rakyat akan memastikan semua program yang diatur dapat memberi keadilan dan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Itulah antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam Program penyerahan beg sekolah rendah Parlimen Parit Buntar bagi DUN Titi Serong, di sini.

Program yang melibatkan pelajar pelbagai bangsa seramai 125 orang dalam DUN Titi Serong itu dianjurkan oleh Yayasan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Adun Titi Serong.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof, Pegawai Yayasan Perak, En. Farid dan Ahli Majlis Daerah Kerian, Hj. Harun Hashim.


Khalil dan Mujahid bergambar bersama pelajar India


Setiap pelajar diberikan sebiji beg sekolah dan alat tulis bagi meringan beban pelajar yang terpilih dari keluarga miskin setempat.

Dr. Mujahid semasa memberikan ucapan memberi perangsang kepada pelajar untuk berusaha gigih sehingga berjaya dalam bidang pelajaran. Beliau juga berharap sumbangan yang diberikan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar yang terlibat.

ADUN Titi Serong guna LCD sampaikan ceramah.

PADANG RENGAS, 23 Dis, :- Majlis Liqa Fikri yang diadakan di Padang rengas pada malam ini adalah permulaan yang pertama saya memulai ceramah dengan mneggunakan komputer dan LCD, Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim semasa memberikan ceramah sempena Liqa Fikri untuk PAS Kawasan Padang Rengas .

Program yang dihadiri YDP PAS Kawasan, Ust. Jamaluddin Ahmad dan semua pimpinan PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat Kawasan serta AJK Harian cawangan-cawangan.

Drs. Khalil telah memberi penjelasan tentang isu bajet dan isu yang berkaitan dengan kerajaan Negeri Perak yang lain.

"Mana ada Kerajaan Pembangkang Perak, seperti yang dikatakan oleh media arus perdana yang jelas memperbodohkan rakyat, yang ada adalah Kerajaan Perak, mana boleh panggil pembangkang. Kita telah menang." tegas Drs. Khalil menafikan putar belit dari media.

Pengunaan komputer dan LCD sepanjang ceramah beliau disambut baik oleh peserta Liqa Fikri yang hadir.

Penyampaian hamper kepada OKU Ipoh

IPOH , 22 Dis :- Semangat keperihatinan dan tanggungjawab ingin membantu Orang Kurang Upaya (OKU) terbukti semasa ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim menyelitkan ucapannya mengenai pembelaan kepada OKU semasa Sidang Bajet 2009 baru-baru ini.

Hari ini beliau bersama dengan Isterinya menyampaikan sumbangan 40 hamper kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Ipoh yang diusahakan oleh beberapa orang penyumbang dari Daerah Manjung.

Hamper disampaikan kepada Pengerusi Persatuan Francis Yap.


Drs. Khalil pernah hadir dalam satu program Jamuan Hari Raya persatuan OKU tersebut bagi mewakili YAB Menteri Besar Perak dan hasil dari kehadiran itu beliau berjanji untuk mengusahakan tambahan hamper bagi menambah kekurangan hamper yang diagihkan pada malam tersebut.

Beliau juga telah dilantik menjadi Penasihat persatuan tersebut dan disambut baik oleh ahli yang hadir.