22 December 2008

Tulisan Jawi dimartabatkan semula.

IPOH, 19 Dis :-Satu Kenyataan akbar dan sidang media oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur telah berlangsung di hadapan papan tanda Taman Cempaka. Kenyataan ini di lakukan di atas menjawab isu penggunaan 4 bahasa pada papan tanda Taman tersebut iaitu tulisan rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tulisan india. Dalam media utama, kerajaan umno telah mempolitikkan isu ini dengan mengatakan seluruh papan tanda jalan di taman tersebut akan ditukar kepada tulisan cina dan india. Ini adalah pembohongan yang nyata dilukukan oleh media masa yang pro kepada kerajaan.

Dalam kenyataan media ini, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT), Salman b. Saleh telah menjelaskan yang Dewan Pemuda Pas Kawasan menyokong penuh penambahan tulisan jawi pada pada papan tanda tersebut. Dimana tulisan jawi yang suatu ketika dahulu telah dimatikan dan dikuburkan tanpa nisan oleh pemimpin kerajaan. Dan kini tulisan jawi dimartabatkan kembali dengan tetulisnya tulisan ini pada papan tanda tersebut.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah ADUN Canning, YB Wong Kar Woh dan barisan Kepimpinan Pemuda PAD Ipoh Timur.

YB. Wong bergambar sama DPP Ipoh Timur dihadapan papan tanda baru Taman Cempaka.

Pada akhirnya DPPK IT mengharapkan isu ini tidak di politikkan sehingga menimbulkan sentimen perkauman dan memecah belahkan masyarakat yang hidup aman dan harmoni kini. Dimana Agama Islam juga menekankan supaya kita menghormati agama dan bangsa-bangsa lain seperti yang diajar oleh Al-Quran. Diharapkan dengan usaha ini bahasa melayu dan tulisan jawi dapat dimartabatkan semula oleh orang-orang melayu.Sumber : http://mujahidperak.blogspot.com/

PAS umum calon 1 Januari

PAS akan hanya mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Pada mulanya, PAS dijangka mengumumkan nama calonnya hari ini, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan semalam pemilihan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, parti itu telah menentukan calonnya itu, yang merupakan seorang profesional dan berjiwa rakyat,

"Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...tunggu 1 Januari depan (kita umumkan)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Abdul Hadi berkata calon yang akan diketengahkan oleh PAS itu merupakan seorang yang lebih layak daripada calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata calon PAS itu adalah individu yang mempunyai ketokohan daripada pelbagai aspek dan yakin akan dapat diterima oleh pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN.

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang lama untuk mengumumkan calonnya berbanding BN, Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu terikut-ikut dengan cara BN dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian.

"Tidak lama, penamaan calon pun lambat lagi (6 Januari)," katanya dan menurutnya kelewatan pengumuman calon itu tidak akan meresahkan penyokong PAS kerana pada masa ini mereka begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab dalam menghadapi pilihanraya kecil itu.

Abdul Hadi berkata dengan pemilihan calonnya itu, PAS yakin dapat merampas kerusi parlimen berkenaan, tambahan pula kawasan tersebut merupakan antara kubu kuat parti berkenaan.

Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."

Mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN, Abdul Hadi berkata perkara itu terserah kepada BN untuk menilai calon mereka sendiri.

"Kita tidak perlu komen (Wan Ahmad Farid sebagai calon), itu hak BN. Yang pasti, kita akan lawan (calon BN)," katanya.

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan jentera pilihanraya PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.Sumber : Malaysiakini.

Miskin atau kaya ?

“Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta” (HR. Imam Tarmizi).

Sejarah manusia memberikan banyak bukti bahwa ujian dengan harta adalah berat. Bukan hanya terhadap orang yang miskin harta yang merasa berat dan gagal dalam ujian itu, tetapi juga orang-orang yang banyak memilikinya juga tetap akan diuji.

Bagi yang sedikit memilikinya cenderung bernafsu atau tergoda dengan harta yang banyak, sehingga berani melakukan apa saja agar tujuannya tercapai. Matlamat menghalalkan segalanya. Sampai ada yang sanggup menjadi saksi palsu atau membela kebathilan karena dijanjikan harta berlimpah. Padahal kata Rasulullah SAW, “Siapa saja yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka” (HR. Imam Ahmad).

Bagi orang yang banyak memiliki harta kadangkala menjadi angkuh dan sombong, biasanya jadi bakhil dan kedekut. Di mata orang yang angkuh kerana hartanya, nilai atau darjat seseorang manusia seringkali diukur dari berapa banyak hartanya. Bila menggunakan ukuran demikian, orang-orang yang tidak berharta tidak akan masuk perkiraannya.

Dengan demikian, dua golongan manusia tersebut tidak lulus dalam ujian dengan harta. Yang diperolihinya hanya dengan memuaskan hawa nafsu dan keangkuhan peribadi semata-mata..

Sebaliknya yang lulus dan menang dalam ujian hanyalah orang-orang tertentu sahaja. Iaitu, orang-orang yang sentiasa berdoa agar selalu merasa cukup dengan harta yang halal, meskipun sedikit dan menahan diri dari mencari harta yang haram. Memang bagi kita manusia biasa, tidak mudah mempertahankan diri seperti ini, sehingga perlu sentiasa berdoa agar selalu mampu mendapat rezeki yang halal dan sentiasa bersabarnya dengannya.

Kita saling memerlukan.

“Wahai anakku, lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain. Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu” (Lukman al-Hakim).

Kita mungkin pernah menyaksikan sebuah gol dibuat oleh seorang pemain bolasepak. Setelah itu, pemain itu menunjukkan reaksi yang sangat ghairah dan gembira, dia berbangga, dan disebut-sebutkankan namanya. Sedangkan sebelum gol itu dihasilkan dengan tendangan kakinya, telah banyak kerjasama yang diberikan kawan-kawan sepasukannya sehingga akhirnya bola itu di tendang kepadanya dan kemudian ia merembat bola itu sehingga menghasilkan gol.

Hal itu menunjukkan bahawa apa saja yang kita lakukan dalam hidup ini tidak terlepas dari bantuan orang lain. Banyak bantuan langsung dan tidak langsung yang kita terima termasuk dari orang yang tidak kita kenal. Bantuan dari orang-orang yang jarang kita lihat termasuk para petani. Mereka lah yang telah membantu kita merasa kenyang dalam hidup ini. Tidak mungkin kita memiliki banyak waktu untuk meraih ’gol‘ pada setiap hari kalau kita juga menanam padi sendiri, membuat garam sendiri, dan sebagainya sendiri. Oleh itu, sebagai insan yang berakal, kita harus berterima kasih kerana tanpa mereka kita tak mampu mendapat ’gol‘ kita hari ini.

Namun demikian sudah menjadi tabiatnya manusia yang seringkali lupa akan jasa atau bantuan orang lain. Mereka selalu merasa telah mampu membuat sesuatu tanpa bantuan orang lain. Yang sering terjadi mereka mengagungkan kemampuan dirinya sendiri, merasa sombong dan ujub dengan apa yang telah diperolihi, kehebatan diri, dan bahkan meremehkan apa yang dilakukan oleh orang lain. Padahal dia sebenarnya sedang menuju suatu kehidupan yang sukar dalam hidupnya.

Sesungguhnya kita adalah makluknya yang sangat lemah tanpa bantuan orang lain. Tanpa kehidupan saling tolong-menolong, menghormati jasa orang lain sebenarnya kita masih tidak mengenali hakikat kehidupan ini .