27 October 2008

Orang Melayu hanya boleh berubah dengan agama.

Semasa menghandiri walimatulurus bekas setiausaha kerja Dewan pemuda PAS Perak semasa saya menjawat jawatan Setiausaha Pemuda PAS Perak suatu masa dulu, Sdr. Azuan, saya berkesempatan bertemu malah makan sekali dengan Ust. idris Hj. Ahmad, AJK PAS Pusat.

Banyak topik yang dibicarakan apa lagi kami sudah lama tidak bertemu, masing-masing sibuk dengan amanah dan kerjaya masing-masing.

Antara perkara yang dibincangkan dengan beliau ialah tentang jumlah pratus orang Melayu yang"swing" dalam Pilihanraya yang lepas. Menurut Ust. Idris, mengikut kajian Merdeka Center jumlah orang melayu yang berubah cuma 5 % saja. Semuanya sudah maklum bagi saya.

Bagi menyelesaikan masalah orang melayu menurut beliau ialah dengan mengembalikan mereka kepada agama Islam. Itu saja tegasnya tidak ada cara lain.

Saya menyokong penuh kenyataannya, kerana kita tidak boleh berharap terus kepada faktor-faktor sampingan lain yang sekejap datang dan sekelip mata boleh pergi.

Makanya prinsip peribadi saya wakil rakyat mestilah berada dalam masyarakat untuk menguruskan persoalan mereka seperti sembahyang bersama, orang mati, kenduri, sakit dan sebagainya. Mahu tidak mahu KBSM, Kawin, Beranak, Sakit dan Mati kena di uruskan dengan baik.

Tegas ust. Idris tarbiyah dan pengajian mesti dipertingkatakan. kefahaman kepada Islamlah yang akan memenangkan perjuangan Islam yang kita sayangi ini.

Hari Ahad yang mencipta sejarah.

Ahad yang meninggalkan kenangan dalam kehidupan sebagai wakil rakyat. Bayangkan kesibukan dan padatnya jadual kelmarin antara hari yang saya tidak sempat untuk update blog ini. Kebetulan pula semua pembantu dan WM bercuti kerana emaknya sakit dan berada di hospital Taiping.

Saya mempunyai jadual yang paling ketat bermula jadual turun bersembahyang dengan rakyat seperti biasa. Sesudah itu ada 11 jemputan kenduri khawin. 2 Program ysng dianjurkan oleh pusat Khidmat, jam 9.00 pagi majlis meraikan jemaah haji untuk DUN dan sebelah petang jam 3.00 kuliah bulanan seperti biasa.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua yang dijadualkan dapat ditunaikan dengan baik. Walaupun agak terkilan kerana 8 tempat kenduri terpaksa diwakilkan kepada pembantu peribadi Pak Din.

Program malam tadi ialah di Ipoh dimana atas nama Pengerusi BBC saya hadir dengan 2 adun yang lain dalam jamuan Deepavali bersama kanak-kanak istemewa di ICC Club di jalan Kampar . Isteri ikut sekali.

Saya rasa terkilan bila pengunjung blog ini tidak saya paparkan pergerakan dan jadual seperti biasa, maka saya perturunkan disini untuk tatapan dan catatan peribadi saya;-

Sembahyang subuh/tazkirah - Taman Semarak
8.00 pagi- Rumah terbuka teman Isteri di Taman Damai
9.00 pagi -Program Baca Yaasin meraikan jemaah haji DUN Titi Serong di Pejabat ADUN
11.00 pagi - Ucapan Perasmian Majlis Aidil Fitri Mesjid Kg. Ekspo Kamunting
12.00 thari- walimatulurus Azuan Mesjid Talikom Taiping/solat zohor di Mesjid Talikom
1.45 petang-Walimatulurus Rumah Mertua Cikgu Sharudin Assam Kumbang.
2.30 petang- Majlis Aidil Fitri Surau Taman Pekan Baru PB.
3.00 petang- Kuliah Bulanan DUN oleh Ust. Azmi(ucapan aluan)
4.00 petang- Majis Rumah Terbuka ust. Ahmad Awang (BAKTI)
5.30 petang- Ziarah Sahabat di Cangkat Ibol (tumpang mandi)
7.30 malam- Jamuan Deepavali kanak-kanak Istimewa di Ipoh.
10.30 malam- Ziarah Sahabat diIpoh.
1.00 pagi- Sampai dirumah.