26 August 2008

Permatang Pauh tentukan siapa kah PM Malaysia yang baru ?

BUKIT MERTAJAM: Seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian untuk mendapatkan maklumat mengenai Permatang Pauh hari ini. yang mampu berkunjung telah berada di sana sejak lebih seminggu yang lepas adakah mereka petugas parti atau pemerhati. Sehingga kelmarin dijangka sejumlah 40,000 orang lebih orang luar berada di Permatang pauh.

Yang peliknya semua laluan tol disekitar utara semenanjung diadakan sekatan jalanraya oleh pihak keselamatan.


Seramai 58,459 pengundi berdaftar akan keluar mengundi mulai jam 8 pagi bagi memilih wakil mereka di Dewan Rakyat dan menjawab teka teki siapakan PM Malaysia yang berikutnya.


Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah Omar Shah; Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat) dan Hanafi Mamat (Angkatan Keadilan Insan Malaysia).


Keputusan pilihan raya umum Mac lalu memihak kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan meraih 30,338 undi, menewaskan pencabarnya, calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang memperoleh 16,950 undi dengan majoriti 13,388.


Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan, pecahan kaum keseluruhan di Parlimen Permatang Pauh, yang membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) ialah 40,024 Melayu, 14,490 (Cina), (3,715) India dan lain-lain bangsa (228).


Bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini, SPR menetapkan pusat penjumlahan undi ialah di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Mengkuang dan keputusan dijangka diperoleh seawal kira-kira jam 9 malam. Tiga DUN dalam Parlimen terbabit adalah Seberang Jaya yang diwakili Arif Shah sebagai Adun dan mempunyai sembilan daerah mengundi, sembilan di kawasan DUN Permatang Pasir dan 10 di DUN Penanti.


Seperti biasa, SPR menetapkan semua pusat pusat mengundi bagi pilihan raya kecil kali ini mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.


Saya yakin Anwar akan menang besar dengan jumlah undi melebihi majoriti yang Wan Azizah perolihi dalam PR ke 12 yang lepas. Kita tunggu dan lihat......

Berita mengenai Exco perak sekali lagi diputar belit.

Seperti yang saya jangkakan dan bercakap dengan teman seperjuangan di mahkamah Seksyen Ipoh kelmarin, teryata ianya satu kenyataan. Berita mengenai 2 Exco Perak yang baru dituduh di sini telah menjadi hiasan muka depan 2 akhbar yang menjadi kegemaran orang Melayu membacanya.
Dimuka hadapan Berita Harian walaupun tidak memuatkan gambar namun meletakan tajuk "dua Exco PKR didakwa" sebagai tajuk utama.
Lihat pula Utusan Malaysia yang memuatkan gambar besar tertuduh .

Saya mengikuti prosiding pertuduhan sehingga selesai mereka membayar ikat jamin dan kami bersurai dengan menaiki kereta masing-masing kelmarin.
Namun seingat saya tidak adapun disebutkan mengenai nilai wang RM 180 juta yang diberitakan oleh 2 akhbar ini, yang kedengaran cuma projek perumahan seluas 90 ekar saja.
Inilah kerja "purat belit" akhbar berkenaan yang saya sudah jangka mereka akan jadikan isu ini sebagai "peluru" akhir mereka bagi meraih undi bagi pilihanraya Permatang Pauh.
Bayangkan juga betapa banyak kes yang tertunggak dan tidak diendahkan oleh BPR walaupun buktinya sangat kuat dan sangat cukup untuk didakwa dimahkamah namun ianya "dipeti aiskan" dan jadi beku sampai sekarang. Zaman TDM dan Pak Lah sama saja.
Paling mendukacitakan ada yang melarikan duit keluar negara sampai jutaan ringgit, sampai sekarang tidak disiasat dari mana wang itu diambil. Malahan individu terbabti telahpun diangkat menjadi Menteri penuh dalam susunan Menteri Kabinet Malaysia.
Yang sudah pencen lagilah banyak, ini lah nasib rakyat Malaysia yang masih dijajah oleh bangsanya dengan pemberitaan yang berada ditahap yang saya anggap memperbodohkan bangsanya sendiri.

Exco Perak saman malu kepada BPR dan Star

IPOH : Dua Exco Perak hari ini menfailkan saman malu terhadap akhbar The Star, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Pengarah BPR Perak, Shamsiah Abu Bakar dan Ibu Pejabat BPR Putrajaya berikutan menyiarkan kenyataan akhbar mengenai tuduhan rasuah yang mengaitkan mereka.

Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO Perak, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan, Jamaluddin Mohd Radzi, tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, jam 8.30 pagi ini untuk menfailkan saman berkenaan. Saman terhadap The Star ialah bagi menuntut ganti rugi am pada jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Saman terhadap pihak tersebut membabitkan nilai RM100 juta.

Dalam tuntutan itu mereka mendakwa dalam kenyataan akhbar itu antara lain menyatakan beg dengan wang tunai RM100,000 sebagai habuan berhubung kelulusan projek perumahan di Sri Iskandar adalah milik Osman dan tangkapan terhadapnya dilakukan di sebuah hotel.

Saman berkenaan difailkan oleh Mohamed Asri Othman yang mengetahui lapan panel peguam bagi kedua-dua Exco berkenaan.

Sementara itu, lebih 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Ipoh, sejak 8 pagi ini bagi memberi sokongan terhadap pemimpin mereka itu.

Hadir sama ialah dikalangan Exco Kerajaan Perak dan ADUN Pakatan Rakyat bersama pimpinan parti masing-masing bagi memberikan sokongan kepada mangsa yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai suatu konspirasi politik kotor BN dan UMNO.
Kelmarin satu berita yang boleh dipercayai yang mengatakan seramai 30 orang pegawai BPR dari Putrajaya berkampung disebuah hotel terkemuka di sini. Kedatangan mereka dengan jumlah yang begitu ramai amatlah diragui dan menimbul tandatanya.

Berita terkini dari Mahkamah Seksyen Ipoh

IPOH ; Sebutan kes ke atas 2 orang Exco Kerajaan Perak dan lainnya sedang disebut di Mahkamah seksyen Ipoh. sekarang ini saya sedang mengikuti sebutan pertuduhan ke atas Exco Perak,Yb. Osman dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Husaili yang berada di kandang pesalah.

Mereka dituduh dengan 3 tuduhan rasuah antaranya dikaitkan dengan suapan RM 5000. keduanya tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.Dan dibenarkan jamin RM 15000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang. Hakim juga menetapkan tarikh sebutan pertuduhan berikutnya pada 15 September akan datang.

Sebelum itu di kamar Mahkamah Seksyen 3 hakim telah menetapkan sebutan pertuduhan kepada Yb.Jamaluddin pada 15 September 2008 dan beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM 8000.