25 August 2008

87 orang terima dermasiswa di Parit Buntar.

PARIT BUNTAR, 24 Ogos :- Saya bersama rakan-rakan yang lain tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh rakyat untuk berkhidmat dan menabur bakti demi kesejahteraan rakyat negeri Perak terutama dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Kami juga yakin dengan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. demikian antara isi ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim semasa meresmikan Majlis penyampaian Deramasiswa Rakyat Perak Peringkat Daerah Kerian disini hari ini.


Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah ADUN Selingsing, Hussin Din, ADUN Gunung Semanggol, Ramli Tusain dan Penyelia DUN Alor Pongsu yang mewakili ADUN Kuala Kurau, Mohd nasib b. Rahim. yayasan P[erak pula diwakili oleh Pengurus Besarnya, Abdul Jamil Mat Kasa.


Seramai 87 orang dari Daerah kerian yang terdiri dari mahasiswa dan mahaisiwi pelbagai bangsa, Melayu, cina dan India telah menerima Dermaisiwa yang telah pun dilancarkan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 25 Julai 2008 yang lalu bertempat di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Jelapang.

Menurut Khalil idham Lim sehingga akhir Ogos ini seramai 1053 orang dari kesemua 9 daerah akan menerima dermasisiwa masing-masing.

"Sumbangan yang kita anggap kecil dan tak seberapa ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa dalam menghadapi suasana ekonomi yang agak kurang memberangsangkan dengan kenaikan harga barang keperluan seperti makanan dan juga petrol. apalagi penurunan harga minyak yakinlah harga barang tidak akan turun". katanya.

Diakhir ucapannya Khalil Idham Lim menyeru kepada golongan belia dan pelajar : "rebutlah peluang dalam mencari ilmu kerana kerajaan tidak dapat menjamin masa depan para belia kita, tetapi apa yang boleh kerajaan sediakan ialah mempersiapkan para belia dengan ilmu pengetahuan demi masa depan agama, bangsa dan negara”.