24 August 2008

Esok 2 Exco Perak akan di dakwa ?

IPOH : Berita gempar dan mengejutkan saya terima dari teman rapat dikalangan Exco Perak mengatakan 2 Exco perak yang telah dibebaskan dari tahanan reman akan disabitkan kesnya di Mahkamah seksyen Ipoh jam 9.00 pagi esok.
Pada pandagan saya melihat kepada penghujahan kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Seksyen beberapa hari lepas ternyata tidak ada alasan yang sebenar dan kuat yang boleh disabitkan kenapa mereka boleh ditahan reman.

Seperti yang disifatkan oleh panel peguam tertuduh alasannya sering meloncat-loncat. Sehingga sampai kepada satu peringat diada-adakan seperti yang dikaitkan dengan seks.

Walau apapun saya melihat ini adalah usaha akhir yang dilakukan oleh pihak yang merancang supaya isu ini boleh mengurangkkan undi DS Anwar di Permatang pauh.

Jika benar 2 Exco Perak dipanggil di Mahkamah esok berarti sungguh cepat pendakwaan dilakukan demi mengambil "afdal" sehari sebelum piliharaya Permatang Pauh.

Apapun Kami dari Kelab Penyokong Kerajaan akan sekali lagi akan beramai-ramai turun ke Ipoh pagi esok untuk memberikan sokongan kepada rakan seperjuangan yang dianiaya sedemikian rupa.

Jenazah Tokoh PAS Parit Buntar selamat dikebumikan

PARIT BUNTAR, 22 Ogos : Jenazah tokoh PAS Parit Buntar Haji Khalid bin Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kedah berhampiran Masjid Hijau Kg. Kedah sebelum solat Jumaat hari ini.



Solat jenazah telah diadakan di rumah beliau dan dilaksanakan bergilir-gilir sebanyak tiga kali kerana jemaah terlalu ramai. Solat jenazah diimamkan oleh Ust. Haji Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Mohd Nor Zakaria, dan Ust. Sufian Yusuf.

Antara tokoh pimpinan PAS yang hadir ialah Dato' Dr. Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar, Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang, ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idhasm Lim. Juga pimpinan PAS Perak dan Kawasan berdekatan serta pimpinan masyarakat setempat.

Rata-rata yang hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan menyatakan ketokohan dalam perjuangan Islam Allahyarham Cikgu Khalid sukar dicari ganti.

Allahyarham yang bertugas sebagai seorang guru sentiasa ditukar mengajar ke beberapa tempat di Perak kerana keaktifan dalam jamaah Islam PAS. Namun, itu semua tidak pernah melunturkan perjuangan Allahyarham malah lebih aktif lagi. Walaupun uzur, Allahyarham masih memegang jawatan AJK PAS Cawangan Simpang Empat Kg. Kedah.

Perwakilan Mesyuarat Agung PAS Kawasan pasti merasai kehilangannya kerana Allahyarham dikenali sebagai perwakilan yang aktif membuat teguran dan nasihat kepada pimpinan PAS Kawasan setiap kali Mesyuarat Agung.

Semasa penulis bersama YDP PAS Kawasan pergi menziarahi Allahyarham di rumahnya dua minggu sebelum meninggal dunia. Masih dalam ingatan, Allahyarham menasihatkan pimpinan PAS yang dilantik sebagai wakil rakyat supaya sentiasa menjaga tindak tanduk mereka agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Sekiranya wakil rakyat PAS melakukan tindakan yang tidak wajar, nama jamaah PAS yang akan buruk di mata masyarakat kerana wakil rakyat PAS dilantik mewakili jamaah PAS.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang Islam ini. AL-FATIHAH...