22 August 2008

Hakim arah 5 dibebaskan.

IPOH, 21 Ogos :-Mahkamah Tinggi Ipoh telah memendekkan perintah reman ke atas 5 orang yang ditahan daripada tiga kepada dua hari. Perintah reman ke atas lima orang berkenaan hanya berakhir esok, tetapi mereka dibebaskan sebagai mana yang diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang dibacanya pada jam 5.30 petang hari ini.
Hujan yang turun tidak menghalang penyokong dan wartawan menunggu dari awal.


Kapten Husaili dibebaskan sekitar jam 6.20 petang dan Yb. Osman dibebaskan pada jam 7.00 malam di pejabat BPR Ipoh dengan sorakan dan laungan reformasi dari hampir 100 orang penyokong yang menunggu sejak awal . Sebelum itu bandaraya Ipoh disirami dengan hujan lebat sejak jam 3 petang.

Hadir sama menunggu sehingga mereka dilepaskan ialah Exco Kerajaan Perak, Hj. Zainuddin Yusof dan En. Thomas Su, dan ADUN , Drs. Khalil Idham Lim dan Hj. Hussin Din. Kelihatan sama Pengerusi PKR Perak, Hj. Ismail dan Setiausaha Akhbar MB Perak, Anuar Hashim.


Yb. Osman dibebaskan.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas mendengar permohonan oleh lapan peguam yang mewakili lima suspek itu untuk penyemakan semula perintah tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret semalam.

Ridwan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat tempoh dua hari sudah mencukupi bagi BPR menjalankan siasatan.

Pengerusi PKR Perak dan Kapten Husaili yang dibebaskan.

Beliau juga berkata tidak ada kesilapan dalam keputusan Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari itu dan ia dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.


Mereka yang berusia antara 45 dan 57 tahun, ditahan semalam yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai suatu konspirasi yang terancang oleh pihak tertentu. Lihat :http://www.perisik-rakyat.com/ danhttp://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14760

Selain Jamaluddin, seorang lagi exco kerajaan negeri yang turut ditahan ialah Mohd Osman Mohd Jailu .Jamaluddin adalah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Behrang dan bertanggungjawab terhadap portfolio pembangunan usahawan, pertanian dan perusahaan.

Manakala Osman pula adalah Adun Changkat Jering, dan mempengerusikan portfolio pelancongan, modal insan dan NGO.

Kapten Husaili adalah bekas Adun PKR DUN Bota pada tahun 1999 juga antara enam orang yang ditahan oleh BPR berhubung kes tersebut.

KULIAH BULANAN DUN TITI SERONG


YB. UST. ABDUL GHANI HJ.AHMAD
( Timbalan Speaker Kedah/ADUN Ayer Hitam)

TARIKH :
24 OGOS 2008 ( AHAD )

MASA :
3.00 Petang



TEMPAT :
Perkarangan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong

Taman Wawasan Parit Buntar.


SEMUA DIJEMPUT HADIR

ADUN turun bagi sokongan ,YB. Jamaluddin di tahan 2 hari oleh BPR.

IPOH, 21 Ogos :- Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini telah memberi kebenaran kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) untuk menahan remam Exco Kerajaan Negeri perak, Jamaluddin Mohd Radzi selama 2 hari bermula hari ini.



Beliau dijangka akan di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang disifatkan oleh Menteri Besar Perak sebagai konspirasi politik semata-mata.


Seramai 200 orang lebih telah bekumpul sejak awal pagi untuk memberi sokongan moral kepada tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja lengan panjang putih dan bertali leher. Beliau kelihatan sihat, ceria dan menerima ucapan semangat dari semua ADUN Pakatan Rakyat hadir sama.

Menteri Besar yang dijangkakan hadir membatalkan hasratnya atas tugas lain yang lebih penting. Exco Kerajaan Negeri yang kelihatan ialah Dato. Ngeh Koo Ham, En. Encik Su Keong Siong , Encik Chen Fook Chye , Encik Sivanesan a/l Achalingam dan Encik Tai Sing Ng .

ADUN Yang hadir ialah speaker Kerajaan Negeri, En. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Encik Abdul Yunus bin Jamahri ,Kuala Kurau.Tuan Hj. Ramli bin Tusin, Gunung Semanggol, Tuan Haji Husin bin Haji Din ,Selinsing, Encik Loke Chee Yan ,Kepayang. dan Puan Lim Pek Har ,Mengelembu.
Hadir sama ialah Pengerusi PKR Negeri Perak, Hj. Ismail, Setiausaha Politik MB, Ust. Misbahulmunir dan Setiausaha Akhbar MB, En. Anuar Hashim