18 August 2008

Berita duka sesudah muktamar

Sekembalinya dari Muktamar,ada dua tamu yang datang kerumah. Tamu kedua balik sekitar jam 1.50 malam. Jam 2 pagi saya menerima panggilan dari kampung mengatakan ayah mertua tersayang telah dipanggil Illahi.

Kami sekeluarga bergegas balik ke kampungh yang terletak 15Km dari pekan Parit Buntar. Sehingga hampir subuh saya disana dan sebentar lagi akan kesana kembali. balik untuk tukar pakaian.

Hari ini ada dua hal pentin yang saya ingin selesaikan dan terpaksa ditangguhkan, pertama niat nak update blog dan sempat saya masukkan baki gambar yang saya ambil di hari akhir untuk tatapan pengunjung.

Kedua ada program pelancaran Bulan Kemerdekaan di Bagan Serai yang saya tidak dapat hadir erana akan berada di Parit Tok Ngah sehinggalah jenazah selesai dikebumikan.Pada jam 3 petang akan disembahyang di Mesjid Jamik parit Tok Ngah.

AL FATIHAH......

Koleksi gambar Muktamar ke 54 (17 Ogos 2008)