15 August 2008

Raja berhati rakyat

Istana Iskandariah sekali lagi menjadi saksi bahwa Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah memperkenankan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini. Laporan lanjut dari MalaysiaKini memberi bukti keluhuran keperibadian Raja Muda Perak menerima sistem pemerintahan oleh Pakatan Rakyat pasca selepas pilihanraya ke-12.

Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi sebagai satu penghormatan kepada kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani di samping pengiktirafan kepada Muktamar PAS ke-54.

Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsungnya muktamar.

Perkara itu juga telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Ustaz Hadi sendiri. Laporan dari HarakahDaily

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin merakamkan junjungan terima kasih dan penghargaan kepada Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah kerana memberi perkenan dan keizinan kepada Mursyidil Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan khutbah Jumaat ini.

Terharu dan tersentuh dengan ratap sembah pimpinan PAS serta penghargaan yang tinggi oleh Raja yang amat disayangi oleh rakyat marhaen Perak atas kesudian menerima mengadap pimpinan PAS membuatkan hati ini tenang dan bangga seketika.

Tenang melihatkan Raja Yang Adil, Raja Berpengetahuan begitu prihatin dan mesra, keperibadian tinggi Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah mewarisi ayahandanya D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. Bangga melihat parti PAS mulai diterima keseluruhannya oleh masyarakat madani daripada peringkat bawahan, pertengahan waima peringkat hirarki diraja. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, bumi Perak akan terus dilimpahkan rezeki serta keamanan.

Ayuh rakyat Perak, bulatkan tekad satukan hati, pimpinan PAS menunjukkan saf jalannya, Raja menerima, tunggu pilihanraya seterusnya. Jangan dirosakkan apa yang ada..mantapkan ikatan ukhwah kita masing-masing.

Untuk pimpinan Barisan Nasional, jangan diganggu-gugat kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat ini, jika ingin berjuang tunggulah pilihanraya berikutnya. Bagi peluang pimpinan yang ada untuk memerintah.

Untuk kerajaan Pakatan Rakyat, jangan sia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Allah melihat apa yang kita lakukan dan kita akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi.

Bersama kita memohon Allah memberkati dan melimpahkan rahmat kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim bersama puteranya, Raja Dato’ Seri Azureen binti Sultan Azlan Shah, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah,Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah serta Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Shah serta kerabat baginda.

Patik gembira menjadi rakyat tuanku. Sembah patik harap diampun. Nekadislam