14 August 2008

Muktamar Pemuda PAS pusat sedang berlangsung

IPOH,13 July :-Saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS disemua peringkat supaya turun menggempur Permatang Pauh bagi melenyapkan keangkuhan BN. Demikian antara ucapam Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat sempena Muktamar DPP yang diadakan di Stadium Indera Mulia disini malam ini.

Muktamar DPP Pusat kali ke 49 itu yang kali pertama kali diadakan di Perak dalam keadaan kita mendapat kemenangan dan memerintah Perak.

Timbalan Presiden PAS, YB. Ust Nasarudin Mat Isa hadir untuk meresmikan Muktamar dan turut dihadiri oleh Pimpinan dewan harian PAS Pusat yang lain, turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli yang berhormat ADUN Perak, Ketua-ketua Pemuda DAP dan PKR, Wakil-wakil NGO dan Kelab Penyokong PAS , dan beberapa wakil kedutaan asing.