11 August 2008

Resiko dari tindakan bodoh yang diciptakan Majlis Peguam.

Forum 'Memeluk Islam' yang mencetuskan kontroversi apabila pelbagai pihak mengadakan demonstrasi membantahnya di luar pejabat Majlis Peguam kelmarin. Forum yang bermula pada jam 9 pagi itu terpaksa dihentikan pada jam 10 pagi, iaitu tiga jam lebih awal daripada dijadualkan, selepas dinasihatkan polis berikutan ancaman keselamatan daripada pihak yang tidak berpuas hati ia diadakan.

Kira-kira 1,000 orang lebih daripada 29 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik termasuk Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan demonstrasi di depan bangunan Majlis Peguam mendesak forum itu dihentikan segera.

Kita mengucapkan tahniah dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang perihatin kepada masalah ini walaupun statusnya masih dalam keadaan yang tidak maksima dan sekadar acah-acah ayam.

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengulas kesan forum yang dianjurkan secara terbuka katanya memang sensitif dan kerajaan sudah menjangka reaksi sedemikian daripada pelbagai kumpulan kerana keengganan Majlis Peguam mendengar nasihat supaya ia dibatalkan. "Itulah saya dah kata, jangan buat secara terbuka, kalau buat juga tentu akan berlaku reaksi daripada kumpulan lain," katanya selepas merasmikan Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) 2008 di sini, semalam.

Timbalan Perdana menteri malah mengatakan forum itu boleh menggugat dan menjejaskan kestabilan negara.

Kemusyiklan tibul apabila tidak adapun individu dan kumpulan yang berani tampil mengaku mewakili UMNO dalam demonstrasi itu. Adakah kerana meraikan beberapa orang yang setuju dengan kumpulan peguam tersebut., semuanya jadi macam tikus.

Jangan jadi macam ayam jantan, berkokok keliling kampung tapi punggung penuh dengan najis. Saya sangat berminat ulasan dari Shahrizat Jalil dalam isu ini?

Ulasan dari Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga apakah hubungan sebenar beliau dengan Sharizat saya alu-alukan.

Sesungguhnya hanya Islamlah yang memiliki undang-undang yang sah sesuai dengan Al Quran dan hadits bagi mengawal penganutnya terkeluar dari Islam yang popular dengan istilah murtad. Kerana itu saya sangat setuju dengan TG Nik Abdul Azizi yang menyarankan diadakan forum perbandingan agama.

Sesungguhnya undang-undang yang berkaitan dengan penganut Islam di Malaysia adalah merujuk kepada Agama Islam itu sendiri. Inilah titik pertemuan yang saya percaya mengharmonikan kehidupan beragama di Malaysia sekian lama sejak merdeka. Menghormati peraturan itu sekaligus menghormati Agama Islam sebagai agama resmi negara.

Jangan nyalakan api permusuhan dalam keadaan ianya telah dipadamkan sekian lama oleh tolerasi beragama yang tinggi dalam ajaran Islam. Kerana majoriti rakyat tidak mahu menanggung resiko dari tindakan "bodoh" Majlis Peguam.

Siapa lawan Anwar di Permatang Pauh : BN tetap kalah !

Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak mengambil mudah soal memilih calon pada mana-mana pilihan raya dan mempunyai barisan calon terbaiknya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk mendakwa BN tidak akan menang pada pilihan raya kecil itu berdasarkan kepada kemenangan pembangkang pada beberapa penggal pilihan raya sebelum ini. “Itu tafsiran Tun (Dr Mahathir). Apapun, Umno dalam situasi mana sekali pun, bukan saja di Permatang Pauh kami akan meletak calon yang kami fikir adalah terbaik.

Sebelum ini kita dipaparkan dengan keadaan yang saya anggap sebagai "muka tak malu" , "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong" oleh Ezam yang beria sangat dengan keinginannya untuk menjadi calon bagi melawan bosnya.

Seingat saya apalah ada pada pembelot pada partinya sendiri melainkan beberapa kerat yang mengekori tindakan dari belakang. Ust. Nakaei yang masuk UMNO suatu masa dulupun yang ikutnya masuk hanya beberapa orang sahaja.

Demikianlah dengan keluarnya Dr. mahadhir sendiri secara terang-terang hanya beberapa orang yang istiharkan diri ikut sama, antaranya Sanusi Junid dan Datuk Fauzi dan adalah beberapa orang lagi.

Namun di sebaliknya kesan dari sokongan dan keyakinan untuk mengundi parti yang dimasuk oleh tokoh-tokoh tadi mungkin ada pratus tertentu yang saya jangkakan .

Berbalik kepada Ezam, diapun belum diterima masuk UMNO mana mungkin dia akan diambil jadi calon. Apalagi kesetiaannya sebenar bukan boleh dinilai dengan cuma mahu jadi calon.

Kedengaran juga mengenai Imam Firdaus yang tidak putus asa untuk jadi calon di Permatang Puah. kalah pada tahun 2004 cuma dengan 500 lebih undi dan kalah dengan majorit 13000 lebih pada 8 Mac 2008 lepas.

Yang tidak kurang kehebatan dan disebut ramai di Permatang Pauh ialah Datuk Jalil orang kuat Bahagian UMNO sekarang. Pada PR ke 12 lepas dia bertanding DUN dan kalah kepada Fairuz , Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang sekarang.

Sama-samalah kita menunggu siapakan calon UMNO atau BN untuk berdepan dengan DS Anwar Ibrahim.

Pada saya siapapun jadi calon, BN akan kecundang dan dipermalukan oleh Pakatan Rakyat yang semakin diyakini oleh rakyat Malaysia sebagaimana yang dikatakan oleh satu kajian oleh Merdeka Center.

Pas gerak jentera di Permatang Pauh

PULAU PINANG, 10 Ogos :- Pas sudah mengarahkan seluruh jenteranya untuk membantu Pakatan Rakyat bagi memastikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sokongan itu adalah selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita beri kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang membantu bagi memastikan kerusi tersebut terus kekal milik Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Pas Pulau Pinang di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 16 Ogos, manakala pengundian 26 Ogos. Ditanya kekuatan jentera Pas yang akan membantu pada pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata ia terpulang kepada keperluan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional (BN). katanya,

Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat (JPRPP) akan menghantar seberapa ramai jentera Pas yang diperlukan bagi membantu pakatan pembangkang di Permatang Pauh.

“Kita akan selaraskan dengan PKR, PAS sebagai tetamu dan PKR akan mengepalai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, berapa mereka minta kita akan hantar. “Kita akan tahu berapa ramai jentera selepas Pas Pulau Pinang mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Rakyat, petang ini,” katanya.