10 August 2008

Kontinjen Yahudi Di Olimpik Beijing 2008

Sebentar tadi ketika menonton upacara pembukaan sukan olimpik Beijing 2008 yang dijadualkan berlangsung pada 8-24 Ogos ini, saya telah dikejutkan dengan penyertaan negara HARAM ISRAEL LaknatuLLAH yang ikut menyertai perarakan masuk kontinjen negara-negara peserta dari seluruh dunia termasuk penyertaan dari negara-negara umat Islam.







Ini merupakan julung-julung kali negara HARAM tersebut menghantar kontijennya sejak sekian lama ‘digantung’.




Pembukaan temasya sukan yang boleh dianggap paling berprestij dan terbesar di dunia ini telah tercemar dengan penerimaan dan penyertaan negara pengganas no. 1 dunia itu.

Anehnya negara-negara Islam yang menyertai temasya ini termasuk Malaysia yang merupakan bekas pengerusi OIC tidak mengambil sebarang tindakan atau membuat sebarang bantahan.

Membenarkan Negara Haram Yahudi tersebut bererti kita mengiktiraf kewujudan negara haram tersebut dan secara langsung menyokong kekejaman dan kezaliman yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam Palestin dan terhadap lebih 6.5 juta pelarian perang yang telah menderita selama lebih 50 tahun.
berita , gambar dan ulasan penuh layari : http://ibnurrahmat.blogspot.com/

Shafie pengerusi CPA baru

KUALA LUMPUR, 9 Ogos :- Calon Malaysia Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memenangi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) bagi penggal 2008/2011 pada Perhimpunan Agung CPA di sini, hari ini.




Kedua-dua calon termasuk Shafei diberi peluang berucap sebelum pengundian.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu mendapat 152 undi mengalahkan anggota House Of Lords Britain, Lord Paul of Marylebone yang menerima 115 undi.

Peluru UMNO sudah habis di Perak

Kelmarin saya menerima berita gembira dari YB. Hj. Mohd. Zainudin mengenai Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas masing-masingnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang.

Kegembiraan jelas nampak diwajahnya dalam kepenatan kami berada di penghujung sidang komenwel sejak 4 ogos yang lepas.

Sekarang jelas "peluru" UMNO untuk menjayakan alasannya untuk mengambil balik Perak pada 31 Ogos nanti nampaknya sudah kehabisan.

Peluru pertama dengan usaha jahat dan kotor untuk membeli Adun-Adun pakatan Rakyat samad DAP, PKR dan PAS jelas tidak berhasil, umpama perpatah : " hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". setingginya dengan harga RM 30 Juta dan serendahnya tidak disebutkan harganya , sudah cabut lari tidak talipon lagi temasuklah saya.

Peluru kedua yang ada alasannya ialah petisyen bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang.
Peluru getah mengajak kami bergabung dengannya langung tidak menjadi malah dijawab tegas oleh pimpinan PAS dan dijawab oleh Menteri Besar Perak dengan mengajak UMNO masuk dalam mana-mana parti Paktan Rakyat.

Keputusan mahkamah tinggi Ipoh kelmarin menghampakan banyak pihak yang berhajat besar itu.

Alhamdulillah Allah akan menyelamatkan Kerajaan Negeri perak Pakatan Rakyat yang kita sayanginya ini.
Kita nasihatkan kepada sahabat sebelah sana, bersabarlah sebagaimana kami sebulum dari ini dan sebagaimana yang dianjurkan Islam untuk menunggu Pilihanraya ke 13 pada 2011 atau 2012 nanti.
Itulah medan yang selayaknya dipergunakan oleh semua pihak termasuk kami bagi menentukan nasib masing-masing. Kalau kami menyeleweng rakyat akan menolak kami begitulah sebaliknya.

Media Asing Puji Upacara Perasmian Sukan Olimpik Beijing

BEIJING, 8 Ogos :-Media asing satu persatu memuji upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung semalam.

Stesen TV Negara Pakistan melaporkan bahawa Sarang Burung merupakan arena sukan terbaik di dunia. Upacara yang memaparkan unsur budaya tradisional dan sejarah China selama ribuan tahun tersebut telah menarik perhatian 4 bilion orang penonton dari seluruh dunia. Ini akan mencipta rekod baru dalam sejarah.

Syarikat Penyiaran Republik Korea memuji tema Sukan Olimpik "One World One Dream" yang membawa konsep "Olimpik Hijau, Olimpik Berteknologi Tinggi dan Olimpik Kemanusiaan" itu, dan menyatakan bahawa persembahan pada upacara tersebut berjaya menggabungkan unsur-unsur tamadun purba Timur yang cukup menakjubkan.

Beberapa buah badan media Turki pula membuat liputan yang meluas tentang upacara itu dan menghargainya sebagai suatu "temasya visual".

Media Swiss memberikan pandangan bahawa upacara itu cukup berdaya cipta dan berjaya mempamerkan tamadun bangsa China yang gemilang yang bersejarah 5,000 tahun kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan seni, seperti nyanyian, tarian, pencahayaan dan bunga api.

Akhbar Daily Nation Kenya pula dalam rencananya menyatakan bahawa ekoran Sukan Olimpik ini, dunia semakin memberikan perhatian kepada China dan pembangunan China menjadi semakin pesat.

Sukan Olimpik Beijing Dirasmikan

BEIJING, 8 Ogos :-Sukan Olimpik ke-29 dirasmikan di Beijing. Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge menyeru para atlet supaya menghormati semangat Olimpik dan bersungguh-sungguh menghadapi pertandingan.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis pembukaan Sukan Olimpik Beijing pada pukul 8.00 malam ini.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada BOCOG dan semua sukarelawan yang melibatkan diri dalam temasya sukan ini.


Pengerusi BOCOG, Liu Qi dalam ucapannya berkata, dalam pelaksanaan proses persiapan Sukan Olimpik, semangat Olimpik disebarkan meluas di kalangan masyarakat China. Beliau mengalu-alukan kedatangan ramai tetamu dari seluruh dunia dan menyampaikan terima kasih kepada mereka yang menyokong pelaksanaan temasya sukan ini.



Sebanyak 204 buah kontinjen serta 80 orang ketua negara dan pegawai kanan asing menghadiri majlis pembukaan itu. Antaranya, Presiden A.S., George W. Bush, Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Yang dipertuan Agung Malaysia, Sultan Mizan Zainal Abidin. Atlet-atlet yang mengambil bahagian dan wartawan yang membuat liputan tentang temasya sukan itu masing-masing mencatat 11 ribu dan 30 ribu. Angka itu merupakan rekod baru dalam sejarah Sukan Olimpik.

Upacara persembahan pada majlis pembukaan tersebut diatur oleh pengarah filem China, Zhang Yimou, dan temanya ialah "Indahnya Olimpik".



Menjelang berakhirnya majlis pembukaan itu, atlet gimnastik China, Li Ning yang pernah menggondol 3 pingat emas dalam Sukan Olimpik Los Angeles 1984 menyalakan obor utama.

Sukan Olimpik buat pertama kalinya dilaksanakan di China, sebuah negara yang memiliki populasi yang paling ramai di dunia. Pelaksanaannya ialah kali ketiga di bandar Asia. Temasya sukan itu berlangsung sehingga 24 Ogos nanti.