07 August 2008

Harapan di Muktamar PAS ke-54

Muktamar PAS Ke-54 yang bakal berlangsung di Perak Darul-Ridzwan dari 13 hingga 17 Ogos ini sudah tentu mempunyai makna penting atas beberapa sebab.

Pertama, rakyat ingin melihat pernyataan komitmen PAS untuk turut memperkukuh Pakatan Rakyat. Justeru kerana Muktamar kali ini diadakan setelah Pakatan Rakyat, di mana PAS menjadi komponannya yang penting, menguasai lima negeri hasil keputusan PRU Ke-12 8 Mac lalu.

Pakatan Rakyat, yang berdepan dengan pelagai cabaran getir dari musuh politiknya itu sedang mengamil tempatnya yang kukuh di arena politik tanah air.

Dikhabarkan, beribu-ribu orang sedang dan telah menyertai PAS dan PKR sejak keputusan PRU yang lalu. Justeru itu Muktamar PAS kali ini, diyakini akan menghantar isyarat jelas terhadap komitmen PAS untuk sama-sama memperkukuh Pakatan tersebut.


Bahkan sebelum itupun, Presiden PAS sendiri dalam satu kenyataannya baru-baru ini telah menyatakan ikrar untuk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat dan akan turut memperkukuhnya.


Ini adalah cerminan semangat setia kawan sebuah parti yang bernuansa Islam, yang memancarkan keikhlasan dan kejujurannya dalam perjuangan bersama menegakkan keadilan dan demokrasi. Justeru itu, Muktamar PAS kali ini akan memperjelas dan memperkukuh lagi komitmen tersebut.


Kedua, Muktamar kali ini berlansung ketika negara sedang digoncang oleh kemelut politik yang belum pernah terjadi dalam sejarah negara sebelum ini.


Sementara tanda kemelesetan ekonomi semakin jelas dan mencemaskan, rasuah berleluasa, ketika nilai akhlak dan kemanusiaan terhempas di tengah jalan oleh pelbagai gejala fitnah dan prasangka, ketika nafsu serakah politik ganas yang tidak tunduk kepada syariat Islam bermaharajalela. Semuanya ini sungguh menakutkan.


Justeru itu, mayarakat umum-Muslim dan non-Muslim ingin melihat dan mendengar bagaimana para perwakilan di Muktamar itu membedah pelbagi persoalan ini dengan hujah dan saranan yang bernas.


Lebih-lebih lagi mereka ingin melihat pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS untuk mengatasi masalah negara ini memandangkan kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat tentunya mempunyai makna yang penting.


Sokongan rakyat - Muslim dan non-Muslim dalam PRU Ke-12 Mac lalu, menghantar isyarat jelas bahawa rakyat memberikan harapan besar terhadap PAS, PKR dan DAP, sehingga rakyat telah menobatkan Pakatan Rakyat untuk memerintah di lima negeri yang penting di Malaysia.


Ketiga, Muktamar ini penting untuk menghantar isyarat akan kewibawaan PAS dengan memperlihatkan Izzah (kehebatan) PAS di tengah-tengah kecamuk politik ini. Iaitu termasuk juga memperlihatkannya kepada Pakatan Rakyat, di mana PAS sendiri menjadi komponannya.


Memperlihat Izzah PAS ini bukan bermakna mempamerkan kersombongan atau keangkauhannya, tetapi untuk menghantar isyarat jelas dan sangat rasional bahawa kehadiran PAS di tengah masyarakat, khususnya di tengah komponan Pakatan Rakyat, mempunyai significan, sangat bererti.


Kehadirannya penting diiktiraf, kerana ia bukan sebuah parti pinggiran, atau parti yang tercungap-cungap menumpang hidup atas kudrat orang lain.


Tetapi ia sebuah parti yang mempunyai tradisi kukuh sejak kehadiranya lebih setengah abad lalu dengan mempunyai tarbiyah berterusan, memiliki mekanisme politik yang pelbagai dan lain-lain.


Di bawah kepimpinan ulama, parti ini menggabungkan kepimpinan berwibawa - gabungan terbaik dari kalangan ulama, profesional, tenaga pemikir, para vetran parti dan lain-lain.


Tidak mudah untuk sebuah parti politik kontemporeri menggabungkan keikhlasan, itiqamah, kepakaran dan dedikasi pendukungnya, namun hal ini telah berjaya dilakukan oleh PAS.


Dalam PRU Ke-12, PAS telah menampilkan jenteranya demikian tersusun dan kemas, kawalan keselamatannya yang cukup rapi dan berhikmah, solat hajat, doa munajat yang tidak putus-putusnya dari para Tuan Guru di setiap markas.


Ini menggambarkan, dalam apa keadaanpun, hubungan pendukungnya dengan kekuasaan Allah SWT tidak pernah putus, di samping gerak kerja dan strategi PAS yang baik.


Perlu diingat akan kenyataan Dato� Seri Presiden tidak lama dulu bahawa PAS paling banyak cawangan, petugasnya bersungguh-sungguh bekerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat.
Jadi selepas menang ini, katanya, peranan pendukung PAS perlu diambil kira dan jangan sekali-kali mengenepikan peranan mereka selepas pilihan raya.


Beliau menyebut bahawa undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS, katanya, memberikan penekanan kepada kerusi Dewan Negeri. PAS dapat 83 kerusi Dun, DAP 73, dan PKR dapat 40. Ini, kata beliau, penting dilihat, bukan hanya melihat kerusi kawasan Parlimen saja.


Justeru itu, semua pihak, khususnya dalam komponan Pakatan Rakyat supaya dapat menenung dan berfikir secara rasional dan terbuka akan fakta ini. Kenyataan Dato� Seri Presiden ini tidak sama sekali memperlihatkan keangkuhan, tetapi sebuah kenyataan yang diperkukuh oleh fakta dan perkiraan rasional.


Juteru itu, pemimpin dan pendukung PAS sangat perlu memperlihatkan Izzah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kepada semua pihak.


Di dalam sejerah Islam sendiri, terutamanya di peringkat awal, ada kalanya Rasulullah s.a.w. dan Khulafa-ur Rashidin memperlihatkan Izzah Islam dalam keadaan di mana mereka melihat Islam dicabar dan tercabar. Mudah-mudahan kita sentiasa belajar dari sejarah.


Sementara itu, kita berharap para pembahas dalam Muktamar Ke-54 ini akan mengeluarkan hujah bernas, fakta yang cukup, pandangan rasional dan seimbang, serta membawa saranan munasabah dan dinamik.


Dan tentunya diharapkan perbahasan ini dikawal oleh akhlak Islam. Selamat bermuktamar.


(Abdul Syukur Harun)

Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Beijing siap diatur.

BEIJING, 6 Ogos :-Persiapan Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Beijing siap diatur. Demikian diumumkan oleh pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing yang bertanggungjawab terhadap kerja majlis pembukaan, Encik Zhang Heping.

Menurut beliau, majlis pembukaan itu akan berlangsung pada pukul 8.00 malam 8 Ogos di Sarang Burung, iaitu arena utama Sukan Olimpik.

Encik Zhang berkata, persembahan pada majlis pembukaan itu berjudul "Indahnya Olimpik", dan terbahagi kepada dua babak, iaitu "Tamadun yang Cemerlang" dan "Zaman yang Gemilang".

Penyanyi lelaki China, Liu Huan dan penyanyi wanita Britain, Sarah Brightman akan mempersembahkan lagu tema pada majlis pembukaan itu.
Sementara itu satu upacara menaikkan bendera di Perkampungan Sukan Olimpik telah dilakukan oleh kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 33 orang atlet.
Ketua kontinjen Malaysia, Ho Koh Chye meluahkan harapan agar negara itu dapat meraih sebuah pingat dalam acara badminton.

Anwar sahkan bertanding di Permatang Pauh

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos. Pengumuman tarikh pilihan raya itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuaratnya, di sini, tengah hari ini.



Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah merupakan kawasan Parlimen yang amat menarik di Pulau Pinang kerana wakil rakyatnya beberapa kali bertukar sejak pilihan raya umum 1969.

Kerusi itu menjadi milik parti Perikatan pada pilihan raya umum 1969 setelah calonnya, Mohd Nor Bakar menewaskan wakil Pas, Musa Mohd Yatim dan pada 1974, Ariffin Md Daud, calon Barisan Nasional (BN) (yang menggantikan Perikatan), menewaskan Abu Bakar Murni dari Pekemas dan Baharuddin Ibrahim dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Pada pilihan raya umum 1978, calon Pas, Zabidi Ali menewaskan Ariffin untuk mengambil alih kerusi itu, dan pada pilihan raya umum 1982, calon BN Datuk Seri Anwar Ibrahim merampas kembali kerusi itu daripada Zabidi dalam pertandingan yang turutu membabitkan Tan Ah Huat dari DAP.

Pada pilihan raya umum 1999, Anwar yang disingkirkan daripada Umno dan dikenakan hukuman penjara kerana tuduhan liwat dan rasuah tidak dibenarkan bertanding, dan kerusi itu dimenangi oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerusi parti baru, Parti Keadilan Nasional (PKR), yang kemudiannya menukar nama pada Ogos 2003 kepada PKR setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Wan Azizah, yang mempertahankan kerusi itu untuk tiga penggal, akhirnya melepaskan kerusi itu pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding semula di situ.

Bagi penduduk Permatang Pauh, penat pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac lalu belumpun reda, dan kini mereka berhadapan kembali dengan tanggungjawab untuk membuat pilihan sekali lagi.

Permatang Pauh yang juga satu daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, memang ’panas’ sejak kawasan itu diambil alih oleh PKR daripada BN pada 1999.

Majoriti pengundi kawasan ini terdiri daripada orang Melayu iaitu 68.5 peratus atau 40,039 daripada 58,449 pengundi kawasan itu, diikuti kaum Cina (14,489) atau 24.79 peratus dan India 3,581 (6.3 peratus) serta lain-lain 240 (0.41 peratus).

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Kerusi DUN Seberang Jaya, yang diwakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah daripada BN, mempunyai 22,678 pengundi iaitu Melayu 14,163 orang (62.36 peratus), Cina 5,436 (23.97 peratus), India 2,978 (13.13 peratus) dan lain-lain 122 (0.54 peratus).

Kerusi DUN Permatang Pasir yang diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS mempunyai 20,350 pengundi iaitu Melayu 14,715 orang (72.31 peratus), Cina 5,278 (25.94 peratus), India 328 (1.61 peratus) dan lain-lain 29 (0.14 peratus).

Kerusi DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR mempunyai 15,421 pengundi iaitu Melayu 11,181 orang (72.51 peratus), Cina 3,776 (24.49 peratus), India 375 (2.43 peratus) dan lain-lain 89 (0.57 peratus).

Pada pilihan raya umum lalu, Wan Azizah mengalahkan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 13,388 undi.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan tetap akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini meskipun tuduhan dakwaan liwat di mahkamah, esok.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, petang ini, Penasihat PKR itu juga menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan kejam dan konspirasi terancang kerajaan terhadapnya.

Beliau turut mempertikaikan tarikh mengundi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi, sebagai 'unik' kerana menyukarkan pengundi keluar mengundi pada hari bekerja.