04 August 2008

Siapa benar ? siapa salah ? mustahil semua benar ? mustahil semua salah ?

Antara Saiful, Anwar dan Najib semuanya mempunyai alasan dan hujah yang telah dikemukakan kepada rakyat, terserahlah kepada rakyat untuk menilainya. Khususnya kepada DS Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan ditandinginya akan mengambarkan kedudukan sebenar sokongan rakyat kepadanya.





Kalau rakyat sudah percaya kepada segala cerita yang dikemukakan oleh kedua yang lain, maka rakyat akan menolak DS Anwar dan menanglah calon BN.

Awas tidak mustahil majoriti yang diperolihi DS Anwar akan melebihi 20 ribu undi kerana rakyat akan bersimpati dengan beliau dan ramai akan mengundi beliau. Tentunya kerana mereka tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Mustahil semuanya pembohong kerana ada antaranya yang tidak berbohong, siapakah mereka ?. Demikianlah mustahil semuanya benar kerana antaranya pasti ada yang salah dan berbohong. Siapa pula mereka ?

Dalam Islam sesuatu yang ingin dilakukan sebagaimana dipesankan oleh Nabi, mestilah bertanya kepada hati. Lalu jawapan dari hati inilah sebenarnya jawapan anda sendiri dan termasuk pengundi di Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia....siapakah yang berbohong ?

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Mana dia Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia?

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."

Janji Menteri Penerangan.

Liputan berita mengenai pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh akan dibuat secara adil dan profesional, kata Menteri Penerangan , Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, selain memastikan perkara itu dipatuhi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), ia juga akan dimaklumkan kepada pengamal media lain.

“Kementerian ada tanggungjawab sendiri, berbeza dengan parti. “Sudah tentu kita akan membuat pemantauan pilihan raya (kecil) ini dengan dekat supaya tidak timbul kekecohan dan lebih memarakkan lagi kalau timbul perpecahan di kalangan rakyat. Itu perkara yang kita perlu lihat secara profesional,” katanya ketika ditanya mengenai persediaan kementerian dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Kita mengucapkan berbanyak terima kasih dengan kenyataan menteri penerangan diatas, yang sekaligus menggambarkan sebelum ini penyiaran berita oleh media arus perdana termasuklah RTM tidak adil dan profesional.

Kenyataan beliau juga mengambarkan sebelum dari ini kementerian telah disalahgunakan oleh Parti BN dan UMNO sendiri untuk kepentingan sebelah pihak.

Terima kasih dengan janji Menteri Penerangan, semuga janji tidak tinggal janji termasuk janji Shabery Chik sendiri kalau harga minyak turun dan beliau kalah debat dia akan letak jawatan.

Pematang Pauh jadi tumpuan kembali.

Parlimen Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeAdilan. Kini telah sahlah Ketua Umum Parti KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding ditempat itu.

Anwar mula mewakili Permatang Pauh pada tahun 1982 menewaskan calon PAS, Zabidi Ali (14,352 majoriti), 1986 menewaskan Mohamad Sabu (10,479 majoriti), 1990 mengalahkan Mahfuz Omar (16,150) dan 1995 menewaskan calon DAP, Abdul Rahman Manap dengan 23,515 majoriti.

Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar. Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail. 2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388.

Satu lagi fakta yang menarik berlaku disini ialah kejadian pada PR ke 11 dimana calon BN yang terkenal hingga sekarang dengan gelaran "imam duit" menyepak tong undi dalam kekecohan semasa pengiraan undi yang menyebelahi DS Wan Azizah.

Menariknya sekali ini ialah dengan semangat lebih, entah tenaganya kurang atau tidak bila Ezam setiap hari mengeluarkan kenyataan untuk bertanding melawan DS Anwar Ibrahim.

Kata Ezam BN dan UMNO perlu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia merupakan satu pertarungan moral. Moral siapakah yang dikatakan Ezam ? adakah moral DS Anwar yang perlu ditebus kembali bila dia kehilangan kerusi Permatang pauh akibat "Fitnah Liwat" dan kembali berulang pada tahun ini, tajuk yang sama tapi watak yang berbeza.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, BN harus ‘masuk ke gelanggang’ dengan keyakinan tinggi kerana dari segi moralnya parti itu berada di pihak yang benar. ‘‘Justeru kita tidak harus melihat ini politik kalah menang sebaliknya satu pertarungan moral, satu pertempuran untuk mempertahan dan menegakkan kebenaran,’’ katanya .

Seingat saya tidak ada pengumuman resmi dari MT UMNO adakah beliau diterima atau tidak menjadi ahli UMNO, darn menyibuknya Ezam sekarang adakah berasas atau tidak atau cuma buang masa sahaja......