17 July 2008

UMNO Perak Berbohong dan Menyebar Fitnah untuk Menebus Kekalahan

Maksud firman Allah SWT: “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63)
UMNO Gunakan Badan NGO
Setelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak. Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini mereka lakukan pada hari-hari pertama mereka kehilangan kuasa. Namun perhimpunan itu gagal mendapat sambutan walaupun media perdana yang dikuasai UMNO/BN mewarwarkan perhimpunan yang gagal itu sebagai satu kejayaan. Semenjak itu timbullah tuduhan-tuduhan dan fitnah yang diatur secara terancang. Kesemuanya cuba memberikan persepsi bahawa Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar yang menjadi Menteri Besar adalah boneka kepada DAP Perak yang diketuai oleh Dato’ Ngeh Koo Ham.

Apa yang sebenarnya berlaku ?

Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:“Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng.”Tetapi apabila diberitahu bahawa seorang jurugambar sempat merakamkan peristiwa penahanan Anwar oleh sepasukan komando bertopeng itu, Musa menjelaskan:“Saya baru sampai (dari Brunei), saya tak tahu menahu, saya tak ada komen,” katanya.


Gambar ini memberi jawapan sebenar.












Kronologi penangkapan DS Anwar.

Anwar ditahan polis

KUALA LUMPUR, 16 July :- Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis jam 1 tengah hari ini, kata isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Wan Azizah yang mengesahkan penahanan Anwar berkata, suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke rumahnya di Segambut. Anwar dibawa dan tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur jam 1.11 tengah hari ini dengan dikawal ketat polis.
Penahanan Anwar dipercayai dibuat selepas polis mendapat waran tangkap supaya dia memberi keterangan berhubung dakwaan liwat membabitkannya.

Semalam Anwar sempat hadir dalam debat bersama Ahmad Shabery Chik mengenai harga minyak, dan pagi tadi beliau telah memberi keterangan berhubung dakwaannya bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyembunyi dan memalsukan fakta berhubung kes mata lebam membabitkannya, 10 tahun lalu.
Beliau keluar dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), jam 12.10 tengah hari ini selepas kira-kira dua jam memberi keterangan.

Hati yang lapang.

“Bila hati seseorang telah dimasuki nur (cahaya iman), maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka” (HR. Ibnu Jurair).

Ada yang sangat penting perlu difahami tentang keadaan hati kita. Mungkin ia telah lama tertutup rapat dan susah sekali terbuka. Tertutup atau terbukanya hati dapat dilihat dari tanda-tandanya.



“Apa tandanya hati yang lapang dan terbuka?” tanya sejumlah orang pada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW mengatakan, 1.Ada perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat, 2.timbulnya pengertian tentang tipu daya kehidupan dunia ini, dan 3.bersedia menghadapi mati sebelum mati.”

Ketiga-tiga tanda hati yang lapang yang diuraikan Rasulullah SAW tersebut perlu dipertanyakan lebih lanjut pada diri kita. Apalagi kalau terlalu cenderung kepada dunia, hati manusia akan berkurang kecenderungannya kepada akhirat. Contohnya, orang yang terlalu mencintai dunia akan sangat kedekut mengeluarkan hartanya untuk kepentingan akhiratnya, seperti untuk bersedekah atau membantu orang lain. Hatinya tidak akan mudah merasa kasihan dengan penderitaan orang yang sedang mendapat musibah.

Akhirnya, orang yang demikian akan terus tenggelam dan hanyut oleh perbuatan-perbuatan yang sifatnya mengejar harta dunia. Sebab, kata Rasulullah, manusia tetap tamakkan harta dunia meskipun sudah memiliki gunung emas.