13 July 2008

Usaha baik kerajaan Perak di putar belit.

Kelmarin dilaporkan Satu sindiket dikesan memperdayakan orang ramai dengan membuat tawaran palsu bagi kemasukan ke beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sindiket itu, yang mendakwa dilantik sebagai ejen IPTA terbabit, dikatakan meminta sejumlah bayaran bagi menguruskan proses kemasukan pelajar ke universiti itu. Setakat ini, antara IPTA yang dikesan menjadi mangsa kegiatan sindiket itu ialah Universiti Malaya (UM).

Di Perak pula di laporkan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim kecewa selepas gagal menuntut wang ganjaran sebanyak RM1,000 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.


Sebab itulah setiap bantuan dermasisiwa yang akan dikeluarkan telah diambil langkah yang sangat berhati-hati bukan dengan tujuan menyulitkan.

Pelajar berkenaan, Norzyah Sabri, 20, yang baru sahaja mendaftar dalam program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) di UPSI pada 29 Jun lepas yang ditemani bapanya, Sabri Puteh, 39, terpaksa pulang hampa selepas diberitahu ganjaran tersebut tiada.


Noryzah berkata, semasa meminta bantuan petugas kaunter di pekarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu untuk berjumpa dengan Exco Pendidikan Perak, Nga Kor Ming, dia dan bapanya diminta pulang dan melupakan hasrat untuk mendapatkan wang ganjaran tersebut.


''Kata petugas itu mana ada ganjaran sedemikian dan tidak perlu buang masa jumpa Exco berkaitan," katanya di sini hari ini.

Saya ingin memberikan ulasan untuk ke di Perak, saya menafikan sama sekali bahwa tidak ada bantuan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Perak kepada pelajar yang layak ke IPTA.

Pada petang Jumaat 10 July kenyataan resmi dikeluarkan sekali lagi berkatian dengan tiadanya Perjanjian Pangkor 2 dan seorang wartawan akhbar Cina bertanya tentang tersebar isu mengatakan bahawa demasisiwa itu hanya untuk orang melayu sahaja.

Itu juga dinafikan, kerana sesiapa yang layak tidak mengira bangsa dan agama akan diberikan bantuan tersebut.

Inilah putar belit dan kerja mengaburkan fakta sebenar untuk menipu rakyat, berita yang disebarkan itu sebenarnya menipu. Syabas kepada dua pelakon ayah dan anak diatas dan tidak lupa kepada pengarahnya sekali.

Jadi hero tidak kena tempat.

Kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai penilaian yang akan diguna pakai kerajaan Kelantan dalam memilih pekerja dan menaikkan pangkat adalah sembahyang mestilah disokong oleh semua pihak.
Sebenarnya perkara ini bukan wajar dipolitikkan oleh pihak tertentu apa lagi mengexploitasikannya untuk menjadi juara seperti yang dibuat presiden Cuepacs, Omar Osman, cuba berlagak hero apabila mempertikaikan langkah Kelantan mewajibkan syarat bersolat setiap waktu dalam peraturan kakitangan awam.
Sebagai bekas kakitangan awam saya merasakan kenyataannya semalam amat memalukan ramai pihak. Sepatutnya beliau berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan apa lagi dalam hal yang menyentuh sesetiviti umat Islam.
Solat merupakan tiang agama sebagaimana hadits Nabi menyatakannya. Dengan sembahyang pasti seseorang itu menjadi insan yang sempurna dunia dan akhirat. Semasa sihat dan sakit kita diwajibkan sembahyang selagi akal sempurna, sampailah bila mati masih disembahyangkan. Demikianlah utamanya sembahyang.
Apalah salahnya kalau ukuran ini diguna pakai, termasuk kenyataan Dato' Husam Musa merangkumi yang beragama lain, ketaatan kepada agamanya boleh dijadikan penilaian.
Banyak lagi tuntutan Ceupacs yang tidak tertunai dan usahakan sebaik mungkin untuk membela nasib kakitangan awam. Isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Kelantan adalah sebahagian dari usaha menyelamatkan dan menolong kakitangan awam iaitu untuk mengelakkan masuk neraka dan masuk syurga Allah SWT. Sepatutnya Omar Osman berterima kasih bukannya melenting tidak tentupasal.

Perak johan Qari dan Qariah


JITRA ,11 Julai :- Qari dan qariah dari Perak, Shamsul Ariffin Supian dan Sharifah Khasif Fadzilah Badiuzzaman muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-51 di sini malam ini.

Mereka menewaskan 27 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula Isnin lepas.

Shamsul Ariffin, seorang guru agama di Daerah Kerian yang memperoleh markah 81 peratus, menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata, pakej haji dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Johan Qari dan Qariah dari Perak dengan hadiah masing-masing

Sharifah Khasif Fadzilah pula yang mendapat markah 79 peratus turut menerima pakej hadiah yang sama.
Naib johan qari dimenangi peserta Melaka, Azraie Abdul Haq yang berjaya memungut markah 79.33 peratus manakala tempat ketiga dimenangi qari dari Sabah, Abdulllah Abdul Wahid yang memperoleh markah 79 peratus.

Bagi kategori qariah, naib johan dimenangi peserta dari Sarawak, Farah Ilyani Zakaria dengan memungut 78.67 markah manakala tempat ketiga dimenangi Shabiroh Zain dari Pahang dengan 78 peratus.

Sementara itu, Sultan Abdul Halim dalam titah ketika menyempurnakan majlis penutup tilawah di Dewan Wawasan, mahu umat Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan dalam menjalani kehidupan yang sempurna.

''Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca sebaliknya difahami dan dihayati segala isi kandungannya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian," katanya.

Hadir sama Sultanah Kedah, Tuanku Hamimah Hamidun; Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin .