11 July 2008

Ulama dan Umara'

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri (pemimpin)di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul…” (QS. An-Nisa‘: 59)

Di zaman sekarang ini banyak dari kalangan ulama berjaya menjadi umara (pemimpin negeri atau pemerintah), namun tidak banyak umara ingin menjadi ulama. Keadaan ini disebabkan antara lain banyak umara di zaman ini menjadi sibuk sekali dengan urusan dunianya dan banyak yang terjerumus menjadi pelaku kemungkaran.

Sejarah telah membuktikan , Rasulullah SAW dan sebahagian dari sahabat juga pernah menjadi umara. Banyak yang menjadi khalifah di masanya.


Manusia dijadikan Allah dan diamanahkan dengan tanggungjawab sebagai "khalifah" di bumi, dengan misi menegakkan agama dan memerintah dunia dengan agama.


Lebih-lebih kalau melihat ayat di atas, Allah memerintahkan kita mentaati umara/pemimpin dikalangan kita. Persoalannya umara yang bagaimana ?Tentunya terhadap umara yang benar-benar menegakkan amar makruf dan nahi mungkar iaitu yang taat kepada Allah dan Rasul. Dalam sebuah hadits malah dikatakan bahwa pemimpin yang adil mendapatkan keistimewaan dari Allah hari akhirat kelak. Sewajarnyalah dia dihormati dan ditaati semasa didunia.


Kerana itu, sebahagian orang berpendapat, ulama terlebih baik menjadi umara kerana mampu menyatukan kedua peranannya. Artinya, kekuasaannya sebagai umara mampu diperuntukkan untuk menegakkan agama Allah. Itulah yang lebih baik dan sempurna kerana seorang ulama yang menjadi umara pasti terkawal nafsunya kepada melakukan kezaliman, rasuah , penindasan dan sebagainya.

Abdullah umum peralihan kuasa

KUALA LUMPUR, 10 July :- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan akan menyerahkan jawatan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan 2010.

Katanya proses peralihan kuasa itu bermula hari ini dan dengan keputusan itu beliau tidak akan memimpin BN pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka pada 2012 atau 2013. "Saya ambil kesempatan memaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi pada mesyuarat tadi bahawa saya telah mencapai kesepakatan dengan Datuk Seri Najib bahawa saya tidak akan mempimpin parti BN dan Umno pada pilihan raya yang akan datang yang ke-13.

"Dan juga ini bermakna satu peralihan kuasa perlu diwujudkan. Saya maklumkan kepada MT ia bermula dengan apa yang saya umumkan hari ini.

"Iaitu saya bercadang untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Mohd Najib untuk ambil alih jawatan presiden parti dalam pertengahan Jun atau pertengahan tahun 2010," kata pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Khas Tertutup dengan pemimpin Umno bahagian dan pemimpin ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. - Bernama

Rahmat Allah

“Sesungguhnya seseorang akan tertutup rezekinya karena melakukan suatu dosa” (HR. Ibnu Majah dan al-Hakim).

Melakukan suatu dosa besar atau kecil pasti memberi kesan buruk terutama bagi pelakunya. Kalau tidak segera meminta ampun, selain mendapatkan azab Allah, pelakunya juga boleh dijauhkan dari rahmatNya. Dijauhkan rahmat tidak mudah dirasakan, kecuali oleh orang yang mahu memperhatikan keadaan dirinya sendirinya.

Dijauhkan dari rahmat, menurut Imam Al-Ghazali, boleh dirasakan melalui perubahan pada diri kita sendiri. Selain tertutup rezekinya yang halal, orang yang dijauhkan dari rahmat juga merasa mudah atau tertolong ketika melakukan suatu keburukan atau kemaksiatan. Bahkan, kalau orang lain melakukan kemungkaran, hati akan tergerak untuk mendokongnya.

Sebaliknya, orang yang dijauhkan rahmat merasa sulit melakukan kebaikan. Semua anggota tubuhnya sulit tergerak atau terdorong untuk melakukan hal-hal yang mendatangkan pahala atau segala perintah Allah atau membantu orang lain.

Kerana perubahan-perubahan ini kesan yang cukup buruk bagi kehidupan dunia dan akhirat kita, kita sebaiknya perlu berhati-hati. Yang lebih penting lagi, adanya usaha-usaha sungguh-sungguh untuk menjauhkan diri dari melakukan dosa.
Mendedahkan diri kita kepada dosa dan maksiat akan menjerumuskan kita menjadi orang yang tergolong dalam hadits di atas.

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan tersebut jelas tidak benar dan bohong semata-mata. PAS mahupun Dato' Seri Menteri Besar Perak tidak pernah ada perjanjian mahupun bersefahaman dengan DAP berhubung kononnya Menteri Besar Perak tidak boleh bercakap mengenai Islam.

Malahan Dato' Seri Menteri Besar Perak setiap kali memberi ucapan di khalayak ramai samada program formal ataupun tidak sering memulakan ucapan dengan ayat al Quran, mengkaitkan segala urusan kerja dengan menghayati budaya kerja yang dianjurkan oleh Islam.

Sebagai seorang Menteri dalam kabinet negara, beliau sepatutnya menyelidiki sumber dari mana yang menyatakan ada Perjanjian Pangkor II.

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh abang Menteri Besar Perak. Sebagai seorang abang, sepatutnya beliau bertanya terlebih dahulu kebenaran sumber yang diperolehinya daripada adiknya sendiri, bukan terus membuat kenyataan melulu dengan melemparkan berbagai tuduhan dan fitnah.

Misbahul Munir
Setiauaha Politik
YAB Menteri Besar Perak

Debat perdana.

Malam tadi saya dihubungi oleh teman wartawan siasah bertanya mengenai debat yang kononnya akan berlaku antara Ds Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Ahmad Sabry Chik. Saya diminta pandangan adakah bersetuju atau tidak debat itu diadakan dengan diadakan siaran langsung ?

Jawapan yang sedia ada dalam kepala ini, dengan spontan saya katakan setuju dan mengalu-alukan didakan dengan segera bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak mengemukakan hujah masing-masing.

Wartawan itu juga bertanya kepada saya adakah debat itu memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Pada pendapat saya debat itu akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Melainkan kepada yang mempermainkan kebenaran untuk menegakkan benang yang basah serta kebatilan ianya sama sahaja , samaada diadakan debat atau tidak.