10 July 2008

DAP Perak buat laporan BPR terhadap Tajol Rosli

IPOH, 10 July : DAP Perak hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kenyataan pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pada satu majlis tertutup di sini Sabtu lalu yang mendakwa Pakatan Rakyat Perak akan tumbang sebelum atau pada 31 Ogos ini.

Laporan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan seorang anggota DAP, Ray Ng, di Pejabat BPR Perak di sini.


Mereka juga meminta BPR menyiasat kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor pada sidang akhbar selepas majlis tertutup itu bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu perlu dipandang serius.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Wong berkata BPR perlu menyiasat kenyataan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan pendedahan, baru-baru ini oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa lapan wakil rakyat DAP telah ditawarkan untuk ’melompat’ ke BN.

Tajol Rosli yang juga Adun Pengkalan Hulu membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis `Sepetang bersama Ezam Mohd Nor’ di Bangunan Umno Perak di sini pada Sabtu lalu. - Bernama

Saya nafikan ada Perjanjian Pangkor II.

Isu terkini yan sedang diperkatakan dalam banyak forum tertutup dan terbuka termasuk dalam blog ini ialah tentang kebenaran wujudnya 'Perjanjian Pangkor II' antara MB Perak dan DAP seperti yang didakwa oleh abangnya, Fadhil Jamaluddin.

Kononnya beliau (Mohammad Nizar) telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar,'' ada yang mendakwa, perjanjian tersebut menyebabkan banyak keputusan kerajaan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.

Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Pada mulanya saya tidak berminat memberi ulasan dalam isu yang sama kerana pada suatu masa ianya telah reda dan tidak kedengaran lagi. Semasa hangat dan mulanya tercetus isu ini beberapa risalah yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sempat sampai ketangan saya dan telahpun dibuat laporan polis oleh teman-teman seperjuangan . Sekali di Ipoh dan sekali di Parit Buntar.

Pokok persoalannya sekarang apapun boleh didakwa oleh semua pihak dan memainkan isu yang dianggap boleh menguntungkan.

Setelah D.Y.M.M Tuaku Sultan Perak memperkenankan perlantikan Ir.Muhammd Nizar sebagai ketua kerajaan, pada pandangan saya sesuai dengan kedudukan dan kelayakan dari segi politik, bangsa, agama dan memenuhi kehendak undang-undang tubuh Kerajaan Perak, maka dialah orang yang bertanggungjawab dalam soal Islam.

Meletakkan asas pentadbiran dengan tonggak Adil, Amanah, Wibawa, Telus dan Kebajikan adalah menfistasi dari ajaran Islam itu sendiri. apakah nlai tambah sangat dengan memukul gendang kehulu hilir kononnya mahu kepada Islam namun realitinya sangat mengecewakan sejak 50 tahun yang lepas.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memberi ulasan,"Tidak ada perlunya kita memperkatakan negara Islam atau 'Hudud' ketika ini. Apa yang penting kita lakukan adalah melaksanakan nilai-nilai Islam sejagat seperti menghapuskan rasuah,ketelusan dan kesaksamaan dan pentadbiran yang telus dan berkebajikan."

Asmuni berpendapat, lebih baik kita buktikan dengan perlaksanaan nilai-nilai Islami yang dituntut hingga dapat memberi keyakinan kepada semua orang.Sesetengah orang Islam kita sendiri pun tidak faham dan menentang Islam, apatah lagi yang bukan Islam.

"Lihat sebagaimana di Kelantan hari ini.'Hudud' tidak dapat dikuatkuasakan di sana walaupun sudah 18 tahun PAS berkuasa , bukan bermakna PAS di Kelantan sudah mengkesampingkan matlamat perjuangan untuk menegakan negara Islam. Nilai-nilai Islam terus berkembang dan masyarakat di sana semakin mesra Islam dan tidak ada sebab mengapa satu masa nanti, mereka akan lebih bersedia untuk menerima Islam sebagaimana mereka boleh menerima pakai sistem sekular hari ini."

Agaknya peluru telahpun habis untuk menyakinkan rakyat Perak dalam isu ini sehingga sekali ini giliran abang MB sendiri ditampilkan sebagai peluru bagi menyakinkan rakyat. sampai menteri Luar yang dianggap pakar undang-undang tumpang sekaki memberi komen.

MB Perak mengulas kenyataan abang nya mengatakan itu hak abangnya, biasalah adik beradik ada yang berlainan pandangan dan perjuangan. Peliknya dimana abang MB mendapatkan maklumat sedangkan dia tidak sehaluan dengan adiknya.

Di Terengganu sebelum Pilihanraya ke 12, abang Pesuruhjaya PAS Negeri, Zakaria Ali, 63, dikatakan menyertai Umno. Di Perak abang Menteri Besar mendakwa adiknya tidak layak menjadi MB. Satu berlaku sebelum pilihanraya, satu sesudah PR memerintah negeri Perak.

Saya yakin rakyat tahu menilai siapakah yang benar dan salah, siapakah yang cuba bermain api dan baling batu sembunyi tangan. Realiti terbentang untuk kita nilai sendiri. Siapapun boleh medakwa dakwi apa lagi media adalah milik mereka untuk menyiarkan.

Kebosanan kepada berita yang bukan-bukan mejatuhkan menterinya sendiri di Kedah, rakyat sudah tidak percaya kepada media arus perdana yang sering menyiarkan berita yang berunsur berat sebelah.

Kerana itu sebagai salah seorang yang bersama menjadi anggota kerajaan ini, saya sangat yakin dengan kemampuan dan kewibawaan MB serta menafikan semua dakwaan adalah tidak benar dan hanya politik murahan yang sengaja dimainkan.