08 July 2008

Wakil Perak dan Pulau Pinang di sidang DUN diraikan

KOTA BHARU , 7 July :- Wakil dari Perak dan Pulau Pinang pada Sidang DUN Kelantan telah diraikan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.


Hadir dalam program tersebut ialah Ketua Rombongan Pulau Pinang, Speakernya, YB. Abdul Halim bin Hussain, Ketua rombongan Perak, Ketua BBCnya, YB. Drs. Khalil Idham Lim.


Sementara wakil kerajaan Kelantan di ketuai oleh Exco kerajaan Tempatan, YB. Dato' Hj. Taqiyuddin Hasan, Ketua BBC Kelantan, YB. Hj. Zulkifli Mamat dan ADUN Kelantan yang lain juga hadir, antaranya YB. Drs. Zainuddin Awang Hamat, YB. Wan Ismail Wan Jusoh, YB. Abdullah Yaacob, YB. Wan Yusof bin Wan Mustafa, YB. Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama ialah Speaker Kerajaan Kelantan, YB. Hj. Nasarudin Daud dan Timbalannya, YB. Mohd. Zak Ibrahim.

Pada kesempatan tersebut mereka berkongsi pengalaman dalam meneruskan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui sekarang.

Perkongsian pintar kerajaan Pakatan Rakyat dicadangkan.

KOTA BHARU, 7 July :- Kerajaan Kelantan akan menjadikan wajib solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu.
Menteri Besar Kelantan itu telah memberikan ucapan pengulungan kepada pembentangan Rang Undang-undang Enekmen Perbekalan tambahan Pertama (2008) Tahun 2008 yang dibentangkan pada Persidangan kali Ke 2 Pengal Pertama Dewan Negeri kelantan Keduabelas di sini ,hari ini. Usul tersebut telah diterima sebulat suara ahli sidang.
Sebelum pengulungan dari pihak Kerajaan beberapa orang ADUN telah bangun untuk membahas rang undang-undang itu. Antaranya wakil dari Gual Periuk, YB. Muhammad bin Awang. Wakil Limbongan, YB. Drs. Zainuddin Awang Hamat.
Zainudin memperkenalkan perkatan "Hanyutlisme" merujuk kepada golongan belia yang kurang kesedaran agama. Beliau juga mencadangkan supaya diadakan seminar belia Kerajaan pakatan Rakyat dan program "perkongsian pinatar" dan mohon disegerakan.
Beliau mencadangkan perkara tersebut dalam usaha pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kaum muda termasuk rempit dan sebagainya.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam pengambilan kakitangan kerajaan ketika ini.

"Saya akan kemukakan kepada kerajaan nanti bahawa yang tak sembahyang lima waktu dan tidak menunaikan solat Jumaat, tak boleh pegang jawatan dalam kerajaan negeri bermula dari penghulu, penggawa dan wakil rakyat.

"Kita akan tapis orang ini... sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, peraturan itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam supaya sentiasa mengingati Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

]"Sama seperti kalau mereka tak boleh bercakap Bahasa Malaysia, tak diterima bekerja dalam kerajaan dan kalau dalam bidang kedoktoran diwajibkan berbahasa Inggeris. Kita mesti buat perkara sama kepada orang yang tak sembahyang lima waktu dan meninggalkan solat Jumaat.

"Kalau nak dapat kerja perlu tingkatkan bahasa kebangsaan, begitu juga orang tak sembahyang perlu diusahakan supaya mereka sedar bahawa ia satu dosa yang akan menimbulkan perangai tak senonoh dan tidak takut kepada Allah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan dipinda bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap umat Islam yang meninggalkan solat lima waktu.

Beliau berkata, pindaan enakmen itu kini dalam kajian Maik dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sebelum dibentangkan pada sidang DUN. “Ketika ini, hanya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali, boleh didenda sehingga RM1,000 atau satu bulan penjara atau kedua-duanya.

"Kini ada cadangan agar peraturan itu diperluaskan terhadap mereka yang meninggalkan solat lima waktu walaupun kita akui agak sukar dikuatkuasakan kerana pastinya ada yang pro dan kontra," katanya menjawab soalan Muhammad Mustafa (Pas-Demit) pada sidang DUN. Mohd Amar berkata, setakat ini dua orang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kelantan kerana kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

Menghormati jiran hingga di jalan raya

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia meng-hormati jirannya” (Muttafaq ’alaih).

Perhatikan letak otak manusia yang sengaja diletakkan di bahagian atas tubuh dan dilindungi tengkorak kepala. Ini adalah suatu petanda agar manusia mahu terlebih dahulu menggunakan otak untuk berfikir sebelum berbuat sesuatu. Sebab, berbuat tanpa berfikir terlebih dahulu boleh menimbulkan kecelakaan bagi manusia.


Perhatikanlah beberapa kemalangan di jalanraya, dalam minggu lepas di negara kita, banyak korban nyawa dan kerugian hartabenda akibat kejadian yang dimulai oleh perbuatan tanpa menggunakan akal yang waras tersebut. Belum lagi perasaan dari orang-orang yang menyaksikan kejadian ngeri itu atau perasaan sedih dari para saudara yang terkorban.


Besar kemungkinan, semua itu kerana sebahagian kita enggan mengutamakan fikiran atau terlalu meletakkan emosi semasa memandu di jalanraya. Seakan-akan semua ruang jalan hanya diperuntukkan untuk kita sendiri, sehingga bebas saja memandu kenderaan dengan kelajuan yang melampau . Padahal menggunakan jalan penting sekali menggunakan pola hidup berjiran, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah. Iaitu, saling menghormati dan saling memberi antara satu sama lain.


Sayangnya sebahagian kita enggan berfikir. Akibatnya, kecelakaan bukan hanya menimpanya, tetapi juga menimpa orang lain nya di jalan raya.

Penyiaran acara pertandingan Sukan Olimpik menerusi internet secara haram dilarang

BEIJING, 7 July :-Penyiaran acara pertandingan Sukan Olimpik melalui internet dan platform bergerak yang lain secara haram adalah dilarang.

Peraturan itu terkandung dalam pengumuman yang dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pentadbiran Hak Cipta Negara, Kementerian Perindustrian dan Maklumat dan Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen China.

Dalam sidang akhbar Jabatan Pentadbiran Hak Cipta Negara China hari ini menyatakan bahawa jabatan itu mendesak kegiatan menyiarkan program berkaitan obor Sukan Olimpik Beijing di Gunung Everest menerusi internet secara haram supaya segera dihentikan. Ini merupakan kali pertama bagi China bertindak untuk mencegah kegiatan penyiaran secara haram program Sukan Olimpik.

Namun tahun ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa buat kali pertamanya memberikan kebenaran kepada media baru, iaitu internet dan platform bergerak untuk menyiarkan video.

Stesen TV Pusat China (CCTV) memperoleh hak tunggal mengenai penyiaran program Sukan Olimpik di Tanah Besar dan Macau.

20 meter padu air percuma untuk penduduk miskin di Perak

IPOH, 7 July : -Kerajaan Perak mengumumkan akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata YAB. Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pengumuman ini menjawab spekulasi yang dimainkan oleh setengah pihak kononnya Barisan Altenatif berbohong dalam menifesto PR ke 12 yang lepas. Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang DUN Perak yang lepas,


Beliau berkata seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) berjumlah RM2 juta sebulan.

“Pemberian air percuma ini adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.


Perak kini negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lalu sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu.


Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Semasa sidang DUN yang lepas pihak pembangkang bertanyakan mengenai perkara yang sama dan dijawab oleh Exco Teknologi maklumat, YB. Thomas Su bahawa pihak kerajaan akan memberikan ganjaran ini sekiranya keadaan kewangan kerajaan mengizinkan.

MB menjelaskan bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco Pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.

Pemerhati Perak dan Pulau Pinang hadiri sidang DUN Kelantan

KOTA BHARU, 7 July :- Sidang DUN Kelantan ke 2 bagi tempoh penggal yang pertama Dewan Negeri Kelantan yang ke 12 yang berlangsung pada hari ini dan esok turut dihadiri oleh wakil dari kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pewakilan Perak diketuai oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), YB. Drs. Khalil Idham Lim , bersamanya ADUN Selingsing, YB. Hj. Husin Din dan ADUN, Gunung Semanggol, YB. Hj. Ramli Tusin.

Sementara itu perwakilan Pulau Pinang seramai 3 orang diwakili oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Abdul Halim bin Hussain.

ADUN Selingsing : Mungkin akan datang ADUN Pembangkang tidak akan masuk dewan.

KOTA BHARU, 7 July :- Kalau dengan alasan soalan ditolak oleh Yang Dipertua Dewan menyebabkan semua ahli pembangkang keluar dewan, kemungkinan sepanjang sidang DUN Kelantan untuk sesi ini pembangkang akan sentiasa akan keluar dewan.

Demikian antara kesimpulan banyak pihak sekiranya itulah alasan yang sebenar ADUN pembangkang keluar dewan pada hari ini.

Menerima dan menolak soalan adalah hak mutlak Speaker dan kita tidak boleh pastikan adakah soalan itu boleh diterima oleh speaker atau tidak.

Demikianlah ulasan yang diberikan oleh ADUN Selingsing, YB. Hj. Husin Din semasa diminta memberikan pendapat mengenai tindakan semua ADUN BN itu.

Ahmad Rosli dipilih Senator baru oleh DUN Kelantan.

KOTA BHARU, 7 July :- Sidang DUN bersetuju sebulat suara menerima perlantikan Dato' Hj. Ahmad Rosli bin Ibrahim bekas calon DUN Kok Lanas pada pilihanraya ke 12 lepas sebagai Ahli Dewan Negara (ADN).

YAB. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mencadangkan nama tersebut, yang juga merupakan bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan suatu masa dulu.
Perlantikan ini memenuhi kekosongan yang ada dan menjadi tandatanya banyak pihak sehingga hari ini.

Sidang DUN Kelantan : 5 ADUN Pembangkang bertindak keluar dewan

KOTA BHARU, 7 July :- Setelah sidang DUN bermula pada jam 9.00 pagi, Wakil Kok Lanas yang juga Ketua Pembangkang bertindak keluar dewan setelah tidak puas hati dengan alasan bahawa soalan yang dikemukakan ada yang ditolak oleh Speaker Dewan.

Pada masa itu hanya 5 orang ADUN Pembangkang dari 6 orang bertindak keluar dewan. Wakil Pengkalan Kubur, YB. Datok Hj. Noor Zahidi b. Hj. Omar tidak hadir persidangan.

6 kerusi pembangkang kosong hingga ke petang.

Walaupun Speaker Dewan, YB. Hj. Nasaruddin Daud berulangkali menjelaskan sebab penolakan soalan tersebut antaranya soalan yang dikemukan sudah ditanya pada sidang yang lepas, namun Ketua pembangkang baru itu tidak berpuas hati dan bertindak keluar dewan bersama ahli pembangkang lain.

Mengulas tindakan itu menurut Speaker memperlihatkan tindakan kurang matang pembangkang sedangkan ADUN Kerajaan juga ditolak soalannya namun tidak bertindak keluar dewan.

Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan, YB. Nik Amar mengatakan tindakan itu adalah gimik politik sahaja.

Selain itu ADUN-ADUN Kerajaan yang bangun untuk bertanya soalan lisan, mengesahkan terdapat 2 hingga 3 soalan mereka yang ditolak tetapi mereka tidak keluar dewan.

Semasa sesi rehat pada sebelah pagi, Speaker dewan semasa diminta pengesah mengatakan bahawa inilah kali pertama seingatnya ADUN Pembangkang bertindak keluar dewan disebabkan alasan ada soalan yang ditolak.

Selepas sesi rehat pagi, semua ADUN pembangkang tidak masuk ke dewan, dan begitu juga disebelah petang sidang bermula pada jam 2.30 petang semuanya tidak masuk ke dewan.