27 June 2008

ADUN BN bertindak keluar dewan beramai-ramai

IPOH, 26 Jun :- Semua Wakil Pembangkang mengambil tindakan memulaukan sidang Dewan Negeri pada pagi ini dengan bertindak keluar dewan beramai-ramai. Tindakan ini diambil atas alasan mereka bahawa speaker tidak bersikap adil setelah wakil Kubu Gajah tidak dibenarkan menjadi pembahas pertama.

Soalan dari wakil Canning kepada Kerajaan Negeri Perak berkaitan dengan pemberian tanah kepada parti-parti politik yang diluluskan bagi tempoh tahun 2004 hingga 2008 juga telah menghangatkan dewan sebelum dari itu.

Jawapan yang diberikan oleh YAB. Menteri Besar Perak yang memaklum terdapat semua dari parti-parti politik dalam kompenan BN mendapat pemberian tersebut menghangatkan dewan undangan Negeri Perak yang bersidang pagi ini.

Dewan yang bersidang untuk hari kedua seawalnya bermula pada jam 9.00 dihangatkan dengan berbalas hujah dari pihak pembangkang dengan wakil kerjaan yang tidak berpuas hati dari jawapan dan pendedahan yang diberikan oleh Menteri Besar.

Setelah habis sesi soal jawab soalan dari Kerajaan kepada soalan-soalan lisan pada jam 10.30 pagi tadi. Berlaku perdebatan apabila wakil kubu gajah yang tidak diberikan laluan pertama untuk membahas ucapan Titah Ucapan D.Y.M.M Tuanku.

ADUN Tebing Tinggi memulai ucapan sebagi pembahas yang ke 4, yang mengecam tindakan keluar dewan. Katanya mengikut rekod hansard dewan bahawa tindakan Ahli-ahli Yang Berhormat dari BN untuk memulau dewan pada pagi ini adalah most childish, unparliamentarian dan most irresponsible.

Katanya lagi tindakan ini membuktikan BN mementingkan kepentingan politik dan menderhaka kepada rakyat yang memberi mandat kepada mereka.Jelasnya Kelmarin Tuan Speaker telah memberi laluan kepada 13 orang yang berucap di mana 7 dari wakil kerajaan dan 6 dari pihak pembangkang.

Dewan dimaklumkan kelmarin wakil Kubu Gajah telah diberi peluang untuk berucap tetapi beliau nenolaknya kerana dengan alasan tidak cukup masa.

Seingat saya Timbalan Yang Dipertua tidak menjanjikan wakil Kubu gajah untuk orang yang pertama cuma ditangguhkan untuk berucap pada hari ini.

Isu pemberian tanah menghangatkan dewan

IPOH, 26 Jun :- Soalan dari wakil Canning kepada Kerajaan Negeri Perak berkaitan dengan pemberian tanah kepada parti-parti politik yang diluluskan bagi tempoh tahun 2004 hingga 2008.