26 June 2008

59 ADUN Perak dibekalkan Komputer riba oleh Kerajaan Negeri Perak

IPOH, 24 Jun :- Bagi memudahkan kerja harian semua wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang berjumlah 59 orang di negeri Perak, maka Kerajaan negeri telah membekalkan sebuah komputer riba kepada mereka semua.


Menteri Besar bersama Wakil Rakyat Kerajaan Perak dengan komputer masing-maing.



Dalam majlis ringkas menyerahkan komputer kepada wakil rakyat kerajaan yang diadakan di Bilk Gerakan bangunan SUK, Menteri Besar Perak, YAB. Dato Seri Ir Hj.Muhammad Nizar Jamaluddin telah menyerahkan kepada setiap seorang komputer berkenaan.


Exco Teknologi Maklumat, YB . Thomas Su menerima komputernya.
Sebelum majlis penyerah dalam ucapan ringkasnya, Menteri Besar mengatakan dengan jumlah kewangan yang agak besar, pemberiaan ini akan memberi manfaat kepda semua ADUN. Jagalah harta Kerajaan negeri dengan sebaik mungkin.

MENYEMBAH UCAPAN TAHNIAH SERTA MENJUNJUNG KASIH ATAS TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN.

YB.Tuan Yang Dipertua, saya mewakili Y.A.B Menteri Besar bangun untuk mencadangkan kepada Dewan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak sempena perasmian Penggal Pertama, Dewan Negeri Perak Yang Kedua belas. Usul yang berbunyi:-

“ Menyembah Ucapan Tahniah serta Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut:-

Ampun Tuanku,

Patik-patik sekalian iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan bagi membuka Dengan Rasminya Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Kedua belas Perak Darul Ridzuan”.

YB.Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri,

Titah Ucapan Kebawah D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak pada perasmian kelmarin telah menyentuh pelbagai aspek untuk kita ambil sebagai panduan dan halatuju bagi mentadbir bumi yang mendapat julukan Darul Ridzuan ini.

Saya amat menyakini Kerajaan Perak Darul Ridzuan yang ditunjangi oleh Pakatan Rakyat akan menjadikan ucapan tersebut sebagai panduan untuk menjamin kesinambungan sebuah pembangunan yang diharapkan oleh semua pihak, dari DYMM TuanKu yang menjadi Payung dan Ketua Negeri, kepada pemimpin di semua peringkat sehinggalah kepada rakyat jelata seluruhnya.

Juga dengan suatu keyakinan bahawa Pemimpin yang sedang memegang teraju pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sekarang ini dari Menteri Besar, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, serta seluruh pegawai kerajaan seluruhnya, bahawa “kita bukan umpama kadok naik junjung” . Yakinlah kita masih terikat dengan sagala peraturan dan sistem yang sekian lama dibentuk bagi memajukan negeri Perak Darul Ridzuan.

Oleh itu saya memuji kandungan ucapan tahniah dan taat setia YAB Menteri Besar sempena Ulang Tahun Ke 80 Keputeraan D.Y.M.M Tuanku, dimana YAB Menteri Besar telah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Menteri Besar Perak, kerana telah menyediakan asas pengurusan kerajaan yang baik. YAB Menteri besar menegaskan juga bahawa asas tersebut akan menjadi landasan untuk beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih baik dan efisien. Sealain itu tegasnya lagi segala dasar-dasar serta perancangan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan akan beliau teruskan tanpa halangan.

YB. Tuan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.Beberapa hari lagi genaplah 100 hari kerajaan ini memerintah Negeri Perak yang kita kasihi. Tempoh 100 hari bagi tradisi orang Melayu adalah tempoh habis pantang yang sangat bermakna.Tentunya bagi Kerajaan Perak yang ditunjang oleh Pakatan Rakyat ianya terlebih bermakna dari itu. Namun kita tidak boleh melihat tempoh 100 hari sebagai kayu pengukur adalah berjaya atau tidak sesebuah kerajaan.

Tersangat tidak adil kalau ada pihak yang ingin menjadikan tempoh ini sebagai platform untuk menilai Kerajaan Perak Darul Ridzuan sekarang sedangkan ianya telah mencapai kemerdekaan sejak lebih 50 tahun yang lampau.

Marilah kita mengukur Kerajaan ini dengan secara adil tanpa mengira fahaman, idealogi, bangsa dan agama. Sesungguhnya kitalah yang telah dipikulkan satu amanah yang maha berat bagi memakmurkan bumi yang bertuah.

Justeru itu Dewan Yang Mulia ini adalah medan yang telah diberikan amanah oleh rakyat kepada kita semua bagi merealisasikan hasrat tersebut. Kita bertanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri yang dipilih oleh rakyat di DUN kita masing-masing. Kerana itu kekuatan dan kelemahan Dewan, penghormatan dan keyakinan rakyat kepada Dewan ini sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semua.

Antara pilihanraya lepas dengan pilihanraya yang akan datang marilah kita memenuhi hasrat rakyat untuk hadir di dewan yang mulia ini bagi mencari rumusan yang terbaik bagi memajukan negeri Perak ini. Berbahaslah secara matang dan bermoral. Peraturan dewan yang sedia sudah cukup bagi memastikan dewan ini tidak dipandang serong oleh pelbagai pihak.

D.Y.M.M Tuanku telah mengucapkan tahniah kepada kita semua kerana telah mendapat kepercayaan rakyat untuk berada di dewan yang mulia ini. Juga D.Y.M.M TuanKu telah mengigatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua supaya memenuhi harapan dan amanah rakyat, laksanakanlah tugas secara didikasi, jujur, ikhlas dan bersungguh.

Saya yakin kita ikhlas dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas ini seperti yang ditegaskan oleh D.Y.M.M Tuanku kerana keyakinan yang sangat tigggi kepada suatu hari pembalasan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Malah sehari semalam semasa melaksanakan solat kita membaca sebanyak 17 kali …maalikiyaumiddin…”yang memililiki hari pembalasan” dalam 17 rakaat sembahyang fardu, mengigatkan kita betapa kita yang beriman akan menempuh suatu hari pembalasan dihadapan Rabbuljalill nanti.

Atas keyakinan itulah kita mesti Amanah dalam melaksanakan tugas kita bagi menjamin kesinambungan hidup akhirat yang kekal abadi.

YB. Tuan Yang Dipetua Dewan. Sidang kali ini, membuka lembaran baru dengan kita menyiarkan secara langsung sidang DUN untuk dipertontonkan kepada rakyat Negeri Perak , seluruh rakyat Malaysia, yang berada di dalam dan di luar negara. Segala tindak tanduk kita akan disaksikan dan dinilai oleh semua pihak. Bagi sebuah Dewan Negeri yang sekian lama berada di negeri ini. Maklumat rakyat mengenai apa yang berlaku di dewan ini sangat sedikit diketahui oleh rakyat yang mengundi Ahli-ahli Yang berhormat. Mungkin kerana itu kita sering dipandang serong dan anggapan mudah dari rakyat bahawa tugas kita hanyalah KBSM, iaitu hadir kenduri, ziarah org beranak, sakit dan mati. Ringkasnya KBSM.

Tanpa menafikan semua itu mempunyai nilai tambah kepada peranan kita dalam masyarakat dan ianya suatu suruhan yang dianjurkan agama,Sedangkan peranan sebenar Wakil Rakyat ialah sebagai pengubal dasar dan pemandu arah kepada pembangunan negeri. Makanya dewan ini adalah medan utama kita bertemu dengan persiapan yang secukupnya bagi mencari suatu kata sepakat mengaris dasar, menilai, menambah, memperbaiki untuk membangun dan memajukan Negeri perak.

Oleh itu usaha ini hendaklah diteruskan di masa akan datang dengan mengambil kira beberapa kelemahan yang mungkin berlaku dalam siaran sehingga saya yakin ianya juga memberi kesan kepada etika dan isi perbahasan yang lebih matang, bermoral dan bertanggungjawab dikalangan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Generasi muda yang rata-rata gemar berada di depan komputer dan melayari internet akan terdidik dengan suasana dewan ini, jika ianya sentiasa “kecoh” “bising” , “tidak beradap” dan “melanggar peraturan” , bagaimanakah mereka dapat mencontohi dewan yang sedemikan rupa?

Kerana itu marilah kita memastikan kesucian dewan ini sentiasa dijaga dan dihormati. Saya yakin YB.Tuan Yang Dipertua Dewan yang baru dapat mengambil segala langkah yang perlu bagi mencapai hasrat tersebut.

YB. TuanYang Dipertua Dewan,

Sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang cintakan demokrasi, kita sangat bersyukur dengan suatu kemenangan sehingga terciptanya sebuah sejarah setelah 50 tahun lebih kemenangan yang dikaitkan dengan istilah "tsunami politik" telah membawa kepada tertubuhnya Kerajaan Negeri Perak yang baru. Pada prinsip Demokrasi kami, telah mengalami kekalahan dalam 11 kali pilihanraya yang lepas sehingga “untung ayam nampak dikaki, tetapi untung kami PR-ke 12 baru menjadi”. Setiap kali habis pilihanraya kami menerimanya dengan fikiran yang lapang dan terbuka.

Oleh itu besarlah harapan kita supaya semua pihak menerima proses demokarasi yang berlansung pada 8 mac 2008 yang lepas telahpun selesai. DYMM tuanku juga tidak lupa melafazkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, merangkumi Suruhanjaya Pilihanan Raya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera malaysia, Jabatan-Jabatan kerajaan, Pihak Media, parti-parti politik dan rakyat jelata yang disifatkan oleh DYMM Tuanku telah memperlihatkan sikap tanggungjawab yang tinggi hingga pilihanraya berjalan lancar.

DYMM Tuanku bertitah pilihanraya ke 12 memperlihat bahawa proses demokrasi dinegara ini semakin matang.

Alhamdulillah Kelantan terus berdiri dengan kerajaan yang menang sejak tahun 1990, kita menang di Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor.

Saya berterima kasih kepada ADUN Pangkor yang memberi penghormatan kepada Kerajaan Perak, seperti yang tersiar dalam berita jam 8, TV3 24/Jun/08 kelmarin yang memberi nasihat dan pandangan secara matang kepada Kerajaan Perak yang perlu menjadi Kerajaan yang baik dan beliau mewakili pembangkang dalam DUN untuk kali ini.

Namun begitu amatlah malang sekiranya masih ada yang menafikan kemenangan ini apalagi tidak mahu mengiktiraf kemenangan yang telah dicapai dalam proses Demokrasi yang kita lalui ini. Proses demokrasi manakah lagi yang kita hendak guna pakai kalau keputusan ini masih tidak boleh mendapat pengiktirafan.

Mengiktiraf Kerajaan Negeri Perak bukan sahaja suatu petanda kepada penerimaan kepada proses Demokrasi. Namun sebagai seorang yang beriman, ianya adalah menifestasi kepada penerima kudrat Allah S.W.T. Setiap orang Islam yang wajib beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah S.W.T kerana ianya terkandung dalam rukun iman yang 6.

Beriman dengan Qadha’ dan Qadar bermaksud kita meyakini bahawa perjalanan alam ini dan segala urusan yang berlaku di dalamnya tidaklah terjadi secara tiba-tiba atau tanpa sebarang ketetapan dari Allah, sebaliknya semuanya berada dalam ilmu Allah dan terlaksana mengikut ketentuan iradah dan kesan qudrahNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)”. (al-Qamar: 49)

Apabila berbicara tentang qhada’ dan qadar, persoalan yang sering timbul ialah di manakah iradah atau kehendak manusia? Adakah manusia berhak memilih dalam tindakan dan perbuatannya? Atau sememngnya ia terpaksa mengikut apa yang telah diatur Allah untuknya?

Jika diteliti realiti kehidupan manusia, urusan yang berlaku pada dirinya atau yang terbit darinya terdiri dari dua jenis;

Pertama: Urusan-urusan yang sepenuhnya mengikut ketentuan Allah, tidak ada langsung kehendak atau campur tangan manusia. Contohnya; masa lahir, masa mati, keturunan, cantik dan hodoh, lelaki atau perempuan, tinggi atau rendah, kecelakaan atau musibah yang bakal menimpa dan sebagainya. Urusan-urusan jenis ini tidak ada langsung pilihan manusia. Semuanya berlaku mengikut ketentuan Allah. Oleh itu, kita tidak akan dihisab oleh Allah atas urusan-urusan jenis ini.

Kedua: Urusan-urusan yang diberi kuasa oleh Allah kepada manusia untuk memilih. Contohnya; urusan makan dan minum, pergerakan anggota tangan, kaki, lidah,dan sebagainya, urusan pekerjaan, amalan tindakan dan sebagainya. Termasuk dalam urusan-urusan jenis ini juga ialah urusan beragama iaitu hak untuk memilih antara islam atau kufur, baik atau buruk, dosa atau taat.termasuk disana dalam soal memilih pemimpin.

Bagi urusan-urusan jenis ini, oleh kerana manusia mempunyai kuasa memilih, maka setiap pilihannya akan dihisab dan diberi balasan oleh Allah di akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu..(Ali Imran :26)

YB Tuan Yang Dipertua Dewan,

Asas pentadbiran kerajaan sekarang ialah berpaksikan:

1) Adil
2) Amanah
3) Telus
4) Wibawa dan
5) Kebajikan

Semua prinsip diatas adalah prinsip yang boleh diterima pakai oleh semua pihak. Terlebih lagi bagi orang Islam prinsip tesebut adalah cerminan kepada sebuah pentadbiran yang mementingkan rakyat berbanding dengan mencari keuntungan peribadi.

Kita mestilah adil kepada semua bangsa dan agama dalam melaksanakan sesebuah keputusan projek Kerajaan. Kerana itulah kita akan memberikan sesuatu hak kepada sesiapa yang berhak dalam apa saja permasalahan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Kalau seseorang itu layak mendapatkanya kenapakan kita sering beralasan untuk menolaknya.

Dengan prinsip Adil, Amanah, Telus, Wibawa dan Kebajikan. Saya yakin semuanya akan membentuk dan memacu Kerajaan Negeri Perak ke arah kecemerlangan dalam tempoh-tempoh mendatang.

YB. Tuan Yang DiPertua Dewan..Pemberian bantuan segera kepada 5000 orang miskin tegar terpilih yang sedang diagih-agihkan kepada yang berhak adalah ceminan dari konsep kebajikan yang kita janjikan. Dengan 30 kilo beras, 5 kilo gula dan 2 kilo minyak masak serta wang tunai RM 100 sedikit sebanyak telah meringankan bebanan kenaikan harga barang golongan ini. Kalaulah golongan yang memperolihi pendapatan Rm1000 ke atas merasa kesan kenaikan harga barang , mana mungkin rakyat yang begitu miskin tidak kita bantu.

Kita berharap Allah merahmati kerja baik ini dengan memberi kekuatan kewangan kepada kerajaan bagi memberi bantuan sedemikan rupa buka hanya untuk kali ini sahaja.

Perlantikan Timbalan Yang DiPertua Dewan dari golongan wanita mencerminkan komitmen kerajaan negeri mengangkat darjat kaum wanita .Kerajaan Negeri perak membuktikan kepada rakyatnya dan rakyat Malaysia seluruhnya bahawa kaum wanita tidak selayaknya diperdagangkan dan diletakkan ditempat yang tidak selayaknya, namun ianya sudah layak memegang jawatan yang lebih mencabar yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.

Sesungguhnya Islam menyuruh mengangkat kaum wanita yang mempuyai hak dan kewajipan tersendiri. Semua perbuatan wanita dan lelaki akan mendapat pembalasan yang setimpal di akhirat nanti. Kaum wanita bukan lawan kepada kaum lelaki dan juga sebaliknya, namun lelaki adalah sbahagian dari wanita dan wanita sebahagian dari lelaki. Keduanya saling melengkapi dan menyempurnakan.

YB. Tuan Yang DiPertua Dewan…..Dalam Titah ucapan D.Y.M.M Tuanku ada disentuh mengenai peranan mesjid dan surau yang merupakan rumah Allah yang hendaklah bebas dari pengaruh mana-mana fahaman politik kepartian. Titih TuanKu…izinkan saya membaca…”demi menjamin perpaduan Ummah, beta sama sekali tidak membenarkan masjid dan surau dijadikan pentas untuk menjalankan kempen-kempen politik kepartian.”…

Titah Ucapan Tuanku sebenarnya adalah sama dengan hasrat kita bersama untuk melihat institusi utama yang menyatu padukan umat Islam diseluruh dunia ini dimanfaatkan sebaik mungkin bagi melahirkan masyarakat berilmu. Saya yakin setelah mesjid bebas dari kumpulan dan parti politik tertentu dengan dijana peranannya supaya menyampaikan maklumat dan ilmu yang sebenarnya. Akhirnya rakyat akan menentukan pemimpin manakah yang akan dipilih sebagai wakil rakyatnya.

Kematangan berpolitik rakyat yang ditunjangi oleh ilmu yang sebenar akan memastikan lahirnya pemimpin yang dipilih mereka sesuai dengan keilmuan yang mereka miliki.

Firman Allah SWT:

“Diangkatkan beberapa derajat orang-orang yang beriman dan orang yang berilmu beberapa derajat”

“Bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”

Demikianlah sedikit paparan Ayat-ayat suci Al Quran yang menggambarkan kehebatan orang yang berilmu.

YB. Tuan Yang Dipertua Dewan….Cuma yang dibimbangi ialah usaha-usaha menghalang dari diadakan program keilmuan walaupun di Mesjid dan Surau. Saya yakin ramai dikalangan orang yang berpengetahuan agama yang akan mengajar tanpa menyebut mana-mana pihak dan kumpulan. Kerana itu saya sangat menyokong supaya satu mekanisme dan program diadakan dengan lebih baik dan terancang bagi mengembalikan mesjid dan surau sebagai medan ilmu di seluruh negeri Perak.

Selain itu Usaha-usaha membantu sekolah Agama Rakyat adalah asas kepada lahirnya golongan yang berilmu dan cintakan ilmu.

Dengan berpedomankan ilmu agama walaupun sedikit kita yakin anak-anak kita tidak akan terjebak dengan kumpulan yang menjadi gelandangan dan berpeleseran di seluruh negeri perak. Dengan tidak berilmunya golongan muda kesannya didapati gejala kecurian kabel talifon semakin menjadi-jadi sehingga saat ini.

Bayangkan pada tahun 2007 sebanyak 23 juta ringgit kabel talikom telah dicuri oleh orang yang tidak bertanggung jawab di negeri utara Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan termasuk Negeri Perak. Untuk 3 bulan pertama 2008 kecurian kabel telah menjangkau jumlah 11 juta ringgit.

Paling membimbangkan kecurian disesetengah tempat boleh berlaku disiang hari dan terdapat surau yang juga dicuri wayar elektriknya. Kerana itu usaha-usaha mengembalikan masyarakat kepada mencintai ilmu serta mengamalkannya perlu menjadi agenda utama dimasa akan datang.

Alhamdulillah setelah kemenangan ini pintu mesjid dan surau telah terbuka luas kepada pada dai dan cendikaiwan Islam, maka gunakanlah sebaik mungkin untuk menebar luaskan ilmu tanpa melupakan titah DYMM TuanKu di dewan yang mulia ini.

YB. Tuan Yang DiPertua .YAB Menteri Besar Perak telah berulangkali menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan hubungan yang erat dengan Kerajaan Persekutuan di atas semangat Federalisme. Begitu juga dalam Titah ucapan DYMM TuanKu menyentuh peri pentingnya masalah yang sama.

Hubungan yang baik antara Persekutuan dan negeri adalah gambaran baiknya seumpama seorang ayah kepada anaknya dalam sebuah rumah tangga. Hubungan yang baik tersebut pasti melahirkan keluarga yang aman, harmoni dan sejatera.

Demikianlah dalam kontek negara dan negeri yang kita cintai, dengan hubungan itu segala perancangan yang telah dan akan dirancang dan sedang dan akan dibna dapat diteruskan tanpa ada pihak yang cuba menghalang atau bercadang menghalangnya.

Sikap sesetengah tidak yang tidak mahu mengantung gambar Menteri Besar Perak di Pejabat adalah perbuatan yang memalukan dan mencerminkan tidak matang dalam berfikir. Apalah salahnya sekeping gambar Menteri Besar yang tidak beberapa minit boleh digantung kalau kita mengkehendakinya. Dia tidak boleh bercakap, namun tersenyum lebar mengambarkan keterbukaan fikiran dan berlapang dada , namun ada yang masih tidak sudi.

Sebalik nya kita mengucapkan berbanyak terima kasih dengan seluruh rakyat Negeri Perak yang sudi mengantung gambar Menteri Besar dirumah, pejabat, kedai dan sebagainya sehingga mungkin melariskan jualan sebuah kedai kopi dipinggir jalan.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Tuan Speaker dengan peluang yang diberikan ucapan tahniah dan menjunjung kasih atas titah uapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak….. Yb. Tuan Yang DiPertua Dewan.... saya mohon mencadang.

(Disampaikan oleh ADUN Titi Serong di Sidang DUN Negeri Perak pada sidang 25 Jun 2008)