22 June 2008

Persiapan olimpik untuk umat Islam dan agama lain.

BEIJING, 21 Jun :-Jabatan Hubungan Luar Katolik Beijing memaklumkan, pelbagai tempat agama Beijing secara aktif membuat persiapan untuk menyambut kedatangan tetamu asing sempena berlangsungnya Sukan Olimpik.

Selain itu, 12 daripada 70 buah masjid di Beijing dipilih sebagai tempat beribadat utama bagi tetamu Muslim sempena temasya sukan itu diadakan. Selain itu, Persatuan Islam Beijing akan memilih 16 orang sukarelawan bertugas di pusat agama perkampungan Sukan Olimpik untuk menyediakan perkhidmatan yang berkenaan kepada tetamu Muslim.

Pegawai Jabatan Hal-Ehwal Agama Negara menyatakan, China akan menyediakan perkhidmatan agama yang bertaraf tinggi kepada tetamu dari negara-negara asing sempena Sukan Olimpik.

Krisis bahan api dan makanan dunia akibat ketamakan manusia

TAIPING, 21 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa krisis kenaikan harga bahan bakar dan makanan utama sekarang adalah disebabkan bencana oleh perbuatan manusia yang tamak haloba di seluruh dunia.

Ahli Parlimen Marang dan merangkap ADun Rusila, Terengganu itu menyatakan bahawa bahangnya telah pun dapat dirasai oleh manusia khasnya rakyat negara ini dengan kenaikan harga minyak dan hasil bijiran dunia.

"Minyak adalah bahan bakar yang digunakan untuk mengerakkan jentera dan alat pengangkutan. Dengan sendirinya ia mempengaruhi harga barang utama dan bijirin dunia. Ekorannya, ia akan merebakkan kemiskinan, berlaku pelbagai jenayah dan kemungkaran," tegasnya ketika berceramah di Dataran Pasar Malam dekat sini malam tadi.

Image

Berlakunya krisis itu katanya, adalah disebabkan perbuatan tamak haloba negara tertentu yang sejak dulunya hanya membeli minyak untuk simpinan sahaja dan ada yang lain membeli minyak untuk stok bagi menguasai politik dunia, sementara negara pengeluar minyak pula cuba mengawal pengeluaran supaya dapat jual harga tinggi tanpa mempedulikan susah orang lain.

Tegasnya, begitu juga dengan tindak tanduk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sepatutnya negara tidak menaikkan harga minyak kerana keuntungan penjualan minyak mentah Petronas itu boleh digunakan sebagai subsidi.

"Tetapi ia tidak berlaku, bukan sebab apa kerana hendak tunjuk siapa besar. Siapa yang pegang kuasa," katanya.

Katanya lagi, daripada sikap bongkak tersebut maka terjadilah krisis seperti yang dialami sekarang yang mengancam kestabilan hidup manusia dan ia boleh disamakan dengan peristiwa ribuan tahun dahulu yakni bencana taufan Nabi Noh yang diturunkan Allah apabila manusia durhaka terhadap ajaran Tuhan.

"Di zaman itu mereka melakukan pelbagai maksiat, kejahatan dan penyelewingan terhadap sesama manusia serta engkar menurut perintah Allah dan suruhan Nabi Noh. Akhirnya keseluruhan mereka mati lemas kecuali mereka dan binatang-binatang yang berada di atas bahtera kapal Nabi Noh," katanya.

Tegasnya, dunia akhir zaman sekarang ini akan mengalami bencana yang sama, malah lebih dasyat jika manusia terus bersikap bongkak.

Justeru katanya, jika ia berlaku, jangan menyalahkan Tuhan. Tuhan telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada manusia, tetapi manusia yang menyalahgunakan nikmat itu.

Majlis perkahwinan anak MB Perak meriah.

IPOH, 21 Jun : - Pimpinan PAS Pusat, PAS Negeri serta Exco dan Adun Kerajaan Pakatan Rakyat Perak hadir menyerikan majlis perkahwinan anak Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Faatihah dengan Muhamad Hazimin hari ini di Kediaman Menteri Besar Perak dekat sini mulai jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

Majlis pernikahan telah berlangsung malam tadi di Kediaman Menteri Besar yang dilakukan oleh Menteri Besar sendiri dengan dibantu oleh Pegawai Nikah Pejabat Agama Islam Perak.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Raja Di-Hilir, Tengku Raja Jaaffar Raja Musa dan isteri, Setiausha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan Pegawai Tinggi Kerajaan.

Presiden PAS Pusat, Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Ahmad Awang adalah di antara 5,000 orang tetamu yang hadir.

Majlis kemuncaknya berlangsung di Dewan Besar depan Kediaman MB pada jam 12.00 tengah hari tadi dimana para undangan dan pasangan raja sehari berada di majlis Jamuan yang diiringi Menteri Besar Perak dan keluarga.