19 June 2008

Pemilihan Ketua Kampung di Parit Buntar berjalan lancar.

PARIT BUNTAR, 18 Jun :- Pemilihan ketua kampung pada hari ini adalah satu usaha yang murni untuk memilih seorang wakil bagi membantu sebuah kerajaan yang sah dan telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihanraya ke 12 yang akan datang. Demikian antara ucapan Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong dalam program taklimat sebelum pemilihan Ketua Kampung Denistown disini hari ini.



Pemilihan Mendengar taklimat sebelum pemilihan

Pemilihan pada hari ini adalah yang pertama dalam DUN Titi Serong dengan menggunakan kaedah pengundian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang baru.



Pemenang, Ust. Ahmad Ismail.

Bagi pemilihan Kampung Denisstown ini terapat 4 calon yang bertanding iaitu Hj, Mohd. shafeie Rejab (63) seorang pesara guru dari Taman Kerian. Hj. ahmad Abd. Hamid (62), Bilala Mesjid dari Kg. Perak. Aslan bin Jamil (43) yang berkerja sendiri dari Denisstown, dan Ust. Ahmad Ismail (66), Pesara guru dari Tmn. Kerian Tambahan.

Drs. Khalil memberi ucapan.

Proses pemilihan dimulai dengan proses mendaftar warga yang ingin memilih bermula pada jam 2.00 petang hingga 3.30 petang. Dalam tempoh itu seramai 330 orang telah mendaftar.



ADUN Titi Serong dengan seorang pimilih Toinghua.

Proses pemilihan dikendalikan oleh pihak pejabat Penghulu Mukim Simpang 3dan pejabat Tabah Daerah. En Mohd Sharin Nasriddi bin Mohd Yusuf, penghulu Mukin Sinpang 3 bertindak sebagai Pengurus pemilihan, dan En Shamsul Hazman b. Mohd Salleh mewakili Pegawai Daerah kerian brtindak sebagai Pegawai Penimbang Cara.

Proses pemilihan juga dibantu oleh 8 orang petugas dari pejabat Daerah Kerian.


Dalam ucapan ADUN Titi Serong, beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam proses pemilihan. "Buatlah pemilihan yang tepat untuk memilih ketua tuan-tauan bagi membantu daerah dan negeri" katanya lagi.
Proses mendaftar pemilih.

Keputusan pemilihan yang digunakan dengan cara mengangkat tangan itu akhirnya berhasil dengan keputusan Ust. Ahmad Ismail yang mendapat 189 undi mengalah calon yang lain.

SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah

KOTA KINABALU, 18 Jun :- Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Presidennya Datuk Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) lewat menyelesaikan semua isu-isu membabitkan Sabah.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak genap 100 hari

IPOH, 18 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengisytiharkan bahawa usia Kerajaan Pakatan Rakyat sudah memasuki 100 hari semalam.

Namun demikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Menteri Besar di sini semalam beliau berkata, bahawa jika mengikut tarikh angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak (Exco) di Istana Iskandariah pada 17 Mac lalu, kerajaan negeri itu baru berusia 90 hari.

"Kalau hendak dikira genap 100 hari, ianya pada awal Julai nanti. Walau bagaimanapun hari ini merupakan sambutan simbolik 100 hari tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakayat ini," katanya kepada semua wakil media kecuali Utusan Melayu.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mengadakan sidang akhbar lain tepat 100 hari pemerintahan pada awal bulan depan.

Dalam penerangan mengenai pembangunan kerajaannya, beliau menyatakan bahawa rakyat Perak tidak perlu bimbang mengenai keadaan ekonomi dan pembangunan negeri Perak kerana kerajaan mempunyai wang tunai bagi tujuan tersebut.

Beliau menyatakan, wang berkenaan itu adalah dari sumber cukai rakyat dan dari hasil pendapatan pelaburan luar dan dalam negeri.

Untuk itu tegasnya, Kerajaan Perak mampu melaksanakan pembangunan untuk rakyat dan bantuan kepada golongan miskin.

Image









Tetapi kerajaan terpaksa berhati-hati menggunakan wang supaya tidak membazir, katanya.

Menteri Besar itu turut menyatakan rasa terharunya atas sambutan rakyat terdiri daripada pelbagai kaum, yang datang datang mendapatkan pertolongan dan bantuan daripada kerajaan negeri.

"Kerajaan Pakatan Rakyat sangat mengalu-alukan kedatangan mereka dan kerajaan sentiasa menanti dengan tangan terbuka untuk membantu mengikut kemampuan," ujarnya.

Mahkamah putus kerusi DUN Sanglang dikosongkan

KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan.

Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani ketika membuat keputusan itu bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi kawasan berkenaan.

Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian sudah dimansuhkan pada 2003.

Mahkamah bagaimanapun meyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan bila pilihan raya kecil akan diadakan.

Sebelum ini, ADUN Sanglang, Abdullah Hassan, dari BN memohon supaya mahkamah memerintahkan pilihan raya semula bagi menyelesaikan pertikaian itu manakala Hashim pula mahu beliau diisytiharkan menang.

Hashim diwakili peguam Mohamad Ariff Yusof mengemukakan petisyen pilihan raya mencabar keputusan pilihan raya DUN berkenaan yang diadakan pada 8 Mac lalu dengan asas berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.

Hashim tewas kepada Abdullah dengan perbezaan 149 undi.

Abdullah diwakili peguam K Jegathesan.

Kenyataan Pak Lah disanggah oleh banyak pihak

Minggu lepas PM mengumumkan bermula ogos akan datang kakitangan kerajaan akan dibayar gaji 2 kali ansuran sebulan. Pengumuman tersebut pada pandangan saya dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan.

Presiden Ceupac memberi respon awal dasar tersebut tidak memberi apa-apa kesan malah menimbulkan masalah kepada kakitangan kerajaan.

Sesudah itu media Arus Perdana menjadi medan perdebatan terbuka memberi sikap pro dan kontra mengenai dasar tersebut. Satu sudut ini menggambarkan bertapa pengumumam seorang ketua kerajaan yang tidak dihormati oleh pegawainya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam kelmarin telah memberikan kenyataan yang bercanggah dengan kehendak dan dasar kerajaan, katanya Kerajaan sedia mengkaji semula pembayaran gaji dua kali sebulan jika pelaksanaannya tidak disenangi kakitangan awam.

"Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan oleh Kabinet jika pekerja rasa pembayaran itu membawa lebih banyak kesusahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Ipoh semalam.