13 June 2008

TAZKIRAH JUMAAT

“Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku, dia akan melihat banyak perselisihan, wajib kalian berpegang pada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku.” (HR Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Dzahabi dan Hakim).

Nabi Muhammad SAW dikenal sebagai insanyang sangat bijaksana. Sebagaimana diketahui, pernah terjadi suatu hari, sejumlah qabilah sedang berselisih faham tentang siapa yang layak mengangkat Hajar Aswad ke tempatnya semula. Setiap qabilah bertegas agar qabilahnya lah yang mengangkatnya, sebab itu merupakan suatu keistimewaan bagi qabilahnya. Itulah yang diperselisihkan dengan sengit sampai-sampai mereka sanggup berperang kerana itu..

Akhirnya antara qabilah itu membuat suatu persetujuan. Siapa yang pertama masuk melalui pintu Bani Syaibah maka dialah yang berhak meletakkannya. Ternyata yang pertama masuk adalah Rasulullah SAW. Dengan demikian, kalau merujuk pada perjanjian tersebut, beliau lah yang berhak melakukannya. Namun Nabi SAW sangat bijak dalam hal ini. Hajar Aswad tersebut diletakkan pada sepotong kain, disuruh oleh baginda kepada wakil setiap kabilah yang sedang bertengkar tersebut memegang hujung kain. Setelah itu, dibawalah Hajar Aswad tersebut ke tempat asalnya secara bersama-sama. Dengan demikian, semua pihak berpuas hati dengan kebijakan Nabi SAW.

Hari ini, perselisihan banyak terjadi di antara kita. Namun kadangkala kita melupakan cara yang wajar dan bijaksana yang pernah dilakukan baginda Rasul. Padahal kita mengaku sebagai pengikutnya. Beliaulah sepatutnya menjadi idola dan panduan dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga, masyarakat dan negara.

Nabi telah meninggalkan Al Quran, Sunnah serta pewarisnya iaitu para ulama adalah peningglan baginda yang tetap menjadi penyuluh kepada kehidupan manusia. Terpulanglah kepada manusia ingin memilihnya atau meninggalkannya. Beruntunglah yang mengambilnya, rugilahlah yang meninggalkannya.

Timbul pertanyaan, Dalam hal kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut, siapakah yang kita ambil dan ikuti pendapat mereka ?

Ansuran dua kali sebulan tidak bantu kurangkan beban rakyat: Cuepacs

Malam semakin larut, kepala makin sakit hari ini mendengarkan lagi banyak barang harganya telah naik. Pagi tadi setelah balik sembahyang subuh melawat ke Surau Pusat Tarbiyah di Titi Serong kami singgah beli nasi lemak di tepi jalan. Katapembantu saya, Pak Din, "YB perasan tak mangkuk cebok nasinya sekarang lebih kecil dari dulu", spontan saya menjawabnya, kita halalkan saja sebab kalau tidak dikurangkan nasi mana dia ada untung, semua barang semua naik sekarang ini.

Seronok juga komen cina islam kelmarin mengenai bayar gaji 2 kali sama dengan pendapat Cuepacs . Kata Presidennya pembayaran gaji dua kali sebulan bagi kakitangan awam bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak.

"Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka," kata Omar Osman yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat.

“Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak rasa kesannya tapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan rasa bebanannya,” katanya .

Beliau berkata bayaran gaji secara ansuran jika dilaksanakan secara 50/50 dilihat boleh menambah masalah kerana rakyat akan berbelanja dengan lebih boros jika tidak diuruskan dengan betul.

Omar sebaliknya mengusulkan kemungkinan kerajaan boleh melaksanakan ansuran gaji secara 30/70.

Omar berkata Cuepacs tidak pernah dipanggil memberi pandangan terhadap isu berkenaan

Drs. Khalil : Kerajaan Perak perihatin kepada golongan miskin

PARIT BUNTAR, 12 Jun :- Kerajaan Negeri Perak perihatin dengan keadaan kemiskinan rakyat dengan berusaha memberi bantuan kepada rakyat melalui agensinya. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan bantuan kepada fakir miskin anjuran Baitulmal Daerah Parit Buntar disini hari ini.

ADUN Titi Serong itu juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mula menyerahkan bantuan kepada golongan miskin tegar yang ada di Perak berjumlah 5000 orang seperti yang dijanjikan. Bantuan itu berupa wang tunai RM 100, beras 30 kilo, gula 5 kilo dan minyak masak 2 kilo setiap seorang. YAB. Menteri Besar perak telah menyerahkan kepada 129 orang penerima di Daerah Larut Matang dan Selama pada 6 Jun lepas.


Drs. Khalil menyampaikan ucapannya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Kuala Kurau, YB. Abdul Yunus Jamhari , Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar, Ust Mohd.Saufi bin Ibrahim dan penceramah jemputan dari Pejabat Baitulmal Negeri, Ust. Latiff bin Talib.

Menyampaikan bantuan kepada salah seorang wakil penerima bantuan

Drs. Khalil menegaskan kepada semua penerima zakat supaya berjimat dengan suasana ekonomi yang gawat sekarang. Beliau menyatakan kenaikan harga minyak dengan kadar yang tinggi menyebabkan semua harga barang naik. Sambil menyamakan seperti menjolok sarang tebuan menyebabkan semua jadi susah dan kena sengatan.

Beliau berharap kepada semua penerima memanfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin. "Berusahalah untuk keluar dari kelompok fakir dan miskin dengan melakukan berbagai usaha yang boleh meningkat ekonomi" katanya sambil memberi nasihat.

Fakir miskin dan wakilnya memenuhi dewan mendengar ceramah dari ust. Latiff Talib.

Sambil memberi keyakinan bahawa yang terpilih adalah yang benar-benar layak dan melalui proses pemilihan yang dilakukan oleh pihak Baitulmal.