10 June 2008

Tajol Rosli dianggap tidak gentleman

GERIK ,9 Jun :– Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin kecewa dengan sikap Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kerana sehingga kini masih belum menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada beliau.

Menurutnya, Tajol Rosli sepatutnya lebih terbuka dengan datang berjumpa dengannya untuk menyerahkan tugas Menteri Besar itu sebaik sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lepas.

Kata beliau, sikap bekas Menteri Besar itu yang sehingga sekarang tidak mahu berbuat demikian di- anggap tidak gentlemen (bersifat lelaki budiman) malah jauh berbeza dengan bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

‘‘Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang), bekas Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) dan Menteri Besar lama Kedah (Datuk Seri Mahdzir Khalid) semuanya bersalam dan serah tugas secara rasmi kepada penggantinya. Tetapi sampai sekarang orang ramai tidak pernah tengok pun bekas Menteri Besar Perak bersalam dengan saya serah tugas, apa salahnya jumpa saya seperti bekas Menteri Besar lain,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis jamuan rakyat sempena lawatan kerja ke daerah Hulu Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana masih belum membenarkannya ke udara menerusi saluran radio Perak FM.

Jelas beliau, selaku Menteri Besar dan wakil kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat serta perkenan Sultan Perak, RTM sepatutnya memberi penghormatan kepada kerajaan negeri sekarang.

Ketua Pemuda PAS di TV malam ini

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bicarawara" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak malam ini

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bicarawara" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.

Himpunan bantah kenaikan harga minyak pada 13 Jun

PARIT BUNTAR, 9 Jun:- Suatu himpunan membantah kenaikan harga minyak akan diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat ini, 13 Jun secara besar-besaran, demikian antara ucapan Ust. Azman Shapawi, naib Ketua pemuda PAS Pusat dalam ceramahnya di Kampung Kedah di sini malam tadi.

Beliau juga menjelaskan jangkaan harga minyak akan dinaikan lagi dengan kadar yang lebih banyak pada Ogos akan datang.

Keadaan keselamatan anak-anak kita juga tidak selamat pada waktu ini. Kita ingatkan cuma 3 orang yang hilang seperti yang disiarkan dalam berita iaitu adik Nurin Jazlin, Sharline dan Asmawi, tetapi realitinya di Parlimen telah didedahkan terdapat seratus lebih kanak-kanak yang hilang untuk tahun ini sahaja. Kata Ust. Azman.

Sambil berseloroh beliau mengatakan pihak keselamatan lebih kepada hendak mengawal ceramah PAS, sebagai contoh katanya di Terengganu pernah berlaku satu tempat kematian didatangi oleh FRU yang disangka ceramah PAS dan bertanya ada permit atau tidak.

Ceramah yang dihadiri oleh lebih 1000 orang itu turut mengundang Ahli Parlimen Jerai, Ust. Firdaus Jaafar. Hadir sama dalam ceramah itu ialah YDP Pas Kawasan Parit Buntar, Hj. harun Hj. Hashim dan ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil idham Lim.

ADUN Titi Serong melawat SRJK(C) Sin Hwa.

PARIT BUNTAR, 9 Jun :- Keselamatan pelajar yang melintasi jalan Kedah yang terletak dihadapan sekolah Rendah Jenis kebangsaan SRJK(C) Sin Hwa mendapat perhatian ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim . Beliau telah mengadakan lawatan ke sekolah tersebut untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku.

Kedatangan beliau telah disambut oleh Guru Besar , Ahli Lembaga Pengelola dan PIBG sekolah.

Dalam lawatan hampir satu jam tersebut pihak sekolah telah memberikan taklimat mengenai kedudukan tempat letak kenderaan yang akan terlibat dengan projek jenjantas. Oleh itu pihak pengurusan amat berharap dari ADUN Titi Serong mengambil perhatian dengan beberapa cadangan supaya ada tempat baru untuk tempat letak kereta.

Disamping itu beliau juga diberikan taklimat mengenai keselamatan pelajar yang melintasi Jalan Kedah dihadapan sekolah. pihak sekolah mendakwa lori yang mengangkut tanah merah seawalnya sejak jam 6.00 pagi sehingga 6.30 petang kerap menggunakan jalan tersebut.

Paling mendukacitakan mereka tidak mematuhi lampu jalan yang diletakkan dihadapan jalan sebagai tempat melintas pelajar. "Keadaan ini sangat membahayakan pelajar" jelas guru besar dengan nada serius. Demi keselamatan pelajar guru terpaksa turun kelapangan untuk menjadi pengawal lalulintas, kata pengerusi PIBG.

ADUN Titi Serong managgapi permasalah itu dengan berjanji akan mengemukakan surat kepada pihak yang berkenaan sebagai langkah awal mengatasi permasalahan tersebut.

Pada kesempatan yang sama sempat beberapa orang ibubapa yang mengadu kepada beliau mengenai harga minyak yang naik dan membebankan mereka kerana menghantar anak-anak ke sekolah pada tiap-tiap hari.

Mahfuz terllibat dengan kemalangan

IPOH, 9 Jun:- Ketua Penerangan PAS Puat yang juga ahli Parlimen Pokok Sena , YB. Haji Mahfuz Omar terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Bukit Beruntung. Kemalangan itu berlaku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah memberikan ceramah di Kampung Tasek Ipoh malam tadi .




Mahfuz memberikan ceramah sebelum kemalangan(foto:alhusseyn)

Di laporkan beliau tidak mengalami kecederaan serius, Mahfuz cuma mengalami sakit di bahagian rusuknya. . Selepas pemeriksaan doktor didapati tidak ada tulang rusuk yang patah.