09 June 2008

Pelaksanaan dasar pintu terbuka China berjaya.

NINGBO, CHINA, 8 Jun:-China merupakan negara membangun yang paling banyak menarik pelaburan asing selama 15 tahun berturut-turut dan berpotensi besar yang mampu melabur di pasaran antarabangsa. China telah mencapai kemajuan yang besar sejak dasar pintu terbuka dilaksanakan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pusat Pengkajian Pembangunan Dewan Negara China, Zhang Yutai dalam "Forum Buka Pintu Terbuka China 2008" yang diadakan di Ningbo, Provinsi Zhejiang semalam. Katanya, sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun yang lalu, daya saing ekonomi China di pasaran antarabangsa meningkat pesat. China mengimport modal dan teknologi dari luar negara dan ini mempercepat proses pengindustrian. Di samping itu, pembaharuan mekanisme ekonomi juga dijalankan bagi menyempurnakan mekanisme ekonomi sosiolis.

Beliau menambah, China mengambil peluang globalisasi ekonomi dan mengamalkan dasar pintu terbuka. Proses itu selaras dengan keadaan dan daya kawalan risiko China. Kesemua ini merupakan pengalaman China yang amat berjaya.

Isteri mangsa ISA : Terima kasih kepada Kerajaan Perak dan Selangor.

KAMUNTING, TAIPING, 7 Jun :- Rombongan keluarga mangsa ISA telah diberikan kemudahan pengangkutan bas untuk datang ke Taiping oleh Kerajaan Selangor dan telah di sediakan tempat penginapan oleh Kerajaan Negeri Perak. "Saya mewakili semua mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Perak", Kata Puan Norlaila dalam ucapannya di hadapan Kem Tahanan Kamunting disini malam tadi.

Selain itu Puan Sharmila Uthiakumar, isteri mangsa ISA Sanjeev Kumar Krishnan yang didakwa oleh keluaganya dibelasah dalam tempoh siasatan ISA selama 55 hari sejak ditangkap 28 Julai tahun lepas.

Sharmila mengatakan dengan nada sedih kini suaminya menggunakan kerusi roda di kem Kamunting," dia dalam keadaan hampir lumpuh sekarang ini".

Sementara GMI dalam memorandumnya kepada pesuruhanjaya Dr Chiam Heng Keng , mendakwa tahanan itu telah memaklumkan kepada keluarganya pada 1 Jun bahawa beliau "kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan".

"Berita terbaru ini telah mengejutkan isteri beliau (sewaktu lawatan keluarga) dan juga GMI. "Mengapakah beliau dihantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua?" kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam juga telah melawat Sanjeev Kumar dan hospital Taiping pada 7 Mei lalu.